Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Selasa, Ogos 25, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 9)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 9)

~imbas kembali perenggan terakhir episod yg lepas~

Errr... tah macam mana masa dok ushar2 nurse tu, dia pun mcm perasan
plak aku ushar dia. Pastu nurse tu senyum kat aku. Macam ayam jantan
yang baru masuk reban ayam betina aku pun automatik tersenyum dan
sedikit mengangguk-angguk pada nurse tersebut. hehehe. Dan secara tak
langsung Mira juga terperasan peristiwa anguk2 tersebut dan Mira
menoleh kebelakang untuk 2-3 saat dan dan kembali berpaling pada aku
sambil melontarkan soalan "abang kenal ke nurse tu?".

~tamat imbas kembali~



indahnya senyuman Nurse tersebut seindah senyuman fasha_wanna - sekadar gambar hiasan
_________________________________________________


"errrr...... tah la Mira, mcm kenal tapi tak ingat" mudah je jawapan aku. Kemudian aku tengok nurse tu menuju ke arah kami. Teruk kali ni, kenapa nurse tu datang pulak. Adakah dia nak 'panggggg!' pipi aku kerana memandang dia sebentar tadi?. kali ini walaupun aku nampak tenang dan bersahaja, tapi dlm hati tetap gelabah sama gelabah mcm orang yg jual ais-krim yg tengok kat langit tengah gelap dan menandakan hujan nak turun walaupun time tu lebih kurang waktu tengah hari. Aku tengok nurse tu sambil datang ke mari sambil tersenyum.


Aku tengok nurse tu sambil datang ke mari sambil tersenyum - sekadar gambar hiasan
______________________________________________


Apa nak jadi kali ni. Adakah nurse tu pernah jadi awek aku dulu2. Aku betul2 lupa dan aku juga pasti aku belum pun berkasih-sayang dengan nurse tersebut. Tapi kalau diberikan peluang untuk bercintan-cintun dan berkasih sayang dengan dia dah tentu aku tak menolak. Dia benar-benar cantik dan manis setanding fasha_wanna dan aku suka tengok mukanya yg tak abis-abis dengan senyuman. betul-betul manis semanis senyuman falci, betul-betul jelita sejelita wajah Lady Cda. Tapi aku masih tak keruan, apa akan jadi lepas ni.


Dia secantik fasha_wanna, semanis senyuman falci dan sejelita Lady Cda - Sekadar gambar hiasan
______________________________________________________


Bila saja si manis yg mamakai uniform yg serba kuning itu berdiri di tepi meja kami sambil menguntum senyuman yg manis dan menarik aku tengok Mira terkejut dengan terpancar mimik muka yg kurang selesa dan aku juga begitu, lain la kalau Mira takde.. dah tentu aku yg akan pergi ke tempat dia dan sudah pasti juga aku akan bertanya "boleh berkenalan?" hehehe. tapi dilog tu akan aku keluarkan jika Mira tidak didepan aku.


Nurse tu juga mempunyai kecantikan setanding Mira - Sekadar gambar hiasan
________________________________________


kemudian nurse tu senyum lagi dan bertanya sambil memandang aku "hai... tak ingat ke?" dan aku jawab "untuk orang secantik dan semanis awak orang yg ada masalah ingatan pun akan terus mengingati awak, dan orang yg tak pernah jumpa awak pun dah tentu akan buat2 mcm pernah jumpa awak" errr.... dilog itu juga cuma dalam hati, tak sanggup aku keluarkan didepan Mira walaupun nurse tu juga mempunyai kecantikan setanding Mira. Dan aku memilih untuk diam sambil tersenyum. Mira merenung aku dengan mata yg bulat.


Nurse tu senyum lagi dan bertanya "awak Vlad kan?" - sekadar gambar hiasan
__________________________________________________


Kemudian Nurse tu senyum lagi dan bertanya "awak Vlad kan?". tuan-tuan tahu tak apa perasaan aku ketika itu? rasa mcm seorang Juruterbang jet pejuang amerika yang sedang bawa jet sorang2 kemudian melintas ruang udara Iran yang ketika itu kat bawah tu ada beribu2 meriam anti-pesawat dan aku pasti akan ditembak jatuh sebentar saja lagi. Aku masih dalam keadaan yg tenang waaupun jantung aku mcm nak berhenti. Bila masa aku kenal awek nurse ni? aku soal dalam hati. Nurse tu tersenyum sambil memandang Mira pulak, dan bertanya "Mira pun tak kenal saya?". Kali ini aku terkejut lagi, mcm mana dia kenal Mira pulak. Tapi kali ni aku lega sikit berbanding tadi sebab si manis tadi bukan kenal aku sorang saja, tapi juga mengenali Mira.


Mira juga terkejut dan memandang aku - sekadar gambar hiasan
_____________________________________________________


Mira juga terkejut dan memandang aku seakan bertanya 'siapa minah ni?' aku cuma menaikkan kening saja kat Mira semasa dia memandang aku. Nurse tu senyum lagi dan menyambung "Vlad & Mira tak ingat ke? saya Nadia la... adik kpd Syahman, Vlad kan berkawan dengan abg saya dulu" kemudian Mira menjawab "Oooooo.... dah ingat.. lain la dari dulu" dan aku juga menyambung "errr... adik Syahman rupanya, dah besar panjang ek" dlm hati aku plak menambah 'dah berlekuk-lekuk dan cantik rupanya awak'. hehehe... tak berani aku keluarkan ayat tu. kemudian aku menambah "kalau tak silap sepas sekolah rendah awak dapat asrama penuh kan, terus sampai form 5... sebab tu saya tak berape nak kenal tadi, ingatkan awek lama..hehehe" kemudian si nadia tadi tersenyum manakala Mira pulak menambah "perasan awek dia la plak....."


bak kata mcm sifu aku 'tak baik hampakan harapan seorang gadis - sekadar gambar hiasan
________________________________________________________


Dalam hati aku pulak memang terlalu lega, sebenarnya dari sekolah menengah lagi aku dah ada awek sampai la sekarang, aku tak tahu kenapa aku mudah jatuh cinta. Tapi bak kata mcm sifu aku 'tak baik hampakan harapan seorang gadis yg bergantung harap pada kita dan kita sebagai lelaki yg bertanggungjawab perlu mencurahkan rasa cinta kita pada gadis tersebut'.. kemudian sifu aku tambah lagi 'sebenarnya bukan gadis saja tapi gadis-gadis, lelaki yg baik sebenarnya akan memberikan cinta dan kasih sayang mereka kepada ramai wanita' dan sekarang aku masih memegang kata-kata sifu aku itu, dan ada juga hubungan antara aku dah mereka itu tak sampai kemana.Yang aku takutkan mereka akan salahkan aku atas hal2 yang tertentu dan seterusnya berdendam, tapi kali ini apa yg aku bimbang itu tak terjadi lagi sampailah saat ini. Walaupun sikit gelabah dengan peristiwa Nadia tadi atas kebmbangan tertentu tapi aku masih mampu bertenang dan bersahaja, bermakna jika situasi yg tak diingini berlaku aku juga mampu tanganinya dengan baik. atas ketenangan aku tadi darjah rasa hormat pada diri aku sendiri juga semakin menaik dan tahniah kepada aku sendiri.

________________________________________


Adakah cerita ini akan tamat disini sahaja atau pun perlu aku sambung???? aku perlukan reaksi kalian semua. mungkin ada yg tak suka dengan karya aku.... takpe, tapi berikan komen itu disini..... aku tunggu komen kalian semua. Episod seterusnya bergantung kpd pembaca.

AKU JATUH CINTA LAGI

AKU JATUH CINTA LAGI

salam semua....
apa khabar???
ada sihat??? hehehehe... kita tinggalkan sementara cerita 'Awek satu kampung' kerana aku ada cerita terbaru. cerita yg ingin aku kongsi dengan korang. Romeo? ada yg menganggap aku seorang Romeo, tak kira la apa tanggapan yg diberikan. aku tetap aku dan sudah pasti aku adalah Lord Vlad. hehehe.


Aku jatuh cinta lagi untuk yg kesekian kali - sekadar gambar hiasan
______________________________________


Tajuk diatas memungkinkan aku akan dianggap tidak setia ataupun tidak lekat dengan seorang wanita. Tidak, aku bukan begitu... aku seorang lelaki yg cukup2 setia dengan seseorang wanita ditambah pula wanita yg menjadi awek kita itu adalah secantik falci, selembut Lady Cda, sesopan fasha_wanna, seayu fieza ataupun mempunyai sifat keibuan yang menakjubkan seperti jue (atau lebih dikenali sebagai Juma. hehehe). Cuma lelaki diberikan sedikit kelebihan iaitu boleh menyintai dan menyanyangi ramai wanita dalam satu-satu masa. Menurut sifu aku, perbuatan memberikan cinta kepada ramai wanita adalah perbuatan yg boleh dipuji kerana secara tidak langsung akan mengembirakan ramai dari kaum yg lemah dan berlekuk-lekuk dan memerlukan kasih sayang dari kaum yg gagah yakni kaum lelaki yg berketul-ketul mcm aku. hehehehe....


Yang penting sekarang aku perlu mendekatinya - Sekadar gambar hiasan
___________________________________


Iya, seperti tajuk diatas aku sekali lagi jatuh cinta. Tapi sama ada aku dapat memiliki gadis tersebut tidak menjadi hal, mungkin dia sudah menjadi milik orang lain, itu juga hal lain yg tak perlu aku fikirkan. Yang penting sekarang aku perlu mendekatinya. Iya, sekali lagi perkataan 'iya' memberikan motivasi pada diri aku bahawa aku pasti boleh mendekati dan memikatnya dalam sedikit masa lagi.


seperti falci dan fasha_wanna dia juga memiliki senyuman yg menarik - sekadar gambar hiasan
______________________________


Perjumpaan pertama dengannya sudah cukup untuk membuatkan aku memberikan tanggapan yg baik sebaiknya terhadap dia. Dia seorang yg terpelajar, mempunyai jawatan yang kalau kerja kerajaan mcm kita sudah pasti gred 41, tapi dia bukan penjawat awam. Perkenalan dengannya cukup2 ringkas dan cukup2 mudah, semasa aku sedang menunggu salah seorang awek aku untuk lunch, tapi awek aku tak jadi datang sebab ada hal katanya. Tup2 aku tengok si gadis rambut perang ni tengah baca novel berbahasa inggeris yg aku tak ingat tajuknya. Caranya mudah saja, tebalkan muka, pastu tegur dia. Tapi pastikan yg dia juga sorang, haru gak kalau dia tengah tunggu pakwe dia kan. hehehe. Tanya jer sama ada dia tunggu seseorang pastu berbual la apa yg patut, untuk step pertama aku tak berbual lama dengan dia. cukup 10 minit jer masa perbualan, pastu bagi no. hp kita kat dia. dalam kes aku plak aku cukup bertuah sebab lepas ambil no aku, dia serahkan kad bisnes dia yg tertera nama dan no. hp dia.


Dia mengisi masa lapangnya dengan bermain tenis, bermakna dia seorang gadis yg cergas - sekadar gambar hiasan
_______________________________________


adakah aku akan mendapatnya? setakat ni kami banyak ber'sms' call cuma beberapa puluh kali jer (hehehe) dan demi untuk mendapat sesuatu yg berharga iaitu si comel yang menjadikan Maria Sharapova sebagai pemain tenis idolanya yang menarik ini jangan katakan guling2 atas karpet dari Kampuchea sampai puncak Kinabalu... berenang sambil pakai pelampung dari kutub utara sambil menuju ke kutub selatan dan pusing balik ke kutub utara pun aku sanggup. Yang pasti aku dan dia semakin rapat, dan setakat ini gadis yg suka bermain tenis di masa lapangnya itu tidak mensyaratkan apa2 yg pelik pun untuk memilikinya. katanya "saya suka lelaki yg ceria, matang dan berdikari". Errrr.... rasanya aku ada kreteria yg diinginkan dia kot... hehehe... sama2 kita nantikan.........




***** JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI KISAH 'AWEK SATU KAMPUNG PART 9" YANG AKAN MENYUSUL SEDIKIT HARI LAGI. NANTIKAN KISAH YANG LEBIH SUSPEN DAN MENARIK. TUNGGUUUUUUUU..........

Isnin, Ogos 24, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 8 )

AWEK SATU KAMPUNG (PART 8 )

Tak banyak perbualan dalam kereta yg dapat aku taip kat sini, hehehe... rahsia bah..... rahsia peribadi. so babak seterusnya adalah selepas sampai di depan sebuah Hospital milik sebuat Universiti Awam tempatan. Hospital nih kira famous la gak dikalangan masyarakat pantai timur bagi kalangan yang berpendapatan rendah dan sederhana. bagi yang kaya raya maybe boleh ke hospital swasta kot. errr.... maybe ada sorang dua Moderator Forum Paramedik bertugas di hospital ini. hehehe. Siapa moderator tu???? cari sendiri.......


Senyuman Mira menjadi igauan setiap lelaki- sekadar gambar hiasan.
_____________________________


Tiba saja di depan spital tersebut aku cari tempat yang biasa aku makan, terletak lebih kurang 20 Meter jer kot dari pagar spital tersebut, Jam lebih kurang 11.10 semasa aku sampai di gerai tu. Hidangan kami hari itu adalah Nasi berlauk. perghhh... best giler beb... lama tak pekena nasi kegemaran aku nih, selain nasi kerabu dan nasi dagang aku memang suka nasi berlauk. kena plak ngan gulai ikan 'aya'... Mira juga minta menu yg sama dengan aku, bubuh skit sambal belacan... errr.... aku tak berapa kontrol depan Mira hari tu, skali aku bantai 2 pinggan la plak. hehehe. Mira??? errr...Mira sepinggan cukup la... orang pompuan biasa la kan.. kalau tak kontrol ayu dah tentu tengah diet. hehehe.


Kejelitaan Mira adalah kejelitaan semulajadi - sekadar gambar hiasan.
_______________________________


Tapi cara Mira makan cukup sopan dan mengkagumkan, biasa laa.... bila orang comel yang makan semua jadi elok kan? hehehe... Sambil makan sambil tengok Mira makan, dia mmg lembut, ayu dan sopan. Dalam hati aku berbisik "kalau la mak aku nampak Mira time tu, tentu tang2 tu gak disuruhnya aku daftar kawin dengan anak orang kuat ahli politik di kampung aku tu". Err... sambil2 tengok Mira aku sempat jeling2 2 orang nurse yang berpakaian serba kuning di meja yang berhadapan dengan aku. Sorang tubuh sederhana tinggi dan sorang sedikit rendah dari yang tadi. comel nurse yg sederhana tinggi tu....


Nurse yang berhadapan dengan aku juga tak kalah dengan kecantikan Mira - sekadar gambar hiasan.
__________________________________________


kalau la Mira takder kat depan dah tentu aku redah mintak no tepon. hehehe. errr.... cantikkkk... memang cantikkk... errrr.... Mira mmg la cantik, tapi nurse yg mengganggu pandangan depan aku tu pun tak kurangnya cantik dari Mira. Mira plak lebih kurang setanding kecantikan falci.


Nurse tu senyum la plak kat aku.. hehehe. - sekadar gambar hiasan
______________________________


Errr... tah macam mana masa dok ushar2 nurse tu, dia pun mcm perasan plak aku ushar dia. Pastu nurse tu senyum kat aku. Macam ayam jantan yang baru masuk reban ayam betina aku pun automatik tersenyum dan sedikit mengangguk-angguk pada nurse tersebut. hehehe. Dan secara tak langsung Mira juga terperasan peristiwa anguk2 tersebut dan Mira menoleh kebelakang untuk 2-3 saat dan dan kembali berpaling pada aku sambil melontarkan soalan "abang kenal ke nurse tu?".

bersambung...... hehehe.......
jgn lupa tunggu keluaran akan datang.....

AWEK SATU KAMPUNG (PART 7)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 7)

Setelah mengisi minyak, kereta yg aku bawa terus meluncur ke Pusat Bandar negeri jiran aku, hehehe... jauh wooo nak dating.. melibatkan dua negeri tau... tapi takpa, aku bawa dia pun takder la sampai ke Uganda ke, Madrid ke atau Jakarta. Kalau aku bawa ke sana silap hari bulan kopak duit simpanan aku selama nih kan?.


Mira seorang gadis istimewa - sekadar gambar hiasan
___________________________________-


Nampaknya seorang gadis yg cantik menawan berusia 23 tahun berada disebelah aku didalam kereta. Aci kerat papan aku berani bertaruh, kalau la proffesor clone melihat situasi ini mesti dia hanya mampu terkebil-kebil mcm cicak yang baru jatuh dari siling. hehehe.... betul.. aku tak tipu. Mira memang cantik... menawan..... kalau anda semua pernah lihat rupa falci, Mira mungkin setanding atau hampir setanding dengan kecantikan dan kejelitaan falci. Mira juga selembut, seayu dan secomel Lady Cda....


Mira mungkin setanding atau hampir setanding dengan kecantikan dan kejelitaan falci. Mira juga selembut, seayu dan secomel Lady Cda - sekadar gambar hiasan
________________________________________________


untuk 10 minit pertama didalam kereta tiada perbualan antara kami, yang ada pun cuma hati aku yg berkata2... kalau la dapat 'ter'sentuh hujung2 kuku dia pun grenti aku takkan biarkan tangan aku dibasuh atau dikacau untuk satu tempoh yg lama. hehehe. begitulah perumpamaan yg dapat aku bayangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua. Aku cuma mampu curi2 jeling jer kat dia. masih tiada ayat yang boleh aku keluarkan.


Mira mempunyai ciri-ciri sebagai gadis idaman untuk setiap lelaki - sekadar gambar hiasan
__________________________________


Kemudian aku pandang dia, dia pandang aku... dia senyum aku pun senyum.... senyuman dia???? perghhhh! memang manis semanis gula.... dia cantik, bila dia senyum mcm tu mmg menambahkan lagi darjah kecomelan dia. Sekali lagi aku berani bertaruh, demi melihat senyuman mcm tu.. tupai yang tengah melompat atas pokok pun grenti akan terjatuh. Kalau la proffesor clon pula, grenti si prof. clone sanggup bertukar jadi tupai tadi kalau itu yang disyaratkan untuk melihat senyuman Mira. hehehe... iboh manas prof...


prof. clone sanggup bertukar jadi tupai tadi kalau itu yang disyaratkan untuk melihat senyuman Mira - sekadar gambar hiasan
____________________________________


kemudian aku mulakan bicara "takkan dari tadi senyum jer.. tahu la awak tu comel... nak tunjuk yg awk makin comel ek bila senyum?... hehehe" dia kerutkan dahi dan menjawab "eh abg nih, kesitu plak dia.. dah abg diam Mira pun diam la" fuhhhh... cara dia cakap pun memang mengujakan.... lembut, sopan dan santun.. tambah sopan dan santun tadi jadi la sopan santun... hehehe.... memang aku terpesona sepertimana audien terpesona dengan penyair diatas pentas. tapi yg pastinya mira bukan bersyair dia cuma bercakap, tapi cara dia bercakap pun dah membuatkan aku kagum padanya seperti mana aku kagum pada gadis2 forum nih antaranya falci, cda, fieza dan ramai lagi. hehehe.... sebut 3 orang jer la ek.... mungkin boleh tambah sorang lagi sumandak dari sabah iaitu momong. hehehe. walaupun ayat mira tadi cuma "eh abg nih, kesitu plak dia.. dah abg diam Mira pun diam la".. tapi ayat itu pun dah cukup mengkagumkan kerana ianya datang dari mulut seorang gadis yg cantik.

tapi cara Mira bercakap pun dah membuatkan aku kagum - sekadar gambar hiasan
_________________________________________


Kemudian aku senyum sambil menjawab "so sampai ke destinasi nnti Mira nak kemana dulu?" sambil tersenyum manis (sekali lagi aku tergoda dengan senyuman dia.. hehehe) mira menjawab "ikut abang la.. dah abg yg bawa" hehehe... aku suka jawapan dia "ok la mira, apa kata kita singgah dulu dibilik hotel" errr... tuan-puan jgn risau... dilog tadi cuma diluahkan dalam hati jer, sebaliknya untuk diperdengarkan kepada Mira aku cuma mengeluarkan dilog ini "ok la, apa kata kita singgah dulu depan Spital USM, kita sarapan kat situ dulu... lepas tu Mira cakap la nak pegi mana ye" sambil membuat isyarat bagus dengan tangan, Mira bersetuju dengan cadangan aku.

errrr......... bersambung lagi....... hehehehe....
episod akan datang pastinya lebih menarik... nantikannnnn......

bersambung....

TIPS UNTUK JANTAN

TIPS UNTUK JANTAN

TAJUK: BILA AWEK ANDA KUAT MERAJUK, APA YG PERLU DILAKUKAN?


