Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.
Bila teringat pasal mimpi tadi aku tersenyum sorang-sorang. Kalau la ianya betul-betul terjadi, alangkah indahnya dunia ini. Hehe. Hakikat di alam realiti pula lain, mana mungkin kedua-dua gadis ini ingin bersatu dibawah payung madu. Tunggu kucing tumbuh tanduk dan kemudiannya tunggu tanduk itu bercabang macam tanduk rusa pun belum tentu keduanya sudi bermadu. Dan hakikat yang tidak dapat kita semua nafikan adalah kaum yang comel dan lembut itu pasti bertukar ganas dan brutal bila disebut pasal madu depannya. Aku pasti Mira dan Nadia juga sama.
Kalau la ianya betul-betul terjadi, alangkah indahnya dunia ini - gambar penyeri __________________________
Mira gadis yang cukup sifat dan cukup lekuk-lekuk dan sudah pasti menjadi impian semua lelaki yang pernah melihatnya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Dan kalau la yang terlihat dia tu seekor katak jantan, sudah pasti kata itu berangan nak bertukar jadi manusia demi untuk memeiliki Mira. Tapi Mira sudah ada buah hati. Mira sudah mempunyai jejaka idaman dan jejaka idaman dia itu sudah pasti lelaki yang paling 'dikehendaki' di seluruh dunia. hehehe. Lelaki itu dah pasti aku.
Tapi Mira sudah ada buah hati - gambar penyeri __________________________________
Mungkin dari lisan dia masih belum menunjukkan kemahuan hatinya. Biasala kan, Mira juga gadis melayu. Dan susah pasti gadis melayu ni masih menebal sifat malunya. Aci kerat papan aku berani bertaruh, dia sebenarnya menunggu aku untuk 'melantiknya' secara rasmi. Dari isyarat-isyarat dan perbuatan sebelum ini kami memang sudah macam pasangan bercinta. Tapi kami masih belum 'declare' tentang hubungan kami. Keadaan masih tergantung. Tapi jika ada jodoh sudah pasti tak kemana kan. Sama ada lambat atau cepat ia dia pasti menjadi milik aku jika itu yang sudah disuratkan.
Bila tertengok sekali aci kerat apa-apa pun kita akan toleh berkali-kali - gambar penyeri _____________________________________
Nadia pula lain cerita pulak. Hubungan kami masih berada dalam gear satu dan sudah hendak-hendak masuk gear dua. Dengan kata lain, kami masih dalam peringkat mengenali. Walaupun kami satu kampung dan sudah mengenali antara satu sejak dari zaman main 'polis sentri', tak semestinya kami sudah betul-betul kenal. Dulu dan sekarang sudah lain. Dulu dia budak hingusan, dan kalau siapa-siapa tengok masa tu pun tak menyangka yang dia bakal secomel dan secantik sekarang. Sekarang dia dah lain. Bila tertengok sekali aci kerat apa-apa pun kita akan toleh berkali-kali. Dengan kata lain, sambil tengok hati sambil berkata "kalau la dia jadi awek aku, dah pasti aku seorang lelaki yang paling untung di dunia".
bersambung.......... nantikan episod 4
PENGHARGAAN: kepada nurul cuk yg sudi gambarnya disiarkan dalam page ini.
Dan bermulalah satu era baru. Era yang bakal menantukan hala tuju aku sebagai seorang lelaki dan saat ini, detik ini berakhirlah zaman bujang aku. Kali ini aku pasti kalau tengok awek -awek cun lalu depan aku pun aku akan tunduk tengok kebawah. Kalau tengok pun tengok sikit-sikit saja. Aku grenti tak tegur awek tu seperti mana masa zaman aku bujang-bujang. Tapi kalau tegur-tegur pun grenti sikit-sikit saja, setakat say 'hai' pun dah cukup kot. Kalau nