Suatu hari dia dan aku
Episod : Kedua (Terakhir)
Oleh: Lord Vlad
Siapa dia? adakah kalian semua sudah kenal atau tahu atau dah ada bayangan? kalau ditanya pada aku dah tentu aku takkan jawab siapa dia. Hehe. Yang pasti dia adalah gadis yang cantik, menawan, elegan, aktif dan menarik dari segala segi. Dapat mengenalinya pun sudah mampu buat aku jadi bangga dan teruja apatah lagi kalau aku dapat memiliki hati gadis yang berkulit putih ini.
Episod : Kedua (Terakhir)
Oleh: Lord Vlad
IMBAS KEMBALI DARI EPISOD PERTAMA:
Kalau ditanya adakah ank mak aku ini sudah jatuh cinta lagi? jawapannya
adalah Iya...iya dan iya..... aku memang jatuh cinta lagi, dan pada
siapa aku jatuh cinta, sudah pastilah ianya gadis yang aku ceritakan
sebentar tadi, gadis Shah Alam. Kalau la mak aku tahu cerita ini, dah
pasti dia guling2 kegembiraan dek kerana merasakan aku akan memulakan
zaman baru iaitu zaman yang akan menyaksikan aku bakal diiringi
kemana-mana saja oleh seorang insan bernama wanita. iya.. dia adalah
gadis Shah Alam, dan ada antara korang di forum ini mengenalinya. Siapa
dia? hehehehe.......
Siapa dia? adakah kalian semua sudah kenal atau tahu atau dah ada bayangan? kalau ditanya pada aku dah tentu aku takkan jawab siapa dia. Hehe. Yang pasti dia adalah gadis yang cantik, menawan, elegan, aktif dan menarik dari segala segi. Dapat mengenalinya pun sudah mampu buat aku jadi bangga dan teruja apatah lagi kalau aku dapat memiliki hati gadis yang berkulit putih ini.
Kalau la dia kerja di kaunter KTMB alamat kaya cepat la tokey KTMB tu
__________________________________
Sekali lagi ingin aku jelaskan pada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sekali lagi aku ulang apa yang aku dalam keluaran yang lepas. Dan sekali lagi aku jelaskan yang aku memang tak jemu untuk menulis (menaip) ayat ini. Semuanya tentang dia, tentang gadis Shah Alam yang sudah menawan hampir sepenuhnya hati anak mak aku ini (aku laa tu). Iya, yang aku ingin ulang cerita (ala-ala ulang tanyang...atau imbas kembali mcm komik hong kong atau cerita-cerita filem la). Dan ayat yang aku maksudkan itu adalah senyuman dia... iya senyuman dia memang mengancam dan mampu mencairkan apa saja yang beku, kalau keluaran lepas aku umpamakan planet pluto pun boleh cair, kali ini aku ambil contoh yang dekat dengan kita saja. Mudah sikit saudara-saudari nak bayangkan. Kalau la kutub utara dan kutub selatan itu berperasaan seperti seorang lelaki, dan hati pula adalah diumpamakan air yang membeku, sudah pasti kali ini kutub utara dn kutub selatan itu akan tewas dek senyuman dia.. akan cairlah kedua-dua kutub itu nanti dan kita patut bersyukur kerana kutub-kutub itu bukan seorang manusia bernama lelaki. Iya. kalaulah kedua-dua kutub ini lelaki maka akan tewas dia di bawah senyuman gadis sehebat gadis Shah Alam ini. Yang mencair, nasiblah cuma hati aku ini, dan bukan kedua-dua kutub itu. Bercakap pasal cair-mencair ini ingin aku jelaskan bahawa aku sudah laluinya. Hati aku benar-benar mencair kerana dia. Kerana gadis Shah Alam.
Semasa aku berkomunikasi dengannya, aku rasa akulah lelaki paling bertuah di dunia kerana mampu untuk membuat si comel itu menyedari kewujudan aku, bukan senang beb untuk mencuri sedikit perhatian dari gadis yang menawan macam dia, kalau la dia kerja di kaunter KTMB alamat kaya cepat la tokey KTMB tu, silap-silap hari bulan kereta api kosong, tapi orang pakat nak beli tiket semata-mana untuk buat modal berjumpa dengan dia. Tarikannya begitu kuat dan kalau la aku disuruh berlumba pecut 100 meter dengan Usain Bolt dan gadis ini pulak ada tempat reben penamat silap-silap Usain Bolt pun akan kalah dengan aku. Tapi kemungkinan kedua plak tak dapat aku nak bayang, kot-kot aku masih dok terbongkok kat garisan permulaan si Usain Bolt ni plak dah sampai dulu kat garisan penamat dek kerana dia pun tertawan dengan gadis Shah Alam ini.
Aku adalah salah seorang lelaki yang tewas dengan cinta pandang pertama
______________________________________________
Dan suatu hari aku dan dia bersama tuk beberapa ketika pun sudah cukup untuk aku mengingatinya hingga ke hari ini. Dan aku semakin percaya kepada kata-kata orang lama bahawa 'cinta pandang pertama' itu benar-benar wujud. Sekarang aku adalah salah seorang lelaki yang tewas dengan cinta pandang pertama yang keseterusnya, kali ini dengan gadis Shah Alam. Hehe. aku percaya, gadis ini mampu merubah segalanya tentang aku. Dan kalau la dia mensyaratkan aku perlu berjalan terbalik dari Shah Alam sampai Burma sebagai syarat untuk memilikinya skali pun aci kerat papan aku sanggup. Semuanya kerana dia. Kerana gadis Shah Alam yang benar-benar mencuri hatiku.
Adakah dia seperti aku? adakah dia juga turut jatuh hati dengan lelaki yang tak seberapa ini? dan adakah dia dapat rasakan apa yang aku rasa? ada sesuatu yang ingin aku luahkan pada dia, tapi tak mungkin aku dapat ucapkan perkara itu. Aku sebetulnya berhasrat dan berkeinginan untuk memiliki hatinya dan bersedia untuk menyerahkan sebahagian hati ini kepadanya. Err.... bab serah sepenuhnya hati itu sifu aku cakap jgn buat benda macam tu, hati seorang lelaki sebanarnya bukan hak mutlak untuk seorang wanita sebaliknya ia adalah hak bersama untuk beberapa wanita. Dan atas dasar nasihat dan kata-kata keramat dari sifu aku itulah aku berikan sebahagian dari hati ini. tapi harus diingat, terutamanya kepada golongan comel iaitu mereka yang segolongan si cantik dari Shah Alam ini (puak pompuan laa tuuu) bahawa walaupun lelaki menyerahkan sebahagian saja hatinya kepada seseorang wanita tapi kasih-sayang dan tahap pengharmatan lelaki kepada golongan wanita tetap macam air di laut atau seluas alam semesta ini. Itulah kasih sayang lelaki yang tiada bandingan.
Penantian aku terhadap dia tiada tarikh luputnya
______________________________________
Berbalik pada si comel dari Shah Alam ini, aku cuma dapat memutuskan pendirian bahawa segala apa yang berlaku pada masa akan datang biarlah ditentukan oleh takdir. Kerja jodoh dan pertemuan ini bukan kerja kita dan bagi aku pula cuma mampu berharap bahawa suatu hari nanti dia akan menyedari bahawa ada seorang lelaki yang bersedia dan sentiasa menanti dia seadanya dan sudah pasti penantian itu tiada tarikh luputnya. Dan lelaki itu adalah aku.
TAMAT