Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Ahad, September 26, 2010

Jiran nakal Vs Suami nakal

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu...
Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati
sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya..
"Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?"
jawab wanita itu dengan berani...

"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu...
"Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"

Telur

Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya.
Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari
tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank
untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya
setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya
ke office dan bertanya..

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000
di bank. Apa kerja pak cik??
Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka
bertaruh.Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah
kalah.
Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin
belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh
dengan saya jangan haraplah nak menang.
Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.
Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik
akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak
saya akan bayar encik RM1000.
Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar.
Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh
masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia
dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut
pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.....

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun
berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..(Pak DI pun menghulurkannya.)
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror...
Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank.
Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar
tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?
Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....
Manager : Tak guna punya orang tue...