Salam kitak2 sekalian alam...... pening sama persoalan diatas ek??? hehehe... takper... jgn risau, hari ini kamek akn ajar sedikit sebanyak ilmu yang sifu pada sifu aku ajar????


ilmu memujuk awek perlu dipelajari lelaki - sekadar gamabr hiasan
________________________


Biasanya bila awek marajuk:-

  1. anda akan menghantar bunga untuk memujuk....
  2. anda akan pujuk dengan ayat-ayat yg indah....
  3. membeli hadiah
  4. sms dan tulis ayat2 romantik
  5. dan segala mak nenek lagi petua2 romeo zaman pop yeyeh tinggalkan untuk anda.... hehehe.
takyah guna dah petua-petua diatas....... aku kalau nk pujuk awek senang jer... cupp kat pipi skali... hehehe.. tapi awassss.. mungkin satu sound effek yang berbunyu "PANGGGGGG!" akan datang dari pipi anda dari tamparan padu maut awek anda. hehehe.... untuk cupp pun kena ada teknik2 tertentu... saper nak petua boleh pm sama kamek.... hahaha.

ok, kalau petua cupp! tuh tak jalan.... anda tenang2kan diri... pastu ejas la awek lain..... masa yg terluang tu kita mafaatkan untuk sesuatu yg bakal mendatangkan hasil... hehehhe...


diakui kebanyakan awek memang suka dipujuk - sekadar gambar hiasan
___________________________


pasal awek yg merajuk tu takper, dia akan cool nanti... percaya la.... dalam 2-3 hari bila ajak kuar minum pastu puji cakap yg gadis2 satu dunia akan kempunan gelaran Ratu Cantik jika dia adalah seorang pesertanya, dan pemenangnya adalah dia. Aci disuruh guling2 atas karpet aku berani bertaruh dia akan ok balik.... hehehe,....

selamat mencubaaa.........

***** nantikan tips seterusnya

TIPS UNTUK JANTAN

TIPS UNTUK JANTAN

***** Kepada lelaki yg kurang jantan pun boleh baca supaya dapat pertingkatkan kejantanannya.... hehehe.

ok, katalah anda sedang syok berdating dengan awek no. 1, tup2 berhampiran anda ada plak awek no. 2 dan anda memang tak dapat mengelaknya? mcm mana situasi itu kalau terjadi pada anda???? cemas??? jangan cemas.... lelaki yg jantan tak pernah cemas dengan situasi ini. sebaliknya lemparkan senyuman yg manis semanisnya pada awek no. 2 tersebut... kemudian pandang awek no. 1 tadi dan senyum manis gak......
kemudian anda boleh bisikkan sesuatu pada awek no. 1 yg berjalan ngan anda dengan menyatakan "u nk kenal sepupu i yg cantik dan comel? kdg2 i nk jadikan dia awek i tau???" hehehe..... pas berdepan terus kenalkan mereka... bila keadaan semua berdepan anda cakap jer kat awek no. 1 bahawa awek no. 2 tu adalah awek paling comel pernah anda kenali contohnya:-


untuk menyatukan wanita dibawah payung madu memerlukan kesabaran yg tinggi - sekadar gambar hiasan
______________________________


vlad: saya kenalkan awek paling comel pernah saya kenali.
* jgn risau, anda dah bisikkan yg awek no. 2 tuh spupu anda... takper... bohong sunat jer..... hehehe
awek no. 2: ni saper vlad?
vlad: ni awek i la.... jeles ekkk??? hehehe... (sambil mendekatinya anda berbisik dan ckp "spupu i")

kemudian jgn tunggu lama, belah terus.... alasannya pandai2 anda la...kalau aku senang jer
"i nak pegi pejabat tanah jap, nak cepat nih... ada orang nak jual tanah kat i.. nnti kita sembang kemudian ek" itu jer alasan untuk awek no. 2. jgn biarkan dia banyak bertanya.

tapi sebelum blah anda kena bubuh ayt mcm nih dulu "awak nampak makin slim dan cantik skarang" ingatttt... kaum yg bergunung ganang itu suka dipuji, aci kerat papan kalau kita puji jer bukan takat disuruh berjalan sambil bawa pasu bunga, kalau disuh berlari bawa obor dari hong kong sampai skudai pun diaorang sanggup. hehehe.....


Kaum wanita mmg suka dipuji - sekadar gambar hiasan.
____________________________



selamat mencuba.......

ingat tau... jgn gabra bila berlaku kes yg hampir terkantoi.... aku pernah jadi dan kisah diatas tu adalah kisah benar. hehehehe.....