Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Rabu, November 26, 2008

Cinta Pandang Pertama

Cinta Pandang Pertama
Oleh : Lord Vlad

Bertemu lagi kita di ruangan Bila Vladimir Menulis
ini, tajuk diatas rasanya biasa sangat dah. Tak dinafikan ada antara kita yang
pandang pasangan kali pertama dah jatuh hati, itu berlaku pada kebanyakan orang
dan tidak boleh berkata tidak pada diri aku sendiri pun benda ni terjadi.
Sebenarnya apa tarikan pasangan kita? Adakah disebabkan dia comel macam falci,
fieza atau cda? Adakah kerana senyuman dia yg manis macam seri, adakah kerana
tertarik dengan lekuk2 (hehehe.. jgn mare), adakah kerana perwatakannya yang
lemah lembut germalai macam Jue, adakah cool macam cik pah dan pelbagai lagi la
atau yang tak dapat aku senaraikan disini, kalau disenaraikan mungkin tulisan
aku kali ini panjang berjela dan kalau disusun dalam kertas kajang dah tentu
sampai ke kampuchea atau pun mexico (tempat yang ada ramai awek cantik tu)
kertas tu bila disusun.


kena pulak awak cun tersenyum manis macam gambar diatas- sekadar gambar hiasan
__________________________________________________________


Cinta pandang pertama sentiasa berlaku pada aku, dan boleh dikatakan setiap tahun, setiap
bulan, setiap minggu atau setiap hari aku jatuh cinta pandang pertama tapi
untuk awek yang berlainan.hehehe. kena pulak kalau dapat awek yang comel dan
manja macam cda aci kerat papan aku berani bertaruh tang2 tu jugak rasa nak
tarik dia ke pejabat kadi, tang2 tu jugak rasa nak jadi seorang suami.

Dalam kes aku,
teringat pulak satu peristiwa. Time tu aku balik dari operasi rokok (kawalan
hasil tembakau), masa tu aku baru balik dari
sebuah shopping kompleks, pas ramai tangkapan dan target bilangan dah
cukup aku terus serahkan buku kompoun kat PPKP yang berkaitan, aku lak dah
letih dan terus nak balik ke rumah. Errrr... sebenarnya bukan aku nak ceritakan
pasal operasi yang aku buat tu, saja aku taip jugak untuk kasi panjang tulisan
aku ni, kiranya macam novel2 cinta yang korang baca la.. mesti ada tang meleret-leret
untuk panjangkan cerita tu kan. Ok, ceritanya macam nih, time aku balik jam dah
menunjukkan waktu 10 malam, waktu ditir tak pasti la pulak sebab aku tak berapa
tengok jam, yang aku bayang Cuma katil
dan bantal saja sebab mengantuk sangat2.

Ok la, aku buka
perenggang ke dua untuk sambungan perenggang diatas.. time tengah jalan tu aku
nampak sebijik kereta kura2 tengah tersadai, dari jauh aku takde la nampak
sangat tuannya, malas nak nak layan.. mata dah kuyu beb. Tapi masa kereta aku
betul2 ditepi kereta tersebut sekali imbas aku terpandang la jugak ada sorang
awek yang entah la dia buat apa dalam kereta, macam sedih la plak.

Sreettttttt!!! (pinjam sound efek komik hong kong yang berlambak di pasaran)
aku brek kereta aku dan parking di depan kereta awek tu, dengan gaya machonya
aku melangkah ketepi kereta tu aku nampak awek tu mcm sedih jer, aku pun ketuk
la cermin kereta dia dan tanya buat apa sorang2 kat tepi jalan nih, dia angkat
muka dan senyum kat aku time tu aku tengok matanya sedikit berair, nangis kot
awek nih. Apa pula yang berlaku pada aku tatkala terpandang awek tu...
suspennnn.... dup dap dup dap!!! Jantung aku dah kencang berdegup, mata aku yg
kuyu tadi tang2 tu jugak segar, rasa macam ceti yang baru kutip hutang pun ada.
Hati aku pulak berkata “nampaknya hari ni aku jatuh cinta pandang pertama untuk
kali yg ke seterusnya” hehehehe....

Awek tu cakap keretanya rosak, dengan lagak macam pomen F1 aku suruh dia buka bonet depan
sebab nak tengok enjinnya. Awek tu turun, dia kata enjinnya kat belakang sebab
kereta dia tu memang asli yang lama, tak ubah suai lagi. Hehehehe... malu pun
ada sebab lupa kereta si comel tu kereta antik. Konon2nya aku nih pandai la bab
kereta, pas belek2 aku cakap kat dia kereta dia ni kena tinggal, tapi takpe.
Depan tu kedai 24 jam ada. So awek tu setuju tinggalkan kereta dia dan balik
dengan aku... opsss... jgn silap faham, bukan balik rumah aku tapi aku hantar
dia kat rumah dia. Korang nak tahu apa perasaan aku masa tu, dah la aku jatuh
cinta pandang pertama, rasanya kalau awek tu suruh tolak kereta dia sampai ke
jepun sakalipun aku sanggup. Aci kerat papan aku berani bertaruh.

Sekarang hubungan aku dengan “awek cinta pandang pertama tu terus on” dia jadi awek rasmi aku
yang tengah. Untuk makluman korang semua, aku ada 3 awek, yang sulung, tengah
dan bongsu. Hehehe... dah orang berharap kasih sayang aku, nak wat macam mana
kannn.. terpaksa la aku berkorban dengan membahagi-bahagikan kasih sayang aku
kat mereka2 nih. Aku buat tanggapan yang tanpa kasih sayang aku dah tentu
mereka ni macam semut yang korang nak picit2 bila merayap kat gelas korang,
mesti awek tu akan terus dibuli oleh mereka yang tak bertanggungjawab, atas
dasar ingin melindungi awek2 yang comel tu aku terpaksa juga serahkan kasih
sayang aku pada mereka, seperti apa yg aku tulis sebelum ini la, kasih sayang
lelaki adalah untuk didermakan untuk beberapa wanita.

So banyak lagi kisah cinta pandang pertama aku, tak dapat la aku nak huraikan satu-persatu kat
sini, panjang sangat aku tulis boring pulak korang nak baca kan? Takpa, lain
kali aku akan selitkan di slot2 yang lain pulak.

Untuk lelaki2 yang kat luar sana yang nak menjadi jantan, kalau hadapi situasi seperti aku
dimana korang jatuh cinta pandang pertama antara tip2 berikut korang tak boleh
tinggal punya:-

- Mintak no telefon.

- Mintak alamat rumah

- Tinggalkan no. Telefon korang kat awek tu (lagi elok kalau ada kad)

- Tanya dia kerja kat mana.

- Bergantung pada korang apa yang korang fikirkan masa tu.

Ingat tau, jangan
sesekali jadi lelaki yang tak jantan. Malu itu la, malu ini la... kalau malu2
macam mana nak dapat awek. Motivasi diri kena tinggi, kulit muka kena tebal
sikit baru tak ketinggalan. Ingat tahu, walaupun kita jadi seorang yang tak
malu jangan pula jadi seorang yang tak tahu malu. Jangan over sangat yang boleh
menyebabkan orang meluat. En. Suring
sila baca ayat ni (mungkin boleh jadikan motivasi untuk ko).

Akhir kata dari
aku, sentiasalah up to date diri sendiri mengikut peredaran zaman dan kesesuai
waktu dan tempat, tak salah jatuh cinta pandang pertama berkali2 kerana ia satu
anugerah

Okess semua...
jumpa lagi pada topik akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan