Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Rabu, November 26, 2008

Wanita Makhluk Yang Lembut

Wanita memang dilahirkan dengan penuh kelembutan - gambar penyeri
___________________________________

salam...
salam...
salam...

apa khabar semua, apa khabar wanita2? bertemu kembali kita di ruangan tak seberapa ini, terima kasih kerana masih berminat untuk membaca.

Apa pun tajuk kita hari nih memang sesuai kerana ianya menggambarkan kaum leleki nih memang menghargai kaum wanita, bermakna aku pun memang menghargai kaum yang kaya dengan keindahan dan lekuk2. Memang aku hargai kaum wanita nih kerana majoritinya memang lemah-lembut dan comel, mungkin kalau nak dibuat contoh dalam forum nih sesuai dengan perwatakan cda & JUE. hehehe, pada aku 2 orang nih memang lemah lembut la... tapi salah sorangnya dah dimiliki atau dalah istilah lainnya sudah 'dicop' sebagai bini orang. mungkin suaminya terpegun dengan kelembutannya, hanya mereka berdua yg tahu.

Bagi aku sendiri, memang suka tengok pompuan yang lembut-lembut nih (tapi golongan lembut yang jantinanya diragui memang aku nak muntah la kalau tengok.. dari tengok kaum depa nih baik aku tengok biawak pasir). Kena lak lembut mcm cda, suara pun seksi dan lembut mcm cda... pehhhhh! aci kerat papan aku berani bertaruh, tang2 tu jugak kalau disuruh berguling dari ipoh sampai kluang pun aku sanggup.

Di ruangan ini aku cuma nak bagi contoh la, kalau la seseorang pompuan tu selembut cda, memang boleh dianggap hampir sempurna. nak cakap sempurna terus pun tak boleh jugak sebab kita manusia nih tak dicipta untuk sempurna. tapi bagi aku ciri-ciri yang ada pada cda memang ciri2 seorang wanita melayu terakhir.


seperti gadis melayu lain, cda juga penuh dengan kelembutan - sekadar gambar hiasan
_______________________________________________


apa lagi nak tulis ek, ok laa... kalau ada masa nanti aku sambung la ek. nak cakap banyak2 pun perut lapar dah nih, lain la aklau dengar suara cda.. tang2 tu jugak jadi kenyang.. tak makan 10 tahun pun takper. hehehe...

ok semua... jumpa lagi kitak2 semua...

babai...

Sekadar Mengisi Masa Lapang.

Sekadar Mengisi Masa Lapang.

assalamualaiku......
salam sejahtera......

bertemu kembali kita di ruangan ini, terima kasih atas banyak maklum balas yang diterima dari ruangan ini, ada antaranya terpaksa aku delate dan juga ad ayg terpaksa aku split. diharap semua berpuas hati. kalau tak puas hati nak wat macam mana, aku kena jadi macam orang politik jugak la, kadang2 kena ambil tindakan yg sewajarnya walaupun tidak semua yg suka akan tindakan itu.

sebenarnya tak ada apa yang nak aku sentuh hari ni, tapi saje2 nak cerita. masa aku lepak2 kat salah sebuah starbucks yang ada kat malaysia ni dengan salah sorang awek tak rasmi aku ada la pulak awek cun masuk, kena pulak dia duduk berhadapan dengan aku. fuhhh, time tu tang2 tu juga aku rasa mcm nak hantar awek tak rasmi aku tu balik rumah dan terus patah balik ke sratbucks tu dan duduk semeja dengan awek yang berhadapan dengan aku tadi. cantik??? memang awek tu cantik sangat.. perumpamaan yang boleh aku buat kat sini mungkin secantik cda atau falci, sekali dia senyum.. pehhhh... luruh jantung beb.

untuk berbual dengan awek yg kat depan tu dah tak berapa kusyuk dah, mata aku sentiasa perhati awek yang kat depan tu. kalau la dapat buat awek dan tambah dalam list awek aku yg sedia ada, aci kerap papan aku berani cakap kalau dia nak urung aku dalam bilik hotel aku 'terpaka' merelakan. untuk awek yang se'cun' tu, bukan saja aku... aku grenti, lelaki yang betul2 bergelar jantan (yg golongan sotong tolak ketepi) memang sanggup buat apa saja hatta terpaksa gelek tayar lori dari sibu ke langkawi. aku tengok awek tu lepak sorang2 jer, tah la dia tunggu sapa. ni kalau tak ekrana awek kat depan aku grenti aku dah duduk dengan awek tu, mana la tau kot2 dia mmg dah rancang dan ebrniat nak lepak ngan aku, alih2 aku lak bawa awek lain. sesekali awek tu pandang aku dia senyum.. hmmm.. nampaknya ada jugak daya tarikan pada aku walaupun aku bawa awek lain.

aku pun ajak lah awek tak rasmi aku tadi balik, nak hantar dia. aku suruh dia tunggu dalam kereta bukak enjin keta dulu pasang air-cond supaya sejuk, aku cakap la nak ke bilik air dulu dan nak tengok 2-3 benda kot2 yg sesuai dibeli nanti.

masa dok mundar-mandir dalam starbucks tu aku pandang lagi gadis cun tadi, dia pun pandang aku.. senyum macam tadi jugak. hehehe... tup2 aku pegi tempat dia, tanya "kalau tak silap i la kita pernah jumpa kan sebelum nih" (taktik nih memang agak kuno skit, tapi cuba jer laa... hehehe. gadis tu jawab "ya ke?, tapi u mcm familiar la" aku terus pintas "i pun tak perasan juga kita pernah jumpa kat mana, tapi i nak ngorat u boleh tak" pompuan tu gelak sambil cakap "ish u nih, baru kuar dating ngan awek dah nak ngorat awek lain" aku jawab "hehehe.. gurau jer"... bla...bla.... tup2 aku dapat no. hp gadis tu... hehehe.... opsss... jap ek... nak jawab sms dia jap.


jumpa lagi.....

Cinta Pandang Pertama

Cinta Pandang Pertama
Oleh : Lord Vlad

Bertemu lagi kita di ruangan Bila Vladimir Menulis
ini, tajuk diatas rasanya biasa sangat dah. Tak dinafikan ada antara kita yang
pandang pasangan kali pertama dah jatuh hati, itu berlaku pada kebanyakan orang
dan tidak boleh berkata tidak pada diri aku sendiri pun benda ni terjadi.
Sebenarnya apa tarikan pasangan kita? Adakah disebabkan dia comel macam falci,
fieza atau cda? Adakah kerana senyuman dia yg manis macam seri, adakah kerana
tertarik dengan lekuk2 (hehehe.. jgn mare), adakah kerana perwatakannya yang
lemah lembut germalai macam Jue, adakah cool macam cik pah dan pelbagai lagi la
atau yang tak dapat aku senaraikan disini, kalau disenaraikan mungkin tulisan
aku kali ini panjang berjela dan kalau disusun dalam kertas kajang dah tentu
sampai ke kampuchea atau pun mexico (tempat yang ada ramai awek cantik tu)
kertas tu bila disusun.


kena pulak awak cun tersenyum manis macam gambar diatas- sekadar gambar hiasan
__________________________________________________________


Cinta pandang pertama sentiasa berlaku pada aku, dan boleh dikatakan setiap tahun, setiap
bulan, setiap minggu atau setiap hari aku jatuh cinta pandang pertama tapi
untuk awek yang berlainan.hehehe. kena pulak kalau dapat awek yang comel dan
manja macam cda aci kerat papan aku berani bertaruh tang2 tu jugak rasa nak
tarik dia ke pejabat kadi, tang2 tu jugak rasa nak jadi seorang suami.

Dalam kes aku,
teringat pulak satu peristiwa. Time tu aku balik dari operasi rokok (kawalan
hasil tembakau), masa tu aku baru balik dari
sebuah shopping kompleks, pas ramai tangkapan dan target bilangan dah
cukup aku terus serahkan buku kompoun kat PPKP yang berkaitan, aku lak dah
letih dan terus nak balik ke rumah. Errrr... sebenarnya bukan aku nak ceritakan
pasal operasi yang aku buat tu, saja aku taip jugak untuk kasi panjang tulisan
aku ni, kiranya macam novel2 cinta yang korang baca la.. mesti ada tang meleret-leret
untuk panjangkan cerita tu kan. Ok, ceritanya macam nih, time aku balik jam dah
menunjukkan waktu 10 malam, waktu ditir tak pasti la pulak sebab aku tak berapa
tengok jam, yang aku bayang Cuma katil
dan bantal saja sebab mengantuk sangat2.

Ok la, aku buka
perenggang ke dua untuk sambungan perenggang diatas.. time tengah jalan tu aku
nampak sebijik kereta kura2 tengah tersadai, dari jauh aku takde la nampak
sangat tuannya, malas nak nak layan.. mata dah kuyu beb. Tapi masa kereta aku
betul2 ditepi kereta tersebut sekali imbas aku terpandang la jugak ada sorang
awek yang entah la dia buat apa dalam kereta, macam sedih la plak.

Sreettttttt!!! (pinjam sound efek komik hong kong yang berlambak di pasaran)
aku brek kereta aku dan parking di depan kereta awek tu, dengan gaya machonya
aku melangkah ketepi kereta tu aku nampak awek tu mcm sedih jer, aku pun ketuk
la cermin kereta dia dan tanya buat apa sorang2 kat tepi jalan nih, dia angkat
muka dan senyum kat aku time tu aku tengok matanya sedikit berair, nangis kot
awek nih. Apa pula yang berlaku pada aku tatkala terpandang awek tu...
suspennnn.... dup dap dup dap!!! Jantung aku dah kencang berdegup, mata aku yg
kuyu tadi tang2 tu jugak segar, rasa macam ceti yang baru kutip hutang pun ada.
Hati aku pulak berkata “nampaknya hari ni aku jatuh cinta pandang pertama untuk
kali yg ke seterusnya” hehehehe....

Awek tu cakap keretanya rosak, dengan lagak macam pomen F1 aku suruh dia buka bonet depan
sebab nak tengok enjinnya. Awek tu turun, dia kata enjinnya kat belakang sebab
kereta dia tu memang asli yang lama, tak ubah suai lagi. Hehehehe... malu pun
ada sebab lupa kereta si comel tu kereta antik. Konon2nya aku nih pandai la bab
kereta, pas belek2 aku cakap kat dia kereta dia ni kena tinggal, tapi takpe.
Depan tu kedai 24 jam ada. So awek tu setuju tinggalkan kereta dia dan balik
dengan aku... opsss... jgn silap faham, bukan balik rumah aku tapi aku hantar
dia kat rumah dia. Korang nak tahu apa perasaan aku masa tu, dah la aku jatuh
cinta pandang pertama, rasanya kalau awek tu suruh tolak kereta dia sampai ke
jepun sakalipun aku sanggup. Aci kerat papan aku berani bertaruh.

Sekarang hubungan aku dengan “awek cinta pandang pertama tu terus on” dia jadi awek rasmi aku
yang tengah. Untuk makluman korang semua, aku ada 3 awek, yang sulung, tengah
dan bongsu. Hehehe... dah orang berharap kasih sayang aku, nak wat macam mana
kannn.. terpaksa la aku berkorban dengan membahagi-bahagikan kasih sayang aku
kat mereka2 nih. Aku buat tanggapan yang tanpa kasih sayang aku dah tentu
mereka ni macam semut yang korang nak picit2 bila merayap kat gelas korang,
mesti awek tu akan terus dibuli oleh mereka yang tak bertanggungjawab, atas
dasar ingin melindungi awek2 yang comel tu aku terpaksa juga serahkan kasih
sayang aku pada mereka, seperti apa yg aku tulis sebelum ini la, kasih sayang
lelaki adalah untuk didermakan untuk beberapa wanita.

So banyak lagi kisah cinta pandang pertama aku, tak dapat la aku nak huraikan satu-persatu kat
sini, panjang sangat aku tulis boring pulak korang nak baca kan? Takpa, lain
kali aku akan selitkan di slot2 yang lain pulak.

Untuk lelaki2 yang kat luar sana yang nak menjadi jantan, kalau hadapi situasi seperti aku
dimana korang jatuh cinta pandang pertama antara tip2 berikut korang tak boleh
tinggal punya:-

- Mintak no telefon.

- Mintak alamat rumah

- Tinggalkan no. Telefon korang kat awek tu (lagi elok kalau ada kad)

- Tanya dia kerja kat mana.

- Bergantung pada korang apa yang korang fikirkan masa tu.

Ingat tau, jangan
sesekali jadi lelaki yang tak jantan. Malu itu la, malu ini la... kalau malu2
macam mana nak dapat awek. Motivasi diri kena tinggi, kulit muka kena tebal
sikit baru tak ketinggalan. Ingat tahu, walaupun kita jadi seorang yang tak
malu jangan pula jadi seorang yang tak tahu malu. Jangan over sangat yang boleh
menyebabkan orang meluat. En. Suring
sila baca ayat ni (mungkin boleh jadikan motivasi untuk ko).

Akhir kata dari
aku, sentiasalah up to date diri sendiri mengikut peredaran zaman dan kesesuai
waktu dan tempat, tak salah jatuh cinta pandang pertama berkali2 kerana ia satu
anugerah

Okess semua...
jumpa lagi pada topik akan datang.

Bila Bermadu Siapakah Sebenarnya Yg Bekorban?

Bila Bermadu Siapakah Sebenarnya Yg Bekorban?
Oleh : Lord Vlad

Bertemu lagi kita tanpa bicara, bertemu lagi dalam ruangan yang hangat ini, anda semua tentu
merindui tulisan vladimir??? Hehehe... aku tahu tuuuu....

Bercakap soal tajuk diatas, rasanya banyak pandangan dan pendapat yang korang lontarkan,
tatkala terbaca tajuk pun korang dah buat rumusan siapakah sebenarnya yang
berkorban dalam soal hidup bermadu nih, tidak dapat tidak aku rasakan mesti
kebanyakan korang cakap yang sudah tentu lah golongan yang comel yakni kaum
wanita yang banyak bekorban
kan? Itu pandangan korang, tapi kita cuba lihat
dari sudut lelaki pulak? Apa alasan bermadu tu? Kalau kena gaya baik dah tentu
baik jadinya, kalau takat nak seronok rasanya lupakan ajer nak memadukan wanita
nih.

Yang aku nak
ceritakan kat sini adalah pendapat aku saja, tak ada kena mengena dengan yang
orang lain. Mungkin sedikit dipengaruhi kenyataan yang buat oleh sifu aku dalam
beberapa tahun yang lepas.

Ok la, aku teruskan ekkk...

Bagi aku la, bermadu nih susah juga... yang banyak bekorban sebenarnya adalah kaum lelaki.
Sepatutnya wanita bila suami mereka nak menikah lain mereka akan seronok sampai
melombat-lompat atau berguling-guling, kalau boleh buatlah sambutan bunga api
atau pun upah persatuan kompang sekolah untuk meraikannya.
Tapi sebaliknya
tidak, pompuan akan marah bila sebut madu.

Nak tahu apa sebab aku cakap bermadu tu pompuan patut gembira? Sebenarnya bila bermadu
tanggungjawab seseorang wanita kepada suaminya dah tinggal 50%, yang peratus
selebihnya dah diserahkan kepada yang sorang lagi. Sering kali kita dengan
wanita nih letih melayan kerenah suami, bila dah bermadu keletihan tu dah
kurang separuh. Banyangkan kalau si suami tu pulak kawin 3 atau 4.. lagi la
sikit peratus yg tinggal. Lagi lapanglah waktu, lagi banyak masa untuk tengok
drama Mexico, lagi banyak masa tengok Drama Indonesia, lain2 rancangan import
dan juga rancangan realiti yang berlambak kat TV sekarang nih. Bila suami tak
memadukan anda bermakna 100% masa anda perlu melayan kerenah suami, kena masak
lagi, basuh baju lagi dan lagi dan lagi segala macam yang nak kena buat untuk
suami.

Bayangkan, jika suami puan-puan dan bakal suami cik-cik semua ada bini lain, bermakna masa anda
untuk lakukan aktiviti sendiri lebih banyak. Betul tak kata2 vladimir nih???
Jangan marah yeee... ni Cuma pendapat dan buah fikiran, tak terniat nak sakiti
hati sapa2.. wan & Dhiya jangan marah tauk... hehehehe.
Ok, bercerita bab lelaki pula banyak dan segala macam perkara yang perlu kita buat. Bila
berhasrat memadukan wanita kita kena fikirkan segala aspek termasuk kewangan,
kemampuan batin dan juga kekuatan mental. Satu lagi benda yang paling sukar
adalah melayan semua madu2 tu dengan adil dan saksama tanpa melebih dan
mengurang sedikit pun kasih pada madu2. itu adalah pengorbanan besar kaum
lelaki.


Bila dah bermadu, si lelaki kena korbankan lagi masa mereka, sekejap ke sini.. kejap ke sana..
kejap ke sinun.. rugi wooo masa perjalanan dan dianggap terbuang, bayangkan
kalau sorang jer isteri... tak perlu berkejar ke sana ke mari.

Berkorban lagi seorang Lelaki adalah kena banyak bersabar dengan sikap dan kerenah isteri2
yang pelbagai macam perangai. Mungkin ada yang kuat merajuk, mungkin ada yang
kuat tidur, mungkin ada yang tak mandi pagi (errr... atira jangan marah ek..hehehe)
dan juga segala macam perangai lagi yang anda kena layan.... so pandai2 lah
korang nak handle keadaan, berfikirlah dengan bijaksana kerana lelaki adalah
khalifah dan khalifah itu bermakna pemimpin, so jadilah pemimpin yang baik.


madu itu manis, wanita yang hidup bermadu bermakna mengecapi kemanisan hidup - sekadar gambar hiasan
_________________________________________________________________________


Dalam satu konteks pula bermadu itu bagus untuk membela kaum yang lemah yakni wanita, bermakna
statistik andartu dapat dikurangkan kepada angka yang lebih sedikit dari
sekarang, so lelaki yang berhasrat dan sudah lakukan proses memadukan ini boleh
dianggap mulia kerana membela kaum yang indah dan berlekuk-lekuk tersebut. bagi
aku sendiri memang tak sampai hati bila tengok awek comel2 tapi tak kawin lagi,
apa masalah dia.. sering tertanya-tanya dalam hati.. bila terpandang awek
tersebut tang2 tu jugalah aku nak heret dia pegi tempah pelamin, tempah baju
kawin dan juga bawa ke pejabat kadi. Kalau boleh bawa 2-3 atau 4 orang sekali
gus.. bukan apa, tapi sekadar menunjukkan simpati bila tengok awek yg comel
tapi tak kawin lagi kan....

Sebagai simpulannya, dalam hal bermadu ni sebenarnya melibatkan banyak pengorbanan kaum
aku iaitu kaum yang gagah perkasa. Kena korbankan masa, kena korbankan wang
ringgit, kena korbankan segala hal bila memilih untuk memadukan isteri. Errr...
buat masa ni aku Cuma memadukan awek2 aku jer.. awek rasmi aku yang tiga orang
tu okey jer nampaknya, mampukan aku memujuk mereka nanti untuk duduk satu
pelamin serentak
?? Hehehehe.... tungguuuuu.... errrr.... buat awek2 yang tak
rasmi pula jangan risau, kalau ada jodoh kita nanti kira ok la tuuuu. Bilangan
awek tak rasmi aku???? Aku sendiri pun tak tahu berapa jumlam mereka... nak
kena periksa list la dulu.. hehehehe.. jgn maree...

Okess laa.... buat mereka dari kaum aku yang dah mulakan langkah memadukan nih tahniah untuk
anda semua, dan mana2 yang pasang niat tu pun tahniah juga sebab sekurangnya
anda masih berhasrat untuk jadi lelaki sejati dan berhasrat melindungi kaum
kesayangan kita, tapi yang takde niat tu kalau boleh pasang2 la niat skit
walaupun benda ni tak dapat anda laksanakan sebabnya lelaki yang pemurah itu
adalah lelaki yang pemurah kasih sayangnya terhadap golongan lemah.


Jumpa lagi...
adios...

Tips Untuk Jantan

Tips Untuk Jantan

Tips nih aku taip
kembali untuk tatapan lelaki2 yang jawanya jantan dari kitab dan tulisan sifu
aku.


Lelaki2 yang
subur kasih sayangnya, yakni yang mempunyai lebih daripada seorang ‘awek’,
biasanya merekodkan nama ‘awek-awek’ mereka yang lain dalam buku telefon,
memori telefon bimbit atau kad SIM masing-masing dengan cara menukar nama
‘awek-awek’ tersebut kepada nama lelaki. Azizah direkodkan kepada Azizan,
Aliyah sebagai Ali, Hanim sebagai Hamid dan sebagainya. Tujuannya jika mana-mana
‘awek’ memeriksa rekod tersebut, tembelangnya tidak akan terburai.

Kaedah itu
sebenarnya dah lapuk dan layak dipakai oleh romeo zaman seluar ‘yengki dan
remos’ terjurai ‘aje’. Perempuan sekarang dah pandai. Mereka dah tahu trick tu.
Jadi untuk mengelak terperangkat, apa kata anda ubah stail. Cuba masukkan nama
YB di depan nama ‘awek-awek’ tu. Nak bagi nampak real lagi, masukkan juga YB tu
di depan nama dua tiga orang kawan lelaki anda.

Bila ‘awek’ anda
memeriksanya, tentu dia tidak mengesyakki apa-apa. Tentu disangkanya semua YB
perempuan itu wakil rakyat dan silap-silap
dia akan kagum pada anda sebab banyak berkawan dengan orang politik.

Tapi awas, jangan
sekali-sekali tulis YAB di depan nama ‘awek-awek’ tu sebab ‘kat’ Malaysia ni
belum ada perempuan bergelar Yang Amat Berhormat. Yang amat Berhormat tu. Ada
‘le’...

Tips untuk lelaki (berkaitan telefon bimbit)

Tips untuk lelaki (berkaitan telefon bimbit)

1. nak simpan no awek kat talipon boleh tapi buat la nama lelaki, contohnya Halida ambik yg dekat2 nama lelaki.. boleh tulis halim, kamariah boleh tulis sebagai kamal.

2. pastikan sedara2 ada 2 bateri telepon, satu yg elok dan satu lagi yg dah nak kondem... bila awek lain tepon, hp kita akan padam bila kita guna bateri yg nak kondem tadi. satu lagi kita ada sebab la untuk tutup hp kita bila dating, boleh cakap nak jimat bateri.

3. kalau tepon ada elok, awek lain call tengah kita dating bagi tahu dia nanti saya call balik.

4. satu lagi tip, sedara boleh cakap macam nih "i tengah dating dengan awek cun nih, nanti kita dating esok2 lak key, i ada keja jap" - ayat nih boleh menyebabkan awek yg depan kita tu senyum dan awek yang tepon kita lak tak berapa caya yg anda tengah dating... tentu dia ingat anda bz time tu.

5. bila awek yg lain call masa tengah dating buatlah mcm line tak clear, contohnya :-"helooo! heloo!! line tak clear laaa...." (tapi kalau dalam kawasan bandar tambah ayat nih "u punya line ada masalah nih, takpa, i call back jap lagi" pastu buat2 lah call balik depan awek yg kita dating tu, pastu cuba buat mengeluh.. "alahaiii dia punya line teruk la" awek yg kat depan takkan syak apa2, dan awek yang satu lagi akan menunggu panggilan. ada peluang antar msg cakap kita kat dalam gua ke, tengah laut ke.

selamat mencuba.....

Harapan seorang wanita

Harapan seorang wanita
Oleh: Lord Vlad

topik baru nih mungkin hangat skit, tapi bagi aku la tak baik bagi seorang lelaki menghampakan harapan seorang wanita yg mengharapkan kita. so tambah2 wanita tu cantik secantik falci, fieza atau cda. hehehehe. jgn mere.. sebenarnya memberi harapan boleh juga dianggap menderma harapan. dengan memberikan harapan kita seperti mengorbankan diri kita sendiri untuk membahagiakan wanita atau wanita2... kan mulia tuuuu... tak salah memberikan harapan asalkan ia dengan niat ingin membuat kaum yg comel (wanita) gembira, tapi kalau menolak harapan pompuan tu kita boleh dianggap sebagai penghancur harapan, maybe wanita tu akan sedih. bagi aku la, dari melihat wanita sedih memang aku tak sanggup.

dalam kes aku cuba korang semua baca dialog kat bawah:

aku dating sengan awek sulung, dia tunggu aku dekat 45 minit la jugak, bukan apa aku sebenarnya sebelum tu dating sengan awek bongsu, sampai jer kat meja:-

awek sulung: vlad, naper u nih... dekat 45 minit lewat.. geram tul i kat u...

aku : errrr... betul ke gerammm??? memang ramai pompuan cakap mcm u cakap tu sayangg... i sebenarnya baru balik dating dengan awek lain nh.. tu pasal lambat.

awek sulung: geram tul u nih, dah la lambat... temberang macam2 lak....

aku pun terpingga-pinga sebab kejujuran aku dianggap temberang oleh awek sulung aku, nak kata aku tak jujur aku dah berterus terang dengan dia.. so nak kata apa lagi kannn... dah dia tak percaya nak wat macam mana.. terima laa...

berbalik pada harap seorang wanita nih, aku rasa bagi yang berawek satu jer memang seorang yang bukan pemurah laa... kalau dia pemurah dia akan sanggup memberikan harapan pada awek yang lain... so kepada lelaki2.. anggap la kita ni sebagai lilin, walaupun cahaya kita sama2 tapi kita tetap berniat baik untuk menerangi orang lain, cahaya lilin itu boleh dianggap sebagai harapan kepada yg yg berharap dia tak berada dalam kegelapan.

okess... jumpa lagi di topik seterusnya...

Lagenda Juwita

Kisah Menyampah dan Malu.

Kisah Menyampah dan Malu.

bertemu lagi kitak2 semua sama kamek dalam jangka masa tak sampai sejam di ruangan yg menarik ini.

apa tajuk kali ni? menyampah?? apa yang menyampah sebenarnya? sebenarnya kamek cukup2 menyampah kalau orang lelaki cakap dia pemalu, segan nak ejas pompuan dan mcm2 lagi. kenapa mcm tu? takkan la pompuan yg nak mula ejas kita kan? sebagai golongan yang dianggap gagah dan kuat benda malu2 nih kena la tolak ketepi, malu pun kadang2 ok gak la contohnya malu pada tuhan kalau tak solat, malu kat mak bapak kalau jadi biawak hidup yang takder kerja tapi mengabiskan beras yang mak bapak beli, malu biarlah berpatutan.

tapi takde sebab bagi seorang lelaki malu untuk ejas seorang wanita, dan juga malu nak memiliki 2-3 atau ramai awek sekaligus. sebenarnya ramai awek ni bagus juga kan, sekurangnya kita boleh memilih, memilih dan terus memilih yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidup.

