Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Rabu, November 26, 2008

Tips Untuk Jantan

Tips Untuk Jantan

Tips nih aku taip
kembali untuk tatapan lelaki2 yang jawanya jantan dari kitab dan tulisan sifu
aku.


Lelaki2 yang
subur kasih sayangnya, yakni yang mempunyai lebih daripada seorang ‘awek’,
biasanya merekodkan nama ‘awek-awek’ mereka yang lain dalam buku telefon,
memori telefon bimbit atau kad SIM masing-masing dengan cara menukar nama
‘awek-awek’ tersebut kepada nama lelaki. Azizah direkodkan kepada Azizan,
Aliyah sebagai Ali, Hanim sebagai Hamid dan sebagainya. Tujuannya jika mana-mana
‘awek’ memeriksa rekod tersebut, tembelangnya tidak akan terburai.

Kaedah itu
sebenarnya dah lapuk dan layak dipakai oleh romeo zaman seluar ‘yengki dan
remos’ terjurai ‘aje’. Perempuan sekarang dah pandai. Mereka dah tahu trick tu.
Jadi untuk mengelak terperangkat, apa kata anda ubah stail. Cuba masukkan nama
YB di depan nama ‘awek-awek’ tu. Nak bagi nampak real lagi, masukkan juga YB tu
di depan nama dua tiga orang kawan lelaki anda.

Bila ‘awek’ anda
memeriksanya, tentu dia tidak mengesyakki apa-apa. Tentu disangkanya semua YB
perempuan itu wakil rakyat dan silap-silap
dia akan kagum pada anda sebab banyak berkawan dengan orang politik.

Tapi awas, jangan
sekali-sekali tulis YAB di depan nama ‘awek-awek’ tu sebab ‘kat’ Malaysia ni
belum ada perempuan bergelar Yang Amat Berhormat. Yang amat Berhormat tu. Ada
‘le’...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan