Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Selasa, Disember 30, 2008

Bukan Sebarang Romeo

Bukan Sebarang Romeo

Bertemu kembali dalam ruangan aku ni, kepada yg menyokong aku ucapkan berbilloon terima kasih dan aku harap ruangan ini dapat terus menarik perhatian kalian, teruskan menyokong dan teruskan membaca. kepada yg tak sokong buat2 lah meyokong ek, aku tahu nak puaskan hati semu orang bukan kerja senang.

Contohnya aku nak puaskan hati awek2 yang ada tu memang lah kerja yang tak berapa senang, tapi aku percaya aku mampu lakukan yang terbaik untuk mereka dan merek2 ini. sebenarnya dalam hal ini aku takder la bersalah sangat, ye la.. awek2 tu yang cari aku dan aku sebagai jantan sejati memang tak boleh berkata tidak akan pastikan kaum yang comel tu sentiasa gembira.

Berawek ramai ni kadang2 aku dianggap romeo, tapi aku nih bukan sebarang romeo. seromeo-romeo aku sekurangnya aku dah gembirakan ramai gadis2 yang memerlukan kasih sayang, bak kata sifu aku "kasih sayang seorang lelaki bukanlah hak milik mutlak seseorang wanita, tapi ianya untuk dikongsi oleh beberapa wanita.. lagi ramai lagi elok kerana ia menunjukkan kita nih adalah jantan yang sentiasa memberi kepada yang golongan yg memerlukan".

Kata2 sifu akulah yang memberikan aku semangat untuk terus gembirakan golongan yang indah dan menarik itu yakni dalam kata mudah golongan wanita. seperti sifu aku, aku pun tak sampai hati nak biarkan golongan yang mempunyai lekuk2 yang menarik itu terbiar tanpa kasih sayang. biarlah kita jadi lelaki yang sentiasa meniti dibibir wanita asalkan jangan jadi lelaki yang dijadikan bahan mengata kaum comel tu.


Kaum wanita berhak mendapat pembelaan lelaki - sekadar gambar hiasan


awek bagi aku cukup istimewa, sama ada yang rasmi atau tak rasmi tu belakang kira, tapi yang pasti tanggungjawab kita sebagai jantan sejati adalah untuk gembirakan awek atau awek2. sebagai contohnya seseornag lelaki yang mempunyai awek sorang akan gembirakan sorang jer awek... tapi lelaki yg ada ramai awek, sudah pasti ramai jiwa wanita yg gembira. so aku pulak sebagai jantan yang mahukan ramai wanita gembira bermakna aku kena lah memiliki awek. betul tak?

setia??? ada orang cakap aku tak setia.... ada juga yg cakap aku ni permaikan perasaan wanita.... ada juga yg kata aku macam2... tapi tak apa, sebagai orang yg tak bersalah ada baiknya aku mendiamkan diri saja, diam tak bermakna bersalah.... dan diam tak bermakna tak berisi. disini biarlah aku jelaskan kecelaruan yg ada, ruangan ini aku ingin perbetulkan tanggapan wanita2 sekalian terhadap aku.


falci mempunyai kecantikan yang asli - sekadar gambar hiasan


Aku sebenarnya sangat2 setia, sangat2 tak suka permainkan perasaan wanita tambah2 lagi wanita tu perrrrhhhh cun-melecun macam falci. betul aku cakap ni.... aci buang tong gas dari bangunan aku bertaruh, kalau dapat yang macam falci kena berenang dari semenanjung sampai sarawak pun aku sanggup.

Sebenarnya setia aku pada wanita ada cara aku sendiri, memang aku ramai awek... tapi aci kerat papan aku cakap yang aku memang setia pada mereka semua, bermakna aku takder la permainkan perasaan mereka.. sebagai contohnya bila aku dating dengan awek tengah, tetiba awek bongsu call.

awek bongsu : vlad kat mana nih? naper susah sangat call u.....
vladimir: i kat KLCC. sebenarnya i tengah dating ngan awek nih. napernya?? ni telefon nih mesti rindu??
awek bongsu: i cakap serius u memain lak vlad, takpe la kalau sibuk... malam nanti i call u yek. ok.. love u so much!
vladimir: ok, kita sembang nanti ek.... love u toooo.. treee... forrr.... hehehehehe

awek tengah yang dating dengan aku tadi senyum, sambil cakap

awek tengah: "tah apa tah you nih, memain lak.. sapa call u tu????"
vladimir: hehehehe... saper lagii... awekk laaaa..... cunnn siotttt!

tak semena-mena aku dicubit manja oleh awek tengah aku sambil berkata "ye la tuuuu"...

hehehe.. kalau macam nih kena cubit seminit sekali pun takper... sesungguhnya cubitan tu memang besttt....

dalam kes aku tersebut, awek tengah dan awek bongsu aku masing2 mempertikaikan kejujuran aku.... nak kata aku bohong memang tak bong kannn??? aku dah cakap benda yg sebenar, sama ada mereka nak percaya tu belakang kira....

ok laaa.... aku nak kuar lunch ngan awek sulung aku jap... pastu kembali ke pejabat.. dan seminggu tak kuar ngan dia... errr... tak baik hampakan ajakan awek kannn... dapat kuar setengah jam pun ok per....

jumpa lagi semuaaa......

2 ulasan:

  1. taratarabozu-ermm..tp klu bt mcm tu bkn ke kebahgiaan lord bg tu x setimpal dgn kesedihan drg ditinggalkan nti??
    kan lbh baik serahkan cewek2 yg cun dn comel2 i2 kpd yg lbh berhak??
    yg single mingle...
    gurl mdh memaafkn tp ssh mlupakan taw..
    ermm..hati2..

    BalasPadam
  2. sebenarnya dlm kebanyakan kes i, yang selalu ditinggalkan adalah diri i sendiri..... dengan kata lain i rela melepaskan mana2 awek yang bersama i bila seseorang awek tersebut sudah menemuli yang lebih baik dari i..... hehehe

    BalasPadam