Dalam kes aku, aku cukup2 tak suka untuk melukakan harapan seorang wanita, contohnya kalau wanita berharap nak jadi awek aku. dalam keadaan hati yang bercampur baur aku kena la terima tambah2 awek tu cantik. takkan nak tipu diri kot, dah comel mcm tu takkan tak mahu kan?? so kalau dia mahu kat kita kita terima jer la, lagi pun dia dah berharap pada kita kann.. tak baik menghampakan harapan kaum yang comel dan lemah itu. kita lelaki, so kena la bela kaum yg indah tu....


kalau dapat awek secomel ni takkan nak tolak kot??
__________________________________


Berbalik pada kes menyampah aku tadi, aku harap la.. lelaki2 kat luar yang rasa dirinya pemalu tadi ubahlah minda anda, jadilah lelaki yang memberi bukan menerima. kalau perlukan apa2 tip boleh postkan kat sini tip apa yang korang mahu? kalau malu nak postkan sila pm kat aku, aku sedia membantu bagi menambah keyakinan lelaki2 yang tak berapa "jantan" ni....

okeh.. jumpa lagi tok untuk keluaran akan datang dengan isu yang lebih menarik...

Pengenalan

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam muhibah semua2....

Apa khabar anda semua? anda tertunggu-tunggu kamek menulis?? hehehhe... takpe, di ruangan ini kamek akan menulis..menulis dan menulis walau hakikatnya ia boleh dipanggil menaip, seni menulis kalau ada bakat memang menarik, tapi kamek tak kata kamek pandai menulis. cuba2 je.

Bagi keluaran pertama ni, kamek sik (tak) mahu apa2 lagi memandang tajuk pun pengenalan jer, tapi takpa la.. kamek akan cuba jer cari isi yang menarik untuk tatapan anda semua.

Sepanjang kamek di forum ni, ramai dah kawan kamek dapat dan ramai juga sumandak (wanita/gadis) yang kamek kenal. kebanyakannya comel-comel dan baik2.. sebagai lelaki kita sepatutnya menyanyangi kaum yang lemah itu yakni kaum wanita, so nak sayang dalam bentuk mcm mana gunalah kebijaksanaan anda sendiri. yang penting kita patut menghargai kaum yang indah dan berlekuk-lekuk tu.

Tak dinafikan, ada juga pada awalnya kaum yang comel (wanita) pada awal perkenalan dengan kamek di forum ini agak tidak menyenangi kamek, tapi itu awal perkenalan saja. mungkin juga disebabkan kenyataan kamek dianggap sebagai anti-wanita. Takkk, sebenarnya kamek tak anti wanita. dalam kenyataan kamek kalau diteliti sebenarnya lebih kepada ingin membela dan juga perbetulkan kaum yang indah tersebut, so mungkin cara kamek tidak dapat diterima mereka. tapi alhamdulillah, akhirnya mereka dapat mengenali kamek dengan lebih mendalam dan memahami bahawa kamek sebenarnya menyanyangi mereka.

ok la semua, di topik pengenalan ini setakat ini jer la dulu kamek menulis (menaip) ek. jangan risau.. selepas ini kamek akan membawakan isu-isu yang menarik lagi pada keluaran akan datang dan kitak2 semua boleh juak memberikan maklumbalas dan koemtar anda di ruangan ini. Sebarang komentar yang tak berkaitan, merapu dan juga tak berapa sopan akan kamek delate terus dari ruangan ini.

(tungguuuuu topik seterusnya dari kamek)...

zassss... layannnn !!!!