Oleh : Lord Vlad
Bertemu lagi kita tanpa bicara, bertemu lagi dalam ruangan yang hangat ini, anda semua tentu
merindui tulisan vladimir??? Hehehe... aku tahu tuuuu....
Bercakap soal tajuk diatas, rasanya banyak pandangan dan pendapat yang korang lontarkan,
tatkala terbaca tajuk pun korang dah buat rumusan siapakah sebenarnya yang
berkorban dalam soal hidup bermadu nih, tidak dapat tidak aku rasakan mesti
kebanyakan korang cakap yang sudah tentu lah golongan yang comel yakni kaum
wanita yang banyak bekorban kan? Itu pandangan korang, tapi kita cuba lihat
dari sudut lelaki pulak? Apa alasan bermadu tu? Kalau kena gaya baik dah tentu
baik jadinya, kalau takat nak seronok rasanya lupakan ajer nak memadukan wanita
nih.
Yang aku nak
ceritakan kat sini adalah pendapat aku saja, tak ada kena mengena dengan yang
orang lain. Mungkin sedikit dipengaruhi kenyataan yang buat oleh sifu aku dalam
beberapa tahun yang lepas.
Ok la, aku teruskan ekkk...
Bagi aku la, bermadu nih susah juga... yang banyak bekorban sebenarnya adalah kaum lelaki.
Sepatutnya wanita bila suami mereka nak menikah lain mereka akan seronok sampai
melombat-lompat atau berguling-guling, kalau boleh buatlah sambutan bunga api
atau pun upah persatuan kompang sekolah untuk meraikannya. Tapi sebaliknya
tidak, pompuan akan marah bila sebut madu.
Nak tahu apa sebab aku cakap bermadu tu pompuan patut gembira? Sebenarnya bila bermadu
tanggungjawab seseorang wanita kepada suaminya dah tinggal 50%, yang peratus
selebihnya dah diserahkan kepada yang sorang lagi. Sering kali kita dengan
wanita nih letih melayan kerenah suami, bila dah bermadu keletihan tu dah
kurang separuh. Banyangkan kalau si suami tu pulak kawin 3 atau 4.. lagi la
sikit peratus yg tinggal. Lagi lapanglah waktu, lagi banyak masa untuk tengok
drama Mexico, lagi banyak masa tengok Drama Indonesia, lain2 rancangan import
dan juga rancangan realiti yang berlambak kat TV sekarang nih. Bila suami tak
memadukan anda bermakna 100% masa anda perlu melayan kerenah suami, kena masak
lagi, basuh baju lagi dan lagi dan lagi segala macam yang nak kena buat untuk
suami.
Bayangkan, jika suami puan-puan dan bakal suami cik-cik semua ada bini lain, bermakna masa anda
untuk lakukan aktiviti sendiri lebih banyak. Betul tak kata2 vladimir nih???
Jangan marah yeee... ni Cuma pendapat dan buah fikiran, tak terniat nak sakiti
hati sapa2.. wan & Dhiya jangan marah tauk... hehehehe.
Ok, bercerita bab lelaki pula banyak dan segala macam perkara yang perlu kita buat. Bila
berhasrat memadukan wanita kita kena fikirkan segala aspek termasuk kewangan,
kemampuan batin dan juga kekuatan mental. Satu lagi benda yang paling sukar
adalah melayan semua madu2 tu dengan adil dan saksama tanpa melebih dan
mengurang sedikit pun kasih pada madu2. itu adalah pengorbanan besar kaum
lelaki.
Bila dah bermadu, si lelaki kena korbankan lagi masa mereka, sekejap ke sini.. kejap ke sana..
kejap ke sinun.. rugi wooo masa perjalanan dan dianggap terbuang, bayangkan
kalau sorang jer isteri... tak perlu berkejar ke sana ke mari.
Berkorban lagi seorang Lelaki adalah kena banyak bersabar dengan sikap dan kerenah isteri2
yang pelbagai macam perangai. Mungkin ada yang kuat merajuk, mungkin ada yang
kuat tidur, mungkin ada yang tak mandi pagi (errr... atira jangan marah ek..hehehe)
dan juga segala macam perangai lagi yang anda kena layan.... so pandai2 lah
korang nak handle keadaan, berfikirlah dengan bijaksana kerana lelaki adalah
khalifah dan khalifah itu bermakna pemimpin, so jadilah pemimpin yang baik.
madu itu manis, wanita yang hidup bermadu bermakna mengecapi kemanisan hidup - sekadar gambar hiasan
_________________________________________________________________________
Dalam satu konteks pula bermadu itu bagus untuk membela kaum yang lemah yakni wanita, bermakna
statistik andartu dapat dikurangkan kepada angka yang lebih sedikit dari
sekarang, so lelaki yang berhasrat dan sudah lakukan proses memadukan ini boleh
dianggap mulia kerana membela kaum yang indah dan berlekuk-lekuk tersebut. bagi
aku sendiri memang tak sampai hati bila tengok awek comel2 tapi tak kawin lagi,
apa masalah dia.. sering tertanya-tanya dalam hati.. bila terpandang awek
tersebut tang2 tu jugalah aku nak heret dia pegi tempah pelamin, tempah baju
kawin dan juga bawa ke pejabat kadi. Kalau boleh bawa 2-3 atau 4 orang sekali
gus.. bukan apa, tapi sekadar menunjukkan simpati bila tengok awek yg comel
tapi tak kawin lagi kan....
Sebagai simpulannya, dalam hal bermadu ni sebenarnya melibatkan banyak pengorbanan kaum
aku iaitu kaum yang gagah perkasa. Kena korbankan masa, kena korbankan wang
ringgit, kena korbankan segala hal bila memilih untuk memadukan isteri. Errr...
buat masa ni aku Cuma memadukan awek2 aku jer.. awek rasmi aku yang tiga orang
tu okey jer nampaknya, mampukan aku memujuk mereka nanti untuk duduk satu
pelamin serentak?? Hehehehe.... tungguuuuu.... errrr.... buat awek2 yang tak
rasmi pula jangan risau, kalau ada jodoh kita nanti kira ok la tuuuu. Bilangan
awek tak rasmi aku???? Aku sendiri pun tak tahu berapa jumlam mereka... nak
kena periksa list la dulu.. hehehehe.. jgn maree...
Okess laa.... buat mereka dari kaum aku yang dah mulakan langkah memadukan nih tahniah untuk
anda semua, dan mana2 yang pasang niat tu pun tahniah juga sebab sekurangnya
anda masih berhasrat untuk jadi lelaki sejati dan berhasrat melindungi kaum
kesayangan kita, tapi yang takde niat tu kalau boleh pasang2 la niat skit
walaupun benda ni tak dapat anda laksanakan sebabnya lelaki yang pemurah itu
adalah lelaki yang pemurah kasih sayangnya terhadap golongan lemah.
Jumpa lagi...
adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan