Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Selasa, Julai 27, 2010

Gadis Impian

Oleh : Lord Vlad

Apa yang hendak aku ceritakan memang tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Setiap hari, setiap malam mana-mana lelaki yang melihatnya grenti tak boleh lupa. Iya, termasuklah aku. Aku juga seperti lelaki biasa yang lain, yang tidak kalis cinta dan tidak kalis dari tertarik dengan gadis yang secantik dan sehebatnya. Untuk kesekian kalinya anak jantan pada mak aku ini terasa aura. Aura yang mampu membangkitkan lelaki yang tak seberapa ini terasa ingin menjadi suami mithali.

Dia gadis yang mampu membuat semua lelaki memandangnya - gambar penyeri
_________________________________

Sekali lagi untuk yang berikutnya aku terasa sudah jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh jantung dan limpa ini. Semuanya kerananya. Kerana gadis istimewa itu. Kalau la masa tu ada karpet, grenti aku dah guling-guling atas karpet tu. Berguling sepuasnya kerana nak meraikan cinta aku yang jatuh tah keberapa kali. Aku sendiri pun tak kira berapa kali aku jatuh cinta. Semua itu tidak penting, yang penting kali ini aku benar-benar terasa indah dan tertarik.

Yang pasti dia telah mencuri hati aku - gambar penyeri
_____________________________________

Walaupun tak pernah tersua dengannya dialam nyata, tersua dalam alam maya pun dah cukup membuat aku rasa resah seribu bahasa. Rasa ingin menjadi bapak kepada anaknya suatu hari nanti mula menjelma. Sebenarnya dah lama aku kenal dia. Sudah lama juga aku berchatting atau berkomunikasi dengan dia. Tapi cuma akhir-akhir ini saja aku dapat menatap gambar wajahnya yang menawan itu. Dan aku rasa kalau la untuk bertemu dengannya aku sanggup berenang itik dari Miri sampai la ke Penang demi kerananya.

Dia mempunyai senyuman yang paling menawan - Gambar penyeri
___________________________________

Rupanya dia banyak keistimewaan. Aku paling suka senyumannya. Fuh... senyuman yang paling-paling menawan pernah aku jumpa. Dialah gadis yang benar-benar sudah menawan anak jantan ini. Adakah aku akan atau bakal bercinta dengannya nanti? cuma masa dan keadaan yang akan menentukan. Namun Senyumannya akan aku save dalam memori aku sampai bila-bila. Kalaulah memori aku ini pula macam memori komputer, berjuta-juta gigabyte pun belum tentu dapat save, so syukurlah kepala aku ini bukan ciptaan manusia. Yang pasti untuk senyuman seistimewa itu sudah pasti berjalan kebelakang dari kangar ke kemboja pun aku sanggup. Iya, sanggup kerananya.

Dia memang mengagumkan. selain memiliki rupa paras yang cantik jelita dan senyuman yang menawan dan manis semanis gula, dia juga adalah seorang gadis yang bijak. Itu aku tidak nafikan. Mungkin kerana kepesatan teknologi maklumat yang mampu menyalurkan pelbagai berita dan ilmu dan dia tak melepaskan peluang untuk menambah ilmu sebanyak yang mungkin. Yang pasti kalau la dia jadi ibu sudah pasti dia jadi ibu yang boleh menjadi cikgu. Dia lengkap dan sempurna untuk memberi didikan pada anak-anak nanti. Percayalah, lelaki yang memilikinya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Dan aku harap lelaki itu adalah jejaka ini. Dan un tuk mencapai sama taraf dengan keilmuan yang dia ada rebus buku kemudian minum air rebusan tu pun aku sanggup. Iya, aku juga tidak mahu ketinggalan bila bersembang dengan dia pasal apa-apa isu. Mana lah tahu kan buatnya dia nak sembang pasal hubungan diplomatik antarabangsa Malaysia dengan aku terpaksa la aku persiapkan diri. yang pasti aku perlu mencuri hati anak gadis ini. Gadis idaman ramai.

Gadia yang cukup setia pada cinta - gambar penyeri
________________________________

Aku juga sedia maklum bahawa dia juga seorang gadis yang setia dan mempunyai pendirian yang tetap. Itulah yang menguatkan lagi perasaan kagum aku padanya. Darjah penghormatan aku pada dia dalam bab setia ini memang tinggi-setingginya. Aku tahu kerana aku sudah lama mengenalinya. Aku juga berharap aku akan setia pada dia nanti. Walaupun dalam masa yang sama aku tetap setia pada yang lain. Itu tak penting, yang penting aku tetap bersamanya. Kesetiaan seorang lelaki tak sama dengan kesetiaan seorang wanita. Lelaki boleh setia pada ramai kekasih atau isteri. Hehe. Jangan marah. Itu juga adalah fakta yang harus ditelan semua pihak. Untuk dia sudah pasti aku akan jadi golongan yang baik-baik. Nakal sikit-sikit tak apa la kot.

Apa-apa pun aku rasa aku sudah menemui arah haluan aku sendiri. macam kapten kapal yang dah lama tersesat. Kesana-kemari dan ebrtukar banyak kapal. Kali ini aku rasa aku berada di kapal yang betul dan kapal ini pula mempunyai kompas dan petunjuk yang hebat. Sekarang mampukan aku berada lama di kapal ini? dengan penunjuk arah yang lebih tepat ini pula mampukah aku mengikutinya selalu? Aku harap begitulah nanti. Dan... aku rasa dialah gadis impian semua lelaki. Dan aku adalah termasuk dalam golongan lelaki yang mengimpikannya.


***** Penghargaan kepada gadis yang sudi menjadi model, Fel.

Cinta vs Wang Ringgit

Oleh : Lord Vlad

Assalamualaikum dan salam muhibah kepada semua yang sudi baca blog aku, sebenarnya dah lama sangat aku tak menulis (erti kata yang lebih tepat adalah menaip). Rasa rindu pulak nak menulis ni. Lagipun ramai juga yang tanya sama ada aku dah gantung keyboard atau dah kering idea. Sekali lagi aku jelaskan bahawa hal gantung-gantung keyboard ni rasanya takkan berlaku selagi nadi aku berdenyut, selagi itulah aku akan tetap menulis..menulis dan menulis. Begitu juga kasih sayang aku pada wanita, selagi aku adalah aku selagi itulah aku akan tetap mengasihi dan menyanyangi makhluk yang comel secomelnya itu. Hal kering idea pulak rasanya pun bukan alasan kukuh untuk aku tidak menulis lagi. Idea aku sentiasa ada dan sedia untuk dicurahkan, tapi aku selalu bergelut dengan masa. Bukan la bermakna aku ni lebih sibuk dari Presiden Amerika. Tugas aku sebagai penjawat awam perlu diutamakan.

Ops, melalut lagi aku kan, selalu bercakap tentang perkara yang bukan isu. Biasa la kan, seperti yang aku selalu maklumkan la, ku pun nak jugak tulisan aku nih panjang berjela-jela biar kalian semua rajin membaca sikit. kalau malas pun buat-buatlah rajin sikit.

Bercakap pasal perkara tajuk ini cuma pandangan aku dan tak ada kaitan antara yang hidup dan dengan yang mati. Cinta sejati memang masih ada tapi ia tidaklah sekukuh mana jika cinta itu tiada ikatan wang ringgit serta harta benda. Sekarang adalah zaman serba-serbi canggih dan sekarang juga adalah zaman dimana semuanya berlaku dengan pantas. Kalau boleh tempoh mengandung pun orang nak cepatkan, betapa gilanya keadaan sekarang. Tapi bukan itu yang aku nak sentuh. Tapi yang aku maksudkan adalah serba-serbi dalam dunia ni adalah dikuasai oleh wang ringgit atau dolar atau rupiah ataupun apa-apa saja yang berkaitan dengan duit.

Aku bukanlah memandang rendah perasaan cinta yang ada pada masa sekarang. Tidak sesekali aku nak membebel tak tentu hala. Tapi benda yang aku cakap ni adalah benda yang hakikat. Kalau setakat bercinta bagai nak rak tapi tak ada duit untuk bertunang dan berkahwin pun sia-sia juga. Perbelanjaan berkahwin zaman sekarang bukannya murah. Serba-serbi diswastakan termasuk dari segi pelamin, baju, solekan, gulai-gulai dan segala macam yang tak dapat aku senaraikan disini. Semuanya duit. Kepada romeo ala-ala Lombok yang cuma tahu mengayat perempuan tapi tidak berusaha untuk tingkatkan ekonomi diri fikir-fikirkanlah apa yang aku tulis ini.

Walaupun wanita zaman sekarang sudah bekerja dan membantu dari segi ekonomi rumahtangga kita sebagai lelaki jangan la pula mengambil kesempatan, malu la kan makan hasil titik peluh orang perempuan. Bukan ego, tapi kena sedar diri bahawa tanggungjawab menyara keluarga adalah kepada siapa?. Sepatutnya lelaki la yang beri duit kepada perempuan, tapi sekarang dah jadi terbalik. Golongan pengikis dari kalangan kaum aku sendiri makin ramai. Aku bukan apa, malu takut golongan aku ni masih tak sedar-sedar.

Err... rasanya aku tak boleh terus menulis artikel ni, rasa seram-seram sejuk pun ada. ok..jumpa lagi