Episod : Pertama
Oleh: Lord Vlad
Shah Alam, sebuah Bandar Raya yang nyata segar nyaman dan bagus untuk kita jalan-jalan. Nyata Shah Alam ini begitu istimewa dan yang pasti bukanlah keistimewaan Bandar Raya ini yang aku ingin ceritakan, tapi ianya tentang gadis yang menjadi penghuni Bandar ini yakni Shah Alam. Dia cukup-cukup elegan dan yang pasti dia memang comel. Kecomelannya kalau ditukarkan dalam bentuk perumpamaan aci kerat papan pun aku berani bertaruh suring takkan keberatan untuk menelan seekor katak demi terpandang hanya bayangnya. Iya... yang aku maksudkan dia memang istimewa, di cukup sifat sebagai seorang gadis idaman, dia juga cukup lekuk-lekuk untuk mengisytiharkan bahawa dia memang comel dan menawan dan yang pasti dia mampu mencairkan apa saja yang beku termasuk planet Pluto, dan yang paling dekat dengan aku adalah hati aku. Hati aku sudah cair kerananya. Kerana gadis Shah Alam ini. Siapa dia? hehehe.... cuba korang teka siapa dia....
Adakah gadis itu dikenali sebagai kelisa? atau falci? atau Lady Cda? atau Fieza? atau octavia? atau sapa2 saja? ada kemungkinan juga bernama farida - Gambar Penyeri
____________________________________
Shah Alam bukanlah asing bagi aku, masa aku study2 dulu di Kolej Inspektor Kesihatan, boleh dikatakan setiap minggu aku akan ke sana kerana ramai kenalan aku study dan kerja di Shah Alam. Dan kalau cuti lama skit, grenti rumah member aku di seksyen 17 akn jadi tempat aku lepak. Nak lepak kat kolej tak boley bah, member2 semua pakat balik kampung. err... melalut apa aku ni, hehehe... biasa la.. nak bagi panjang cerita aku kena la melalut skit. Dalam cerita ni kisah aku tak penting sangat, yang pasti aku akan ceritakan kisah gadis yang baru saja menawan hati aku. Adakah gadis itu dikenali sebagai kelisa? atau falci? atau Lady Cda? atau Fieza? atau octavia? atau sapa2 saja? ada kemungkinan juga bernama farida... hehehe... hanya aku yang tahu dan korang semua cuba la teka. Klu yang dapat aku beri, dia memang menawan dan cantik.
Perkenalan dengan dia? hehehe... mungkin korang nak tahu macam mana aku kenal dia. Iya, tak lain dan tak bukan, jawapan yang aku bagi nih dah biasa dan dianggap basi. Jawapan yang kalau di suruh budak kecik cakap pun grenti boleh diberi. Iya.... jawapan aku adalah 'secara kebetulan'. Dan aku tak tipu, gadis ini benar-benar wujud dan aku kebetulan mengenalinya.. cara mana aku mengenalinya biarlah menjadi rahsia aku dan dia. Yang pasti pada awalnya aku sangka dia adalah gadis yang sombong dan susah didekati dek kerana kecomelan dan keayuannya. Iya dia memang ayu dan keayuannya memang tak kalah berbanding falci, fasha atau fieza. keayuan yang asli dan yang pasti bagi aku dia adalah gadis tercantik di Shah Alam dan tak keterlaluan juga aku katakan bahawa kecantikan dia adalah antara yang tercantik di galaksi Bima Sakti. Err..... tapi semakin mendekatinya tanggapan aku berubah dan nyata selain comel, ayu dan elegan.. dia bukanlah gadis yang aku teka sebelum ini iaitu sombong, dengan kata lain dia tidak sombong dan dia seorang yang ramah bila kita mendekatinya. Darjah penghormatan aku pada dia naik lagi dan markah dia dimata aku semakin bertambah, aku semakin kagum dengan dia.
Iya dia memang ayu dan keayuannya memang tak kalah berbanding falci, fasha atau fieza - Gambar Penyeri
______________________________________________
Kalau ditanya adakah ank mak aku ini sudah jatuh cinta lagi? jawapannya adalah Iya...iya dan iya..... aku memang jatuh cinta lagi, dan pada siapa aku jatuh cinta, sudah pastilah ianya gadis yang aku ceritakan sebentar tadi, gadis Shah Alam. Kalau la mak aku tahu cerita ini, dah pasti dia guling2 kegembiraan dek kerana merasakan aku akan memulakan zaman baru iaitu zaman yang akan menyaksikan aku bakal diiringi kemana-mana saja oleh seorang insan bernama wanita. iya.. dia adalah gadis Shah Alam, dan ada antara korang di forum ini mengenalinya. Siapa dia? hehehehe.......
bersambung.....
NANTIKAN EPISOD KEDUA (TERAKHIR)
LEBIH MENYENGAT DAN LEBIH MENDEBARKAN.....
TUNGGUUUUUUUU....