Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Isnin, Mac 16, 2009

Awek satu kampung (part 4)

Awek satu kampung (part 4)

Dipendekkan cerita, selepas berbual panjang dengan si comel tersebut kami sebulat suara membuat temu janji untuk berjumpa di Pekan, selepas itu aku bercadang nak bawa dia ke ibu negeri jiran memandangkan ibu negeri aku lebih jauh perjalanannya. hehehe... apakah nama ibu negeri jiran aku tu??? rahsiaaa..... tak boley kasi tauk... bahaya bah.....


Mira sudi membuat temijanji dengan aku - sekadar gambar hiasan
__________________


Bila temu janji kami? korang rasa bila? hehehehe... tentu lah secepat yg boleh.... kalau boleh untuk gadis secantik Mira sekarang juga aku nak jemput.. malam ni juga aku nak heret dia kehulu-kehilir untuk aku tayangkan kepada semua... alangkah indahnya jika aku dapat lalukannya kan. Tapi jiran aku pernah berpesan, katanya "sabar itu perlu tambah2 untuk sesuatu yg menarik". Menarik??? iya... Mira memang menarik... sama menariknya bila terpandang falci, juga sama menarik dengan kelembutan cda... dan juga menarik semenarik secomel fieza.


Kelembutan Mira tak kalah berbanding cda - sekadar gambar hiasan
__________________


Malam tu tidur aku sedikit terganggu, mcm2 bermain dalam kepala mengenai program bersama Mira esok.. Memang tak sabar rasanya nak jumpa bidadari tersebut, dalam dok guling kiri guling kanan tu ingatan aku pada rupanya tak dapat dipadamkan. Masih segar terbayangkan senyumannya yg menarik semenarik senyuman ficus. hehehehe... (tak pernah jumpa ficus, tapi aku tahu ficus comel bila tersenyum). Aci disuruh salmon untuk tiup mentol sampai tahun depan pun aku berani bertaruh asalkan aku dapat berjalan seiringan dengan Mira. errrr... lebih menarik kalau tangan aku terpimpin tangan dia. hehehe.. jgn mare bah.... tu cuma bayangan.


Aci disuruh salmon untuk tiup mentol sampai tahun depan pun aku berani bertaruh asalkan aku dapat berjalan seiringan dengan Mira - sekadar gambar hiasan
___________________


Bayangkan, sampai pukul 3 pagi aku belum mampu melelapkan mata sebab rasa riang nak jumpa Mira, debaran aku pula cukup aku katakan mcm budak yang nak ambil keputusan SPM hari esok, malah lebih dari itu sebab masa aku nak ambil result SPM dulu takde la aku berdebar mcm sekarang ni. hehehe. Debaran yg lebih tepat sekali aku boleh bayangkan kat korang adalah seperti Presiden Afghandistan yg kena mengadap Osama Laden & Mullah Omar.


Mira mempunyai perwatakan yang menarik - sekadar gambar hiasan
_____________



hehehehe....

bersambungggg... lagi......

nantikan awek satu kampung (part 5)