salam semua....
apa khabar???
ada sihat??? hehehehe... kita tinggalkan sementara cerita 'Awek satu kampung' kerana aku ada cerita terbaru. cerita yg ingin aku kongsi dengan korang. Romeo? ada yg menganggap aku seorang Romeo, tak kira la apa tanggapan yg diberikan. aku tetap aku dan sudah pasti aku adalah Lord Vlad. hehehe.
Aku jatuh cinta lagi untuk yg kesekian kali - sekadar gambar hiasan
______________________________________
Tajuk diatas memungkinkan aku akan dianggap tidak setia ataupun tidak lekat dengan seorang wanita. Tidak, aku bukan begitu... aku seorang lelaki yg cukup2 setia dengan seseorang wanita ditambah pula wanita yg menjadi awek kita itu adalah secantik falci, selembut Lady Cda, sesopan fasha_wanna, seayu fieza ataupun mempunyai sifat keibuan yang menakjubkan seperti jue (atau lebih dikenali sebagai Juma. hehehe). Cuma lelaki diberikan sedikit kelebihan iaitu boleh menyintai dan menyanyangi ramai wanita dalam satu-satu masa. Menurut sifu aku, perbuatan memberikan cinta kepada ramai wanita adalah perbuatan yg boleh dipuji kerana secara tidak langsung akan mengembirakan ramai dari kaum yg lemah dan berlekuk-lekuk dan memerlukan kasih sayang dari kaum yg gagah yakni kaum lelaki yg berketul-ketul mcm aku. hehehehe....
Yang penting sekarang aku perlu mendekatinya - Sekadar gambar hiasan
___________________________________
Iya, seperti tajuk diatas aku sekali lagi jatuh cinta. Tapi sama ada aku dapat memiliki gadis tersebut tidak menjadi hal, mungkin dia sudah menjadi milik orang lain, itu juga hal lain yg tak perlu aku fikirkan. Yang penting sekarang aku perlu mendekatinya. Iya, sekali lagi perkataan 'iya' memberikan motivasi pada diri aku bahawa aku pasti boleh mendekati dan memikatnya dalam sedikit masa lagi.
seperti falci dan fasha_wanna dia juga memiliki senyuman yg menarik - sekadar gambar hiasan
______________________________
Perjumpaan pertama dengannya sudah cukup untuk membuatkan aku memberikan tanggapan yg baik sebaiknya terhadap dia. Dia seorang yg terpelajar, mempunyai jawatan yang kalau kerja kerajaan mcm kita sudah pasti gred 41, tapi dia bukan penjawat awam. Perkenalan dengannya cukup2 ringkas dan cukup2 mudah, semasa aku sedang menunggu salah seorang awek aku untuk lunch, tapi awek aku tak jadi datang sebab ada hal katanya. Tup2 aku tengok si gadis rambut perang ni tengah baca novel berbahasa inggeris yg aku tak ingat tajuknya. Caranya mudah saja, tebalkan muka, pastu tegur dia. Tapi pastikan yg dia juga sorang, haru gak kalau dia tengah tunggu pakwe dia kan. hehehe. Tanya jer sama ada dia tunggu seseorang pastu berbual la apa yg patut, untuk step pertama aku tak berbual lama dengan dia. cukup 10 minit jer masa perbualan, pastu bagi no. hp kita kat dia. dalam kes aku plak aku cukup bertuah sebab lepas ambil no aku, dia serahkan kad bisnes dia yg tertera nama dan no. hp dia.
Dia mengisi masa lapangnya dengan bermain tenis, bermakna dia seorang gadis yg cergas - sekadar gambar hiasan
_______________________________________
adakah aku akan mendapatnya? setakat ni kami banyak ber'sms' call cuma beberapa puluh kali jer (hehehe) dan demi untuk mendapat sesuatu yg berharga iaitu si comel yang menjadikan Maria Sharapova sebagai pemain tenis idolanya yang menarik ini jangan katakan guling2 atas karpet dari Kampuchea sampai puncak Kinabalu... berenang sambil pakai pelampung dari kutub utara sambil menuju ke kutub selatan dan pusing balik ke kutub utara pun aku sanggup. Yang pasti aku dan dia semakin rapat, dan setakat ini gadis yg suka bermain tenis di masa lapangnya itu tidak mensyaratkan apa2 yg pelik pun untuk memilikinya. katanya "saya suka lelaki yg ceria, matang dan berdikari". Errrr.... rasanya aku ada kreteria yg diinginkan dia kot... hehehe... sama2 kita nantikan.........
***** JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI KISAH 'AWEK SATU KAMPUNG PART 9" YANG AKAN MENYUSUL SEDIKIT HARI LAGI. NANTIKAN KISAH YANG LEBIH SUSPEN DAN MENARIK. TUNGGUUUUUUUU..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan