Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Ahad, Mac 08, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 3)

Nampaknya satu malam aku tunggu panggilan Mira, jam dah dekat kul 10 malam.. kepala dah jem. hehehe... tapi bila fikiran melayang balik pasal berjumpa dengan burung pujaan tu, semangat kembali berkobar-kobar... perasaan yang aku dapat gambarkan pada korang adalah macam bangla yang baru dapat gaji, ceria dan gembira sebab pertemuan tersebut berlaku. Adakah aku dapat memiliki dia nanti? adakah aku akan menakluki hati merak kayangan tersebut? aku pun tak pasti... cuma aku berharap ianya berlaku coz aku tahu sape dia, dari kecil aku kenal dia.. tapi masa kecil aku takder la sanggup berguling-guling kerana dia... tapi sekarang lain, dia dah besar.. dia dah matang.. dia dah comel dan yang penting dia dah mencuit hati anak jantan mak dan bapak aku ini. hehehe... apa perlu aku lakukan sekarang? pergi cari dirumahnya? huhhh.... teruk aku kena hentak dengan batang kayu nanti.. dah la jam kul 10 lebih.

Sampai tahun depan pun aku sanggup tunggu panggilan dari Mira - sekadar gambar hiasan
___________________



tiba-tiba......
apa yg berlaku???
cuba tuan-puan teka???
apa ayat yang patut aku taip lepas ayat tiba-tiba tu???
hehehehe.....
iyaa.... tiba-tiba telefon aku berbunyi.... tapi bukan panggilan, tapi msg yang tah apa tah masuk.... kepala hangin tul aku coz aku ingat itu msg Mira.... buang masa tul laaa....... gerammmm....


Masa dirasakan terlalu lama bila menunggu panggilan dia - sekadar gambar hiasan
___________________________


Tengah dok buang msg tah apa tah tu... aku dikejutkan dengan panggilan masuk.... sahhhh... nombor tu tak pernah aku setkan dalam tepon aku.... sah... aku rasa nombor tu milik gadis yang hebat petang tadi..... +60199............ hehehehe... mana boley kasi tau nombor penuh dia..... rahsia peribadi beb... hehehhe.... kemudian aku tekan butang hijau menandakan aku sedia menerima panggilan dari si pemanggil tadi... adakah gadis yang hampir setanding dengan kelembutan cda yang aku jumpa petang tadi yang menelefon? adakah gadis cantik yang jumpa dengan aku petang tadi yang hampir menandingi kecantikan falci yang menjadi tuan kepada nombor h/phone tersebut? iya.......

jawapannya iya.....


Selain mempunyai paras rupa yang cantik, Mira juga cukup sopan - sekadar gambar hiasan
________________________



tepat pukul 10.10 minit malam yang bertuah itu aku terima panggilan yang paling best pernah aku dapat....suara tuan telefon tersebut berbunyi "hello.. sal2 .... vlad ke?" "iya saya... errr.... niii????" jawab aku.... "Mira ni banggg... abang dah tidur ke? maaf la lambat call" katanya... "takper.. demi sayang sampai tahun depan pun abang sanggup tunggu" errr.... ungkapan tu cuma dalam hati jer... hehehehe.... padah beb kalau cedpat sangat nak bagi ayat mcm tu.. takper...biar lambat asalkan selamat.. tul tak???? sebaliknya aku memutuskan untuk jawab macam ni "abang tak tidur lagi Mira, baru je masuk bilik ni... tadi abang tengok TV"

errr.... tuan-puan nak tahu dilog selanjutnya???? hehehe......

bersambung lagi......... sabar ek semua.....

nantikan "awek satu kampung (part 4)"

AWEK SATU KAMPUNG (PART 2)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 2)
Oleh: Lord Vlad



salam muhibah....
salam hormat...
selamat raye cina...
dan salam sejahtera.......

Apa khabar saudara-saudari sekalian? ada sihat? ok la... mari aku sambung cerita yg dah lama aku tangguh nih. bukan aper, korang paham2 la coz kat sini aku busy skit, banyak keja nak kena buat. kelam-kabut dengan banjir bah. tapi takper la, hari nih aku akan sambung skit stakat yang aku termampu jer.

Sesiapapun lelaki yang tertengok Mira akan tertawan  - sekadar gambar hiasan
____________________


Sebenarnya selepas sahaja aku berbual dengan Mira dan duduk di tempat yang aku mula-mula duduk di warung member aku tu, aku direnung pelik oleh si tokey dedak dan tokey warung tersebut. Dari gaya mereka sengih tu macam arab yang baru jumpa telaga minyak, sepatutnya yang lebih-lebih sengih tu bukan mereka, tapi jejaka tampan yg mereka renung ni yakni aku sebab baru dapat berbual dengan bidadari dunia. hehehe.

Walaupun aku mula sukakan Mira, tapi tak boleh la aku tunjuk perasaan suka aku tu kat depan kawan-kawan aku. Tambah-tambah pula depan mereka yang dua orang ni, bukan boleh percaya sangat mulut diaorang. Jadi sebelum diaorang bersuara aku terlebih dahulu bersuara " kalu mung nok kabo aku ade mende ngan Mira tuh jangan kate apa-apa ek. dok diam-diam jer" hehehehe.... skali lagi mereka terkebil-kebil macam biawak pasir yang baru kena tangkap dengan mat vietnam... "aik, aku tak kebo mende lagi mu doh nak angin nih apahal?" tanya si tokey dedak. "hehehe... mana ada aku angin, mane la tau korang kabo aku ada affair dengan anak ketua cawangan tuh" jawab aku. tapi dalam hati aku jawab macam nih pulak "time ni, masa ni aku dah bersedia untuk ada affair dengan Mira, dia dah lain dari dulu... skarang dia dah cun.... cun macam Eva Mendes". hehehehe


Sopan dan menawan membuatkan aku bertambah kagum dengan Mira - sekadar gambar hiasan
_______________



Tak payah la aku cerita pasal aktiviti aku dengan tokey dedak dan tokey warung tuh, malas nak taip sebab ada cerita yang lebih menarik aku nak cerita dengan korang. cerita yang berlaku kat rumah aku...

Dari mira naik moto dan melambaikan tangan petang tadi pada sampai la lepas magrib ni aku dah tunggu panggilan dari Mira, memang dari masa lepas berbual dengan Mira lagi fikiran aku dah melayang tah kemana, memang dia dah berubah... dia dah besar dan perubahan tu memang ketara sekarang, dari keanak-anakan dia dah jadi dewasa... memang terus terang aku cakap kat korang bahawa dia memang menarik sekarang. Mukanya betul-betul licin selicin telur yang dikupas... tiada lagi masalah jerawat seperti masa yg last aku jumpa kira-kira 2-3 tahun lepas. badannya pun dah berisi di tempat yang sepatutnya berisi, lekuk2nya pun menarik... dan.... ehmmmmm..... tak boleh cerita lebih2... nanti kena black list plak aku dekat MM dan Black... hehehehe....

Perubahan yang dialaminya bukan saja dari fizikal, tapi juga gaya dan fesyen. walaupun ringkas, tapi nampak menarik. betul-betul menarik. Mira memang hebat memilih fesyen skarang. Berbeza benar dari zaman dahulu dimana pakaian rasmi dia adalah seluar trek dan baju t-shirt pasukan rumah sekolah sahaja.


mana-mana wanita yg dewasa akan mengalami perubahan fizikal dan tampak lebih menarik - sekadar gambar hiasan
_____________


Sebenarnya Malam tu aku tunggu dia dari awal aku balik rumah lagi... punyalah lama, dari petang sampai magrib... dari magrib sampai isyak... hp aku tak juga masuk panggilan atau sms. aku off kemudian aku on balik kot2 la hp aku jam.


err.... bersambung........ hehehehe

Rabu, Januari 28, 2009

Si kecil juara di bumi Thai

Si kecil juara di bumi Thai

Ayam serama peliharaan Mazuki telah membawanya bertemu puteri sulung raja Thailand, Ubol Ratana yang tertarik dengan kehebatan ayam serama beliau.




Sepanjang perjalanan perasaan gementar terus-menerus bersarang di dalam hatinya. Sesekali dia menoleh ke bahagian belakang van bagi memastikan tujuh ekor ayam serama yang akan dipertandingkan berada dalam keadaan selamat.

Sebaik tiba di tapak pertandingan, Mazuki Mat Zin, 46, begitu berhati-hati mengeluarkan ayam serama peliharaannya. Ini bagi mengelakkan ayam bersaiz kecil itu mengalami sebarang kecederaan yang boleh menyebabkan mereka tidak layak menyertai pertandingan.

Perasaan gemuruh dan gementar yang dirasai Marzuki semakin kuat apabila pertandingan bermula. Kelihatan lebih daripada 10 ekor ayam serama jantan dipertandingkan dalam setiap kategori (anak A, anak B, remaja, muda, bapa A, bapa B dan induk). Masing-masing memiliki kecantikan, gaya dan keunikan yang tersendiri.

"Persaingan cukup sengit kerana setiap jenis ayam serama yang dipertandingkan terdapat dalam pelbagai warna dan perwatakan yang istimewa. Namun, saya berasa gembira dan bersyukur kerana berjaya menggondol tempat pertama dalam enam kategori," kata Mazuki yang menyertai Pertandingan Haiwan Terbuka Thailand 2004. Dalam pertandingan tersebut, tujuh ekor ayam serama Mazuki terlibat. Daripada tujuh kategori yang dipertandingkan, Mazuki memenangi enam kategori.


"SELEPAS dimandikan, ayam serama dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering atau tuala."


Pertandingan yang diadakan di Thailand itu terbuka kepada semua tetapi hanya peserta dari Kelantan dan Thailand saja yang menyertainya. Mazuki, yang sebelum ini pernah menjuarai tempat pertama dalam pertandingan ayam serama, buat kesekian kalinya bertuah apabila ayam serama yang dipertandingkannya dinobatkan sebagai juara.

"Mungkin rezeki dan nasib menyebelahi saya apabila ayam serama saya dinobatkan sebagai juara," ujar bapa kepada enam anak itu mengimbas memori manis bersama ayam serama peliharaannya.

"Berbekalkan pengalaman selama dua dekad bergelumang dengan ayam serama telah mematangkan saya untuk melatih dan 'melahirkan' ayam serama yang terbaik.

Walaupun peserta Thailand membeli ayam serama di Kelantan, tetapi mereka tidak memiliki kepakaran menjaga ayam serama seperti kita," jelasnya seekor ayam serama boleh mencecah hingga RM80,000.

Menurut Mazuki, ayam serama ternakannya berjaya menambat hati juri kerana bijak memperaga diri, berdada tegap, cantik, jinak dan sihat. Menariknya, selepas beberapa jam bergelar juara salah seekor ayam seramanya telah dibeli oleh seorang warga Thailand pada harga RM1,500.


"MAZUKI mahir mengendalikan ayam serama peliharaan beliau."



"ASRY AZIZAN"


Lebih membanggakan, seminggu selepas pertandingan tersebut Mazuki dipanggil menghadap puteri sulung Raja Thailand, Ubol Ratana. Baginda begitu kagum dengan kecantikan ayam serama dari Malaysia.

"Pada pertemuan tersebut, Puteri Ubol Ratana meluangkan masa sekitar 15 minit dengan memegang dan mengusap enam ekor ayam serama saya yang bergelar juara.

"Baginda memuji kecantikan bulu dan lawi (terdapat di ekor ayam jantan) yang menegak dan melentik ke belakang di penghujungnya. Tangannya tidak henti-henti membelai ayam saya yang jinak dan manja," ujar Mazuki ketika ditemui Kosmo! di ladang mini ternakan ayam serama, Serama Corporation Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penduduk Thailand terpaksa mengurangkan aktiviti membela dan membeli ayam serama kerana bimbang penyakit selesema burung. Begitu juga dengan masyarakat Indonesia yang bimbang mendekati ayam yang beratnya kurang daripada 500 gram itu. Ketinggian ayam serama menyamai air kotak dengan isipadu 300 mililiter (ml).

Mazuki yang kini memiliki hampir 100 ekor ayam serama mula mencintai spesies itu ketika dia berusia 26 tahun. Dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Mazuki menjelaskan, rata-rata penduduknya begitu obses pada haiwan tersebut.

Bolehkan ayam serama dimakan? "Ayam serama boleh dimakan, dagingnya sama seperti ayam kampung cuma ia tidak liat," katanya yang seronok membela ayam serama kerana haiwan tersebut mudah dikawal.

Jelas Mazuki, ayam serama jantan mempunyai lawi yang menegak di hujung ekor dan balung berwarna merah, manakala ayam betina tidak mempunyai ciri-ciri tersebut. Ayam serama mula bertelur apabila usianya mencecah sembilan bulan. Ia mengeluarkan telur sehari satu biji. Lazimnya, induknya mampu bertelur sebanyak enam biji. Saiz telurnya besar sedikit daripada telur puyuh.

"Telur ayam serama akan menetas selepas 19 hari. Ancaman haiwan ini hanyalah musang dan anjing serta tidak boleh bunyi bising," ujarnya. Ayam yang boleh hidup antara tujuh hingga 15 tahun itu dibela untuk tujuan peliharaan dan bukan untuk dimakan. Bagi mengekalkan kecantikan bulunya, ayam ini perlu dibiarkan berenang dalam kolam selama dua minit untuk latihan kepaknya.


"REBAN dua tingkat yang menggunakan kaedah ternakan moden."


Kemudian, ayam tersebut perlu dikeringkan sama ada dengan tuala, alat pengering atau mereka menjemur diri di bawah panas terik.

Jika dahulu ayam serama merupakan hiburan dan permainan di istana, kini ia menjadi salah satu haiwan peliharaan yang begitu popular terutamanya di negeri Kelantan dan Kedah.

"Orang di Kelantan dan Kedah khususnya, memang sukar dipisahkan dengan ayam serama. Boleh dikatakan, setiap minggu, setiap daerah atau pelosok kampung menganjurkan pertandingan ayam serama," ujar Mazuki yang turut memenangi tempat pertama dalam pertandingan ayam serama yang diadakan di Johor, Terengganu dan Selangor.

Sementara itu, aktiviti membela ayam serama bukan sahaja diminati oleh golongan yang berusia, malah remaja. Pelakon dan model baru, Asry Azizan, 22, mula membela ayam serama ketika berusia 14 tahun.

Setiap petang, selepas mengulangkaji pelajaran, pelakon drama Obsesi itu akan memberi makan, suntikan vaksin dan vitamin serta melatih lima pasang ayam serama peliharaannya.

Latihan keras perlu dilakukan supaya ayam-ayam itu tidak berasa takut atau malu ketika berada di pentas pertandingan. Ayam serama bukan sekadar diajar supaya bijak beraksi lensa kamera, tetapi pada masa yang sama Asry juga melatih bagaimana melakukan aksi mendada yang tinggi.

"Ketika ia berjalan, saya mengeluarkan bunyi aneh supaya ayam berhenti. Bagi mencari punca bunyi itu, ia akan mendada.

"Dalam pertandingan lagi tinggi dada ayam serama maka lebih tinggi markah dikutip. Menariknya pertandingan ayam serama, ia tidak menyakitkan ayam kerana hanya menilai dari segi perwatakan, jenis, ekor melentik berbentuk V, kepak dalam posisi menegak dan badan tegap dan bulat.

"Tidak seperti pertandingan ayam biasa yang ditentukan pemenangnya menerusi hasil kekuatan melawan dan bersabung," jelas Asry yang pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Malaysian Bantam Beauty 2000 dan Pertandingan Kesenian Ayam Serama anjuran Litrak Kategori B (tempat kesembilan).

Ayam serama ikon Malaysia

Kalau disebut ayam serama, ramai yang beranggapan ia tidak lebih daripada aktiviti waktu senggang orang kampung. Malah, bisnes ayam serama tidak lebih daripada perniagaan kecil-kecilan yang tidak mendatangkan untung.


"AHMAD FAUZI (tengah) mengadakan pameran terbuka ayam serama setiap hujung minggu."





Hakikatnya, pasaran dan minat meluas masyarakat Malaysia dan antarabangsa sebenarnya memberi keyakinan bagi Serama Corporation Sdn. Bhd., untuk memulakan bisnes haiwan itu.

Berlandaskan beberapa matlamat utama seperti mewujudkan sumber pendapatan baru dalam sektor penternakan, mereka juga ingin menjadikan penternakan ayam serama sebagai daya tarikan pelancong, sekali gus ingin mengangkat ayam ini sebagai ikon Malaysia.

“Saya percaya sekiranya diberi pendedahan, promosi dan diiktiraf sebagai ikon pasti ia boleh dijadikan salah satu tarikan utama pelancong. Jika inisiatif ini tidak dilakukan secepat mungkin, kebarangkalian negara luar terlebih dahulu mengiktiraf ayam serama adalah milik mereka.

“Ini berikutan seorang ahli perniagaan, J.Schexnayder telah mengimport beberapa ekor ayam serama ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2002. Bukan setakat membiak dan mempromosikan ayam serama, malah, beliau menubuhkan persatuan khas,” kata Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn. Bhd., Ahmad Fauzi Mohamed dalam nada kecewa ekoran beberapa pihak di luar negara (Indonesia dan AS) sedang mengacuk ayam jenis itu.

Sejak enam bulan kebelakangan ini, ayam serama kembali popular dan menjadi perhatian ramai setelah ia dilupakan sejak tahun 2003. Segalanya berpunca apabila orang ramai bimbang membela ayan serama kerana isu selesema burung.

Ahmad Fauzi menambah, Malaysia juga perlu mempunyai identiti haiwan tersendiri seperti China yang berbangga dengan beruang panda dan abalon, Thailand dengan kucing Siam dan kanggaru serta kaola yang terkenal di Australia.

Menyedari faktor tersebut Serama Corporation Sdn. Bhd., sedang berusaha membuka sebuah ladang seluas empat ekar di Ulu Yam, Selangor.

Ia bertujuan menternak lebih banyak ayam serama memandangkan ladang di Ampang dan Kelantan hanya mampu menempatkan 300 ekor ayam serama di satu tempat.

“Kami sedang berusaha menternak lebih banyak ayam serama kerana mendapat permintaan yang tinggi dari Jepun dan China. Stok untuk dihantar ke luar negara masih belum mencukupi kerana di Malaysia hanya terdapat lebih kurang 3,000 ekor saja,” jelas Fauzi.

Pameran dan penjualan ayam serama, Serama Corporation:

Pasar Seni Kuala Lumpur

Sabtu dan Ahad

Hubungi 03-4270 7181 (En. Shazly) atau e-mel : seramacorporation@gmail.com

Milan, Juve intai peluang

Milan, Juve intai peluang



ADRIANO terlepas tiga aksi Serie A gara-gara kecederaan.

SUMBER: KOSMO ONLINE

ROM - AC Milan dan Juventus akan berusaha memanfaatkan sepenuhnya masalah yang melanda pendahulu liga, Inter Milan bagi mengurangkan jurang mata dalam kedudukan Serie A.

AC Milan akan turun pada aksi liga hari ini dengan melayan kunjungan Genoa sementara Juventus akan berkunjung ke Udinese.

Inter pula akan berdepan Catania. Kelab itu kini mendahului Juventus dengan tiga mata manakala Milan mengekori rapat di tangga ketiga dengan kurang tiga mata berbanding Juventus.

Begitupun, kelebihan memihak kepada Milan dan Juventus untuk meraih tiga mata, ketika Inter yang dibimbing Jose Mourinho terus terumbang ambing.

Tiga perlawanan terakhir liga menyaksikan kelab itu sekadar seri dengan Cagliari dan tewas 1-3 di tangan Atalanta sebelum hanya mampu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sampdoria Ahad lalu.

Kemenangan tersebut bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila penyerang Inter, Adriano digantung tiga perlawanan selepas menolak Daniele Gastaldello.

Selain itu, Mourinho juga telah mewujudkan hubungan yang kurang baik di kalangan media Itali yang sering melontarkan provokasi serta mahu melihat pengurus itu gagal.

Namun, lain pula ceritanya dengan pengurus Milan, Carlo Ancelotti yang lebih tenang dan yakin untuk menghadapi baki perlawanan dalam saingan Serie A.

"Ia menjadikan pertarungan hebat antara kami (Milan), Juventus dan Inter. Setiap pasukan mempunyai kekuatan berbeza.

"Inter bergantung kepada kekuatan keseluruhan, Juventus dengan kerjasama sepasukannya manakala Milan dengan kualitinya. Pasukan mana yang lebih menyerlah apabila Liga Juara-Juara bersambung, mereka akan jadi juara," kata Ancelotti.

Salah satu sebab mengapa Ancelotti berasa gembira adalah disebabkan impak positif yang diterima pasukannya sejak kehadiran David Beckham secara pinjaman daripada LA Galaxy. - AFP

Perangi wabak denggi

Perangi wabak denggi


SAMPAH yang dibuang sewenang-wenangnya oleh penduduk dan tidak dikutip oleh pihak yang bertanggugjawab merupakan antara penyebab berlakunya penularan wabak demam denggi.


SEJAK pertama kali wabak denggi berdarah dikesan di Georgetown, Pulau Pinang pada 1962 dan kemudiannya di Kuala Lumpur pada 1973, kes-kes membabitkan demam denggi dilaporkan berlaku saban tahun.

Terbaru, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan sebanyak 4,221 kes denggi dengan 12 kematian berlaku dalam tempoh hanya 23 hari sejak awal tahun ini.

Walaupun kes denggi ini adalah bermusim, namun statistik terbaru itu sangat membimbangkan mengambil kira peningkatan kes hampir sekali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Meneliti statistik itu, termasuk laporan sebanyak 46,000 rakyat Malaysia dijangkiti penyakit ini dengan 106 kematian sepanjang tahun lalu, maka adalah wajar untuk kerajaan mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai wabak.

Serentak dengan itu juga, seluruh pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan penyakit demam denggi itu tidak menular dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

Namun, adalah penting untuk seluruh rakyat Malaysia memahami simptom-simptom apabila dijangkiti penyakit demam denggi atau lebih teruk denggi berdarah bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

Antara tanda-tanda yang mudah dikesan ialah demam panas dengan suhu badan mencecah sehingga 40 darjah Celsius secara tiba-tiba.

Pesakit juga pening dan sakit di dalam bebola mata selain sengal pada sendi di seluruh bahagian badan.

Tanda-tanda lain termasuk rasa mual dan muntah, hilang selera makan, cirit-birit, pedih ulu hati dan senak perut selain dijangkiti ruam dan gatal-gatal di beberapa bahagian badan.

Selain ruam dan gatal-gatal yang kebiasaannya berlaku pada hari ketiga dan keempat selepas demam, tanda-tanda lain yang disebutkan itu sebenarnya sangat sinonim dengan simptom demam biasa.

Justeru adalah mudah untuk tanda-tanda demam denggi itu diabaikan dan kecuaian tersebut yang berpunca daripada kurangnya kesedaran mengenai denggi secara tidak langsung semakin meningkatkan statistik kematian.

Namun benarlah mencegah itu lebih baik daripada mengubati, dan hakikat itu juga tidak terkecuali dalam membendung wabak denggi ini.

Di peringkat individu, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memastikan tiada ruang untuk nyamuk aedes membiak di kawasan rumah atau kejiranan.

Paling menjadi keutamaan ialah memastikan tiada takungan air sama ada yang berpunca daripada bekas tadahan air, kolam, pasu bunga, tin-tin kosong, tayar buruk dan sebagainya.

Aspek kebersihan di kawasan persekitaran seperti mengurus sampah sarap dengan baik dan membersihkan longkang supaya tidak tersumbat juga perlu diberi perhatian.

Malangnya dalam budaya hidup bermasyarakat hari ini, amalan-amalan murni bergotong-royong membersihkan kawasan kejiranan seperti itu tidak lagi begitu mendapat sambutan.

Malah, seperti yang dikesalkan oleh pakar perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil sikap lepas tangan terutamanya dalam mengawal risiko penularan wabak itu.

Barangkali kerana sikap sedemikian juga, hampir 80 peratus daripada kawasan perumahan didapati cenderung untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Lebih meluas, kawalan dan pencegahan wabak penyakit demam denggi itu perlu dilakukan menerusi usaha bersepadu dan besar-besaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Aktiviti penyemburan asap untuk membunuh nyamuk aedes misalnya, wajar dipertingkat dan diperluaskan tidak hanya di kawasan perumahan, malah meliputi premis-premis perniagaan dan bangunan komersial.

Dalam masa sama, PBT seharusnya lebih kerap turun padang untuk memeriksa tahap kebersihan terutamanya restoran dan gerai makanan yang sebenarnya lebih berisiko untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Begitu juga pemeriksaan di tapak-tapak projek terbengkalai yang tidak begitu diberi perhatian sehingga dijadikan lokasi bagi aktiviti tidak bermoral oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kawasan projek terbengkalai itu lebih cenderung untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes kerana dipenuhi dengan sampah sarap serta sisa bahan binaan yang tidak terurus dan terbiar tanpa perhatian mana-mana pihak.

Dalam masa yang sama, PBT juga perlu meningkatkan pemeriksaan di kawasan projek pembinaan yang sedang dijalankan supaya kontraktor atau pemaju mematuhi kebersihan.

Aspek kebersihan itu tidak hanya mencakupi kawasan persekitaran tapak projek, sebaliknya diperluaskan terutamanya di kawasan tempat tinggal pekerja buruh binaan.

Ini kerana polemik mengenai penularan wabak denggi sebelum ini pernah dikaitkan dengan kebanjiran pekerja asing yang tidak mementingkan tahap kebersihan dan hakikat itu tidak boleh dipandang mudah.

Sementelah sebelum ini juga dilaporkan terdapat kira-kira 4,000 kes demam Chikungunya, yang mirip dengan simptom penyakit demam denggi yang disebabkan oleh pekerja dari Myanmar, Vietnam dan Selatan India.

Barangkali PBT perlu menguatkuasakan semula pasukan antiaedes di tapak projek pembangunan seperti yang pernah dilaksanakan ketika negara dikejutkan dengan wabak denggi pada pertengahan 1990-an.

Kegagalan menubuhkan pasukan antiaedes itu pula seharusnya tidak membuatkan PBT teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemaju dan kontraktor termasuk menggantung projek pembinaan tersebut.

Dalam menyemai kesedaran mengenai wabak denggi pula, PBT harus lebih agresif dan proaktif menyebar kefahaman mengenai wabak denggi dengan mendekati masyarakat secara langsung.

Kempen-kempen bergerak di kawasan tumpuan orang ramai serta penyebaran risalah, poster dan sebagainya dipertingkatkan supaya maklumat berkaitan wabak denggi dapat disebarkan secara menyeluruh.

"Sebaran maklumat itu tidak seharusnya bergantung kepada media cetak dan elektronik semata-mata kerana masih terdapat sebahagian daripada masyarakat terutamanya di luar bandar yang tidak mendapat akses sepenuhnya kepada sumber maklumat formal tersebut," katanya.

Sebagai sokongan sosial dalam berdepan dengan wabak denggi di seluruh negara itu juga, Irfan turut menyeru orang ramai untuk menderma darah.

Ketika ini katanya, kebanyakan hospital memerlukan jumlah darah yang banyak bagi membantu menambah bilangan platelet darah yang berkurangan.

Seperkara yang wajar diberi perhatian dalam membincangkan mengenai pencegahan penyakit demam denggi juga ialah penyelidikan mengenai antivirusnya yang masih belum ditemui sehingga kini.

Bagaimanapun beberapa tahun lalu, negara pernah dikejutkan dengan penemuan antivirus penyakit demam denggi oleh sekumpulan saintis perubatan dari Universiti Malaya (UM).

Penemuan antivirus yang pertama seumpamanya itu dikatakan menggunakan ekstrak herba dari China iaitu artemisia dan tujuh herba tempatan lain.

Namun sehingga kini, tidak dapat dipastikan sejauh mana perkembangan penyelidikan itu memandangkan penemuan tersebut ketika itu masih di peringkat awal dan memerlukan tempoh yang panjang serta bantuan kewangan yang besar.

Adalah menjadi harapan supaya kerajaan memberikan perhatian yang khusus terhadap penyelidikan antivirus denggi itu agar usaha menghasilkan kapsul dan pil yang diberi nama DENGIMM2 tersebut berjaya dipercepatkan.

Selain berpotensi membendung wabak denggi seperti yang dibuktikan pada peringkat awal penyelidikan, kejayaan menghasilkan antivirus denggi itu juga bakal mengharumkan nama negara.

Ini kerana tiada sebarang vaksin dan antivirus yang berkesan untuk rawatan denggi di dunia walaupun India, Vietnam dan Thailand ketika ini berusaha menghasilkan antivirus denggi berasaskan ekstrak tumbuhan.

Sabtu, Januari 24, 2009

Isu Kekalahan kepada UAE: Masa depan skuad negara 4 Februari

Masa depan skuad negara 4 Februari


ISMAIL Sabri (kiri) bersama-sama Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kanan), Presiden BAM, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (tengah) dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh (dua dari kanan) melihat Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.


KUALA LUMPUR – Nasib skuad bola sepak negara yang dibelasah oleh pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0 pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di sini Rabu lalu akan ditentukan pada 4 Februari ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tarikh itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membincangkan pelbagai aspek termasuk masa depan skuad bimbingan B. Sathianathan.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada skuad bola sepak negara perlu dibubar atau sebaliknya.

‘‘Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan membincangkan semua aspek melibatkan perjalanan bola sepak negara seperti pengurusan pasukan, kewangan juga skuad bola sepak negara yang kalah kepada UAE tempoh hari.

‘‘Tengoklah nanti apa hasil mesyuarat tersebut. Ketika itu nanti barulah kita boleh membuat keputusan tentang masa depan skuad yang ada sekarang.

‘‘Saya tidak mahu membuat apa juga keputusan mengenai masa depan skuad bola sepak yang ada sekarang selagi saya tidak menemui FAM,’’ katanya selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.

Beliau mengulas desakan para pemimpin dan tokoh sukan supaya skuad kebangsaan yang kalah kepada UAE tempoh hari dibubar dan ganti dengan pemain muda.

Rata-rata berpendapat pemain veteran perlu diketepikan selepas terbukti gagal meningkatkan mutu bola sepak negara.

Kekalahan terbaru itu meneruskan kritikan skuad kebangsaan selepas episod malang apabila gagal melepasi saingan peringkat kumpulan kejohanan Piala Suzuki AFF di Phuket bulan lalu.

Kemarahan peminat tidak dapat dibendung apabila penonton yang menyaksikan perlawanan di Stadium Bola Sepak Cheras Rabu lalu bertindak membaling botol air mineral ke arah Sathianathan tetapi terkena jurulatih UAE, Dominique Bathenay.

Ditanya mengenai kekalahan skuad negara Isnin lalu, Ismail Sabri berkata, kekalahan tersebut memalukan jadi tidak hairan jika peminat marah.

‘‘Walaupun saya tidak terkejut dengan kekalahan tersebut, saya tidak sangka kita boleh kalah sehingga lima gol tanpa balas.

‘‘Bagi saya kekalahan itu tidak munasabah. Jika para pemain berasa malu dengan kekalahan tersebut, para peminat lebih berasa malu apabila kalah dalam keadaan sedemikian,’’ katanya.

Cuba teka kat mana nih???

Selasa, Disember 30, 2008

Awek Satu Kampung (Part 1)

Awek Satu Kampung (Part 1)


Salam semua…

Bertemu kembali kita di ruangan ini. Seperti yang tuan-tuan
dan puan-puan tahu, aku ada cakap pada artikel yg lepas bahawa tajuk seterusnya
adalah “awek satu kampung”. Idea untuk memperkatakan tajuk nih timbul bila aku
teringatkan peristiwa yang berlaku semasa aku balik kampung baru-baru ni semasa
cuti Aidiladha. Aku balik lama la jugak.. 2 minggu kot. Biasa la, sekali sekala
balik kampung biar la lama skit kan?

Boleh pusing2 semua tempat yang kita pusing masa sekolah-sekolah dulu. Seperti
biasa la, bila balik kampung Honda City adik aku la yang jadi mangsa, hehehe..
dia tak boleh nak kata apa pasal sekurangnya aku masih ada syer terhadap kereta
tersebut, masa dia nak bayar muka dulu pada abang dia nih la yang dimintanya,
sebagai seorang abang yang baik aku tak keberatan menyumbang walaupun time masa
aku transfer Ringgit Malaysia tu muka macam tokey IMF bagi pinjam kat Osama Laden.




Adakah Mira mempunyai paras yg cantik persis falci? - sekadar gambar hiasan
___________________________________________________




Ops, dah memalut rupanya aku nih, hehehe. Biasa la, aku pun
nak panjangkan tulisan aku jugak mcm novel2 cinta yang banyak kat pasaran tu.
Citer pasal nak balik kampung tup-tup melalut sampai zaman kanak2, pokok
pisang, buah ceri, roti canai dan macam2 lagi cerita sampingan bagi
memanjangkan novel mereka. Aku pun macam tu jugak la kali nih. Jangan marah
beb, hehehe.

Seperti biasa la bila dah balik kampung, aku akan akan ajak
sorang member untuk temankan aku merayau sana-sini. Dan yang selalu jadi mangsa
aku adalah Din Singa (bukan nama sebenar) iaitu sahabat baik aku merangkap
tokey dedak ayam dan burung. Hehehe. Dan seperti biasa, jarang sangat member
aku tu menolak pelawaan aku untuk merayau habiskan minyak dan masa.

Seluruh pelusuk tempat kalau boleh aku nak pergi, maklum
laa… sekali sekala balik kampung. Ada
kalanya aku ke Ibu Negeri aku untuk cari sebuah klinik yang pekerjanya seorang
gadis yang budiman dan menawan, saper gadis tu? Hehehe.. tak mau citer la.
Nanti kantoi, aku malu dia pun malu. Orang kata kalau berminat kat seseorang tu
tengok bumbung rumah pun jadi la, ni aku tak tau rumah dia. Yang aku tahu cuma
klinik tempat dia bekerja jer, so rasanya aku dah jumpa klinik tu. Sajer2 aku
lepak setengah jam tanpa buat ape2 pun, sampai tokey dedak sebelah aku tu
bengang. So nak lama2 kat situ tak boleh la. Errrr… sebenarnya bukan pasal awek
nih yang aku nak cerita, mungkin next aku citer pasal dia ek.




Lelaki mudah jatuh cinta pada gadis yang comel secomel cda - sekadar gembar hiasan
_______________________________________________



Hari tu aku Cuma ke pekan berhampiran dengan kediaman aku
jer, macam biasa la, tokey dedak sorang tu tetap setia dengan sahabatnya ni. Sebagai
tokey seperti kebanyakan melayu lain, kawan aku tu pun jarang2 ada kat kedai
dia tu. Dia cakap apekejadahnya ada 2-3 orang pembantu kalau tak boleh buat
time dia takde.

Aku singgah di salah sebuah warung kepunyaan sahabat aku
jugak, biasa la.. selain dapat jumpa kawan lama, boleh jugak makan free.
Hehehe. Best woo makan free, nikmat yang tidak terhingga. Aku tinggalkan si
tokey warung tu berbual dengan tokey dedak tu seketika untuk beli surat khabar, memang
kebiasaan aku memang suka beli surat
khabar walaupun warung member aku tu dah ada surat khabar untuk bacaan pelanggangnya.
Lepas abis semua prosedur untuk memiliki surat
khabar tersebut dan selesai memberi Ringgit Malaysia dan baki aku dipulangkan
aku melintas jalan untuk kembali ke tempat dua tokey tadi berbual, masa tiba di
kaki lima warung member aku tu tetiba aku ditegur oleh seseorang. “Oh tuhan, indahnya isi
alam ciptaan kamu, aku cukup terpegun dan teruja bila ditegur oleh si manis
tersebut” tu adalah dialog dalam hati aku la… dia memang cantik, menawan dan
aku memang tertawan. Adakah aku jatuh cinta sekali lagi untuk bulan ini?
Sama-sama kita nantikan.




ficus juga memiliki ciri-ciri sebagai gadis idaman - sekadar gamabr hiasan
__________________________________





Berikut adalah dialog yang aku ingat masa perbualan tu:-

Mira (bukan nama sebenar: eh bang, laju jer.. tak tengok kiri-kanan!
Aku: errr… Mira (bukan nama sebenar…. Nama sebenar kena
rahsia tau) kan??
Mira: Mira la ni, dah lupa ek?
Aku: hehe… buka lupa la Mira, tapi saje buat-buat lupa.
Macam citer drama melayu la.
Mira: (sambl tersenyum manis) ada2 jer abang nih. Bila abang
balik ni?

Soalan yang cukup manis dikeluarkan dari mulut yang manis
kepada seorang jejaka yang boleh tahan jugak la rupanya, hehehe. Ok.. sambung
perlualan kami.

Aku: dah 2-3 hari. Mira pulak bila balk nih?
Mira: balik apa, mira memang dah berbulan dok kampung
Aku: yak e? then how about your study?
Mira: dah habis laaa…. Takkan dok saje2 kot kat kampung nih.
Aku: yak ke? Laa… mati2 abang ingakan nih 1st
year Mira. Tup2 dah abis study ek?
Mira: alah abang nih, nama jer sama2 tinggal kat Sarawak, tapi tak pernah pun ambik tahu hal Mira.
Aku: Mira pun sama, tak pernah dating cari abang
Mira: eleh abang nih… 2-3 kali Mira call abang tau.
Aku: bila?
Mira: awal tahun, tapi tuan punya telepon tu banyak songeh
lak, malas la Mira nak call.

Sedang dok sembang dengan awek tu, ada 4 mata yang aku
tengok macam nak tersembur keluar jer sedang memandang aku. Tak lain tak bukan
mata-mata tu milik tokey dedak dan tokey warung. Hehehe. Tapi aku buat2 tak
peduli jer la. Ok.. sambung dialog aku dan awek tu:-

Aku: Mira dari mana nih?
Mira: Mira ambik gambar kat kedai sebelah tu, nak isi boring
kerja.
Aku: bagus la macam tu…
Mira: bang, Mira nak balik dulu la, nanti bebel pulak mak
kat rumah tu.
Aku: nak abang hantar tak?
Mira: eh.. tak payah la bang, Mira dating dnegan motor tu.
Eh, mintak no. hp abang. Mana la tau Mira ke Sarawak
lagi nanti, boleh juga Mira call and then jumpa abang.
Aku: nombor macam dulu jugak la, tak tukar pun.
Mira: leceh la abang nih, telefon tak pernah nak dapat.
Aku: nombor mira mana?
Mira: malam nih Mira
call abang, nanti abang store aja nombor tu…so pastikan hp abang tu bukak tau.
Aku: missed call skarang la, nanti boleh abang call malam
nih.
Mira: hp Mira kat rumah, tinggal tadi sebab bateri takde.



Dia pun meminta diri, dan dalam dia tengah berjalan menuju
ke motosikalnya sempat lagi di menoleh manja pada aku dan memberikan senyuman.
Pergghhhh! Manisnya…. Comelnyaaaa….. ayunyaa…… aku dah jatuh cinta lagi laaa…..
aku grenti, cacing dalam tanah pun pasti akan keluar untuk tengok senyuman dia.

Aku pulak, dengan muka yang tenang walaupun hati yang rasa
nak melompat, membalas balik senyuman dia. Rasanya senyuman aku tu pun
cukup-cukup manis semanis Tokey bas pada musim perayaan. Tapi kalau la terlupa
yang kami sekarang berada di pekan yang kecil dan kebanyakan mata pulak banyak
menghala kea rah kami, aku yakin demi terpandang senyuman aku tadi Mira akan
berpatah balik .





Adakah Mira setanding dengan kejelitaan Fieza?? - sekadar gambar hiasan
_______________________________________





Aku tercegat macam jaga baru 2 hari bekerja di kaki lima kedai tu dan setia
memerhatikan dia. Masa dia naik motor dan berlalu pergi tapi masih sempat
melambaikan tangan kearahku. Wow…. Memang bahagia rasanya detik tu. Rasanya
ingin aku berikan mak aku seorang menantu tang2 tu gak. Bila dia hilang dari
pandangan aku, barulah aku kembali ke warung member aku tu.

Apakah yang terjadi selepas itu?
Apakah pandangan dan pendapat 2 tokey iaitu tokey dedak dan
tokey warung itu?
Apakah pandangan anda semua?
Sama-sama kita nantikan sambungannya selepas ini….



Hehehe….



bersambung..........

Ku Kehilangan Mu

Ku Kehilangan Mu

salam semua....

Semenjak kau pergi,
setiap hari, setiap detik kau dihati,
dah begitulah ia... selamanya....

ayat atas tu pembukaan jer.. dipetik dari salah sebuah lagu KRU...

Seperti mat rempit yang hilang motor???? itulah perumpamaan yang aku lalui 2-3 minggu lepas... aku kehilangan seorang awek yang aku klasifikasikan sebagai separa rasmi, maybe kalau kami lama bersama dah tentu aku naiktarafkan dia sebagai awek rasmi... nak kata cun... memang betul cun pun.... perumpamaan yg aku dapat cakap kat sini dia setanding dengan kecantikan milik laura, cukup sopan seperti cda, ada la nakal skit2 mcm noni dan keayuannya tak kalah berbanding fieza.... tu cuma perumpamaan jer la... supaya korang dapat bayangkan gadis yg baru jer aku terlepas tu.


Begitu sukar untuk melupakan gadis secomel cda - sekadar gambar hiasan


Kehilangan dia amat dirasai kerana boleh dikatakan setiap malam kami berbalas sms, dia amat romantik dan ambil berat. aci kerat jari salmon aku berani bertaruh untuk gadis sehebat itu sanggup aku berenang dari Malaysia menuju ke Myammar walau hakikatnya aku mungkin akan lemas nnti, aku bukannya pandai berenang sangat. hehehe.


kesedihan kadang-kala membahagiakan insan lain - sekadar gambar hiasan



Sebenarnya awek tersebut terpaksa aku lepaskan atas dasar dia dah temui lelaki yg benar2 ingin melihat dia bahagia, lelaki yg sesuai dengan dia.. dan aku merelakan dia walau hakikat aku mmg sayangkan dia. tapi takper la, demi orang yg disayang aku mengalah jugak...

Dalam pada melayan kepala yg sedikit sadis tu, aku masih teringat kata2 sifu yang masih aku pegang sampai skarang - kesedihan tak semestinya diraikan dengan tangisan dan terus bersedih, selayaknya ditinggalkan/atau meninggalkan kekasih patut diraikan dengan keseronokan kerana kita akan ada banyak peluang untuk mencari yg lain, memberi harapan kepad ayg lain dan terus berbakti kepada wanita lain yg lebih memerlukan kasih sayang dari kita (dipetik dari kata2 sifu i).

ok la.. setakat ini dulu artikel dari kamek untuk kali ni... jumpa lagi.... jgn lupa melawat blog i di http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Gadis Budiman, Gadis Terhebat... Siapa Dia?

Gadis Budiman, Gadis Terhebat... Siapa Dia?

sal2
salam muhibah
salam sejahtera
salam perkenalan

Bertemu lagi kita tok di sini...




adakah gadis yg dimaksudkan bernama cda? - sekadar gambar hiasan
___________________________



Sebenarnya hari nih aku sekadar nak ceritakan apa yg
aku rasa perlu diceritakan, ape2 pun thread ini milik aku dan aku
berhak cerita apa saja... betul tak? hehehe.. jgn mare...

Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari tahu tak apa perasaan aku
ketika ini? yg aku cuma dapat bayangkan cuma macam bangla baru dapat
gaji... gembira dan ceria bila dapat berkenalan dengan seorang gadis yg
hebat serta budiman, tambah2 lagi gadis tersebut mengaku selesa
berkawan dengan aku... errr.. sebenarnya aku tak kisah kalau gadis
tersebut selesa untuk menganggap aku lebih dari kawan. Yang penting dia
dah cakap dia senang berkawan dengan aku.... so dapat juga aku buat
kesimpulan sendiri 'senang' yg di maksudkan dia adalah dia senang jika
berjalan seiringan dengan aku.... adakah dia senang bila makan
bersuap-suapan aku dan dia... adakah dia senang bila aku ajak main
snooker... adakah dia senang bila diajak ke katil?? opsss!!! itu dah
masuk bab lain.. korang jangan fikir bukan2 tauk.... tak baik... hehehe.





Apakah kejelitaannya setanding falci? - sekadar gambar hiasan.
______________________



Aci kerat ape2 pun aku berani bertaruh, kalau la aku berjalan seiringan
dengan gadis tersebut grenti cicak yg melekat kat siling pun akan jatuh
tatkala terpandang kejelitaan dan keayuan gadis tersebut. Budiman???
memang gadis tersebut budiman dan yg membuat aku makin kagum dengannya
adalah dia sentiasa merendah diri... sentiasa menolak pujian walaupun
beliau sememangnya layak dipuji. Jarang2 tauk jumpa gadis mcm nih.

Untuk gadis sehebat ini, terus terang aku cakap sanggup lakukan apa
saja. kalau la antara kami ada lautan api, aku grenti akan renang
juga.. err.. tapi selepas hujan laa... Sebenarnya aku mmg dah jatuh
cinta dengan dia, tapi tah la... tak berani pulak aku nak cakap ape2
kat dia pasal benda yg aku rasa nih...

Bila fikir balik, perkara yg paling tak berani aku hadapi adalah si
gadis tersebut dimiliki oleh orang lain selain dari aku.. bila fikir
balik, perasaan jadi bercampur baur. kalau nak buat perumpamaan pula
macam George W. Bush yang bangun dari tidur, buka2 jer mata Osama Laden
ada kat kepala katil... gabra, susah hati dan macam2 perasaan lagi
kalau disenaraikan disini mmg tak cukup ruang.

Bila fikir-balik, walaupun hidung aku nih boleh dikira mancung la
jugak.. tapi masih belum pasti hidung yg mancung ini dapat menyentuh
pipinya yg comel milik gadis yg hebat itu.. dia terlalu budiman untuk
jejaka mcm aku, dia terlalu baik kalau nak dibandingkan aku yang tak
seberapa ini. Walaupun dianggap ensem ramai wanita (hehehe.... jgn
jelosss.. ini kenyataan aperrrr..) tapi bila dengan dia, aku rasa aku
masih belum layak.




gadis budiman untuk jejaka budiman - sekadar gambar hiasan.
_____________________



ok la semua, setakat ni dulu citer aku pada hari nih... aku sambung
lain kali lak. opss.. jap lagi ada citer lain.. kalau sempat aku taip
jap lagi.... kalau tak pun aku taip lain kali la... ni kisah masa aku
balik kampung bercuti masa raya qurban baru-baru nih.... tajuknya 'Awek Satu Kampung'


jumpa lagi...
adioss....

Ketulusan Romeo sejati

Ketulusan Romeo sejati
Oleh: Lord Vlad

sal2
salam muhibah dari kamek...

Jumpa lagi kita di ruangan penuh ahngat ini... hehehe. hangat ke? sebenarnya banyak maklum balas yang aku terima berkenaan ruangan ini, ada yg mengutuk dan ada juga yg menyokong, ada juga yang mahu aku terus menulis (errr.. menaip) kerana tertarik dengan tulisan aku? hehehe.... menarik ke? tah la... aku taknak komen aper2.. kalian yang akan memberi markah dan penilaian.



amat sadis bagi lelaki yg mengecawakan harapan seorang wanita - sekadar gambar hiasan


Berbalik pada tajuk kita pada hari ini yang berbunyi "ketulusan romeo". pada pendapat aku, romeo yang sejati adalah romeo yang tulus dan patut dihargai tiap2 wanita, kenapa aku katakan begitu? kerana romeo yang dalam erti kata romeo sejati nih tidak akan sesekali mengecewakan wanita, malah akan menghormati dan menghargai kaum yang indah dan menarik di muka bumi itu. sebab tu bagi aku sendiri la, untuk menolak cinta seorang wanita itu umpama ingin meledakkan bom nuklear di tengah bandaraya yang padat. kenapa aku cakap mcm tu? meledak bom nuklear di bandaraya yg padat adalah satu perbuatan tidak beretika dan jika ianya berlaku, memang sadis la... begitulah pandangan aku terhadap harapan cinta seseorang wanita. tu pasal berapa ramai awek pun yg ingin bercinta dengan aku akan tetap aku terima hatta walau terpaksa berkorban. anggaplah kita lelaki nih sebagai lilin yg menerangi seluruh malam walaupun kita sendiri terbakar dan malap, tapi kita tetap sanggup.



wanita memerlukan cinta dan belaian seseorang bernama lelaki - sekadar gambar hiasan


tapi seringkali juga niat untuk membela kaum yg comel dan manja ini disalahertikan oleh banyak pihak. yg menyokong mmg tak berapa banyak, tapi yang menentang memang tak boleh dikira. ada yang kata lelaki romeo ni mempermainkan wanita, mengambil kesempatan dan banyak lagi. tapi tak terfikirkan mereka bahawa niat sebenar jejaka romeo sejati ni adalah untuk membela, melindungi dan memberi sinar harapan kepada wanita? cubalah berfikir dan meletakkan diri anda sebagai romeo sejati. kepada wanita pula, cuba anda fikir bahawa statistik andartu dan masalah mental dikalangan wanita akan bertambah jika tiada jejaka bernama romeo sejati. hanya romeo sejati saja yg tulus terhadap wanita.

sama2lah kita berdoa agar akan muncul lebih ramai romeo sejati..

jumpa lagi....

Iklan : Joget Cinta Pertama




Joget Cinta Pertama
by Matt Romeo
Terbitan Creative Enterprise Sdn bhd
Tahun 1994


"Relakah
emak melihat anak emak ini menderita? Sanggupkah emak melihat anak emak
ini berbinikan perempuan yang bernama jantan? Sampai hatikah emak
membiarkan anak emak memeluk kaki katil pada malam pengantinnya?"


Masa
korek2 kotak kemas rumah kat kampung terserempak dgn buku lama ni. Ntah
la sapa punya. Matt kembali dalam kisah Joget Cinta Pertama ini dan
memang dari sekolah lagi tahap miang dia aduih.. bukan main. Matt ni
dalam hati lain, cakap yg terkeluar lain. Control gitu. Disebabkan rasa
sayang yg meluap2 buat haslinda dia mengirimkan warkah cinta kpd gadis
cantik itu. Tak sangka pulak haslinda tu nak sambut salam cinta Si Matt
hingga jadi couple glamer kat skolah.. first time aku baca pepatah
ditelan mati katak diluah mati pucuk. aduih.. memang gelak jer biler
layan citer nih.


Bukan saja haslinda yg syokkan Matt ada
jugak la hati2 lain yg terpikat termasuklah sorang gadis bersama Azizan
tapi matt terang-terangan reject sbb tak lawa. Percintaan dgn Haslinda
telah menjadikan seorg yg lebih rajin belajar sbb Haslinda rajin
bertanya tentang pelajaran kpdnya.


Walau bgmanapun ada
pertelingkahan keluarga berkaitan dgn tanah Tokwan Matt dengan bapa
Haslinda.. Berjayakah Matt berbinikan Haslinda?


sure fine whatever
Rinn



Sinopsis belakang buku:

"MUlanya dia buat hal juga"
"Hal macam mana?"
"Dia terus buka seluar... huh, buruk betul. Nampak macam katak tak pakai baju!"
"Ah, tak senonoh."
Haslinda mencubit lenganku dan sekaligus memaksa aku mengaduh kecil.
"Cakaplah betul-betul Matt... dia buat apa?"
"Okey." Aku meneguk liur.


RM10.90
180 mukasurat

Pasal Gred Awek2

Pasal Gred Awek2

Salam semua...
jumpa lagi di ruangan ini...

Sebenarnya topik kali ini merupakan penjelasan kepada satu kenyataan
yang aku buat pada topik yang lepas, ramai yang tanya mcm mana aku
gredkan awek dan tak kurang ada juga yang terkilan atau mungkin marah
skit. jgn risau, bagi aku kemua wanita diatas muka bumi ini adalah
layak untuk dicintai golongan yang gagah yakni golongan aku. ada yang
PM bertanya apasal aku gred2kan awek, sorry la semua... sebenarnya aku
belum habiskan ayat yang lepas tu tatkala masa time tu begitu suntuk
kerana untuk kaum yang aku sayang juga, kesian la dia kan sebab ajak
aku lunch. sebab tu aku takder masa nak habiskan ayat.







awek yang cun tak semestinya berada di gred teratas - sekadar gambar hiasan.
___________________________________



Gred tu sebenarnya diguna pakai untuk lelaki yang
dikatakan romeo, atau lelaki yang pemurah dengan kasih sayang terhadap
wanita iaitu lebih kurang yang mempunyai ramai awek. sebenarnya gred
nih bukanlah yang membeza2kan kecantikan wanita ataupun diskriminasi
yang melampau.

Sebenarnya gred yang dimaksudkan tu adalah mana2 yang menunjukkan
kesungguhan terhadap kita, jika anda seorang romeo sekalipun tentu anda
ada awek rasmi kan, so awek rasmi ni berada dikelas yang teratas la
bagi apa2 keutamaan, ocntohnya kalau nak raya rumah dia tentu la lama
skit, limit awek rasmi lak biasanya terhad. mungkin untuk seorang romeo
ada 2-4 orang awek rasmin.

kelas pertengahan pula adalah awek separa rasmi, untuk awek kelas nih
biasanya mungkin bila2 masa akan diangkat sebagai awek rasmi.

awek kelas yang tak utama adalah awek2 angkat jer, bermaksud bagi mana2
awek yang dikatogerikan takde balak atau awak yang kesorangan. so kita
sebagai lelaki tak elok rasanya membiarkan seseorang awek tu tanpa
perlindungan, so lelaki sejati wajib melantik seseorang wanita tu
sebagai awek jika dia didapati solo, tiba masa dia dah ada balak baru
kita terpaksa la melepaskannya. atau pun kalau sedara2 sayangkan awek
dalam katogeri nih mungkin anda2 boleh naikkan taraf awek nih kebagai
awek separa rasmi atau terus ke awek rasmi.

Apa2 pun gred awek2 yang anda dampingi mereka tetap seorang wanita yang
memerlukan kasih sayang seorang lelaki yang gagah.. errr... seperti aku
la kot.. (ambil contoh terdekat jer) hehehehe.

ok lah.. rasanya kecelaruan dah dijelaskan.. ada apa2 yang tak paham
boleh tanya... aku akan jelaskan sampai semua faham.. tapi kalau banyak
kali dah cakap tapi tak paham2 gak buat2 lah paham ek... hehehehe...

jumpa lagi baaa.....

cium untuk semua2 awek....

tata.. titi.. tutu...

jumpa di topik akan datang.
Selamat Hari Raya

salam semua....

apa polah kitak2 sekalian? ada baik? kamek tauk ramai lelengau (sangat rindu) sama kamek sitok (disini) terutama dipihak sumandak2 (gadis). hehehehe.. betul tak? hahaha, kalau cakap tak betul pun tapi dalam hati diaorang ni cakap betul, pastu siap senyum lagi.

rasanya kita masih dalam mood raya kan, so tak la lambat lagi untuk kamek mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada kitak2 sekalian, marilah kita menghulur tanpa tangan disini. errr... untuk awek2 kalau nak hulur moncong kat pipi ni pun boley gak..hehehehe... jgn mareee.... gurau je tok.


apakah gaya pilihan gadis secomel cda? - sekadar gambar hiasan

raya2 nih tentu awek secomel cda memilih untuk memilih pakaian yang setanding dengannya, bermakna tuan cantik pakaian pun cantik la. bagi yang dianggap sebagai mama lekuk2 seperti jue pulak mestilah bergaya dengan caranya sendiri. begitu juak dengan yang baru couple mcm nizamsha & salah sorang awek baru forum tu.. hehehehe.. tentu perancangannya nak pakai baju sedondong, tak dapat kamek bayangkan mereka pakai baju sama kaler pink. hahaahha.. jgn mare ba....

bagi yang romeo pulak mesti ada caranya sendiri, yang penting susun jadual. terlebih dahulu kena la cari list awek2 tu, kemudian buat satu jadial dan sebelah dia pulak buat masa lawatan. amat penting bagi romeo2 semua untuk mendisiplinkan masa, masa lawatan perlu dirancang dengan teliti. so jangka masa kita berada di sesebuah rumah awek tu perlu dirancang terlebih dahulu mengikut gred awek tu sendiri, pasal gred tu anda yang akan menentukan. contohnya kalau awek rasmi kena la lama skit peruntukkan masa tu, pastu awek separa rasmi dan awek tak rasmi. untuk yang tak rasmi tu sekadar tunjuk muka pun dah kira bagus. kalau tak sampai juak rumah dia maknanya kena pandai cari alasan. aku ingat pesan sifu, tak baik hampakan harapan wanita.

ok lah, sambung lagi nanti...
ada keja jap...
errrr... ada awek baru ejas semalam ajak lunch..hehehehehe.. cunnn bebbb...

Perihatin Seorang Lelaki Kepada Wanita

Perihatin Seorang Lelaki Kepada Wanita

salam semua....
salam pada sumandak2 alawa...
dan salam pada saper yg baca ini juak....

Tajuk kali ni susah sikit untuk aku huraikan, tapi tak apalah aku akan
bagi imput yang terbaik untuk pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.

Sebenarnya kita semua sedia maklum bahawa sebenarnya lelaki ni makhluk
yang penyanyang, so subjek yang paling disayangi lelaki ni adalah
makhluk yang comel bernama wanita, tahu atau tidak.. sedara-sedari
memang patut tahu bahawa lelaki memang perihatin dan mengambil berat
pasal kaum wanita, sebab tu perbualan kaum pembela yakni kaum aku lebih
banyak berkisar pasal wanita. antara perbualan yang boleh dijadikan
contoh ialah wanita itu comel mcm cda, perempuan itu lemah lembut macam
jue, perempuan sinun jelitawan bak falci, perempuan itu sopan-santu
macam fieza dan lain2 lagi contoh yang kalau aku sebut satu persatu
memang sampai tahun depan pun takkan habis.


Lelaki sememangnya perihatin kepada wanita - sekadar gambar hiasan
___________________________________


Pendekatan lelaki untuk menunjukkan dia mengambil berat terhadap
seseorang wanita tu memang diluar jangka semua, antaranya ada kaum aku
yang berkahwin lebih dari satu.. dengan berkahwin ramai bermakna
seseorang lelaki itu sangat2 perihatin bahawa wanita memanglah perlu
disayangi, dibela dan diberi tunjuk ajar.. atas dasar sifat kepimpinan
yang tinggi lelaki macam ini 'harus' direspek kerana berkahwin ramai ni
sebenarnya bagus untuk kaum yang berbukit-bukau dan comel itu yakni
kaum wanita. sebenarnya lelaki yang kawin ramai ni lagi lebih sikap
penyanyang dia berbanding lelaki yang kununnya setia pada yang satu
(menyampahhhnya sebut ayatt nih). hehehe. atas keperihatinan lelaki
yang dianggap jantan ini kaum wanita terbela.. cuba bayangkan kalau
tiada lelaki macam nih??? mungkin statistik andartu akan meningkat dari
masa ke semasa, dan juga umat melayu tidak akan seramai sekarang.


Wanita memerlukan kasih sayang dan sikap perihatin seorang lelaki - sekadar gambar hiasan
_________________________________________


Lelaki makhluk yang pelik, kerana dianugerahkan sikap perihatin yang tinggi bermakna seseorang lelaki boleh jatuh cinta berkali-kali, contohnya semalam tengok falci yang comel sedang memasak bubur pedas aku dah jatuh cinta aci kerat jari salmon aku berani bertaruh sapa2 pun akan terpikat dengan falci, pastu hari nih bila tengok cda yang tengah main air pantai rantau abang pun aku jatuh cinta sekali lagi, cda nih gadis yang comel dan lembutt.... kalau sedara-sedara tengok aku grenti, aci disuruh berenang dari rantau abang sampai pantai belanda pun aku sanggup semata2 mak kejar cda. tu cuma contoh laa.... banyak lagi kejadian yang boleh dijadikan contoh, tapi tak mau la aku tulis semunya. kena jimat masa nih sebab petang ni balik dari keja ada awek nak jumpa aku...hehehehe.. awek tengah.. tah apa sebab tetiba sms cakap rindu, so atas dasar keperihatinan aku, aku terpaksa ikutkan juak kehendaknya yang ingin melepas rindu pada aku..

Kepada wanita2, anda sebenarnya beruntung sebab tak jadi lelaki.. susah wooo nak jadi lelaki nih, tambah2 pulak lelaki yang berawek ramai. lagi la kena bahagi-bahagikan masa, pastu kena pandai susun ayat dan pelbagai lagi kesukaran yang terpaksa ditanggung, tapi aku tetap bersyukur kerana dijadikan sebagai seorang lelaki, bermakna peluang untuk aku berbakti dan menyanyangi kepada ramai orang (khisusnya wanita) semakin banyak, semakin banyak wanita yang aku curahkan kasih sayang semakin banyak aku buat kebajikan pada kaum kesayangan aku tuh..

errr... dah kul 4 nih, ok lah... aku stop dulu kali nih, jumpa lagi nanti dengan topik yang dijangka panas... malah lebih panas dari isu pilihanraya..

zasssss! layannnn!

Iklan: Madu Impian

Iklan Jap!




Sudahkan anda semua mendapatkan novel ni? bagus untuk pembacaan anda semua khususnya kepada lelaki2 yang mahu menjadi 'jantan'

Category: Books
Genre: Romance
Author: Matt Romeo
Madu Impian by Matt Romeo
terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

"Aku boleh jatuh cinta pada sesiapa, pada bila-bila masa..."

Cerita ini disulam dengan penuh komedi dengan mengudang tawa serta
senyum sinis (mungkin bagi perempuan saja yg membaca kisah ini). Matt
bukan seorang yang jahat, dia cuma nakal dan mudah jatuh cinta namun
setiap wanita yg dicintainya akan dijaga sebaik mungkin. Tak sangka ada
juga kejutan yang mampu disulamkan dalam kisah ini.

Sinopsis belakang buku:

"You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh..
gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu
nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak
orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."

RM15.90
295 muka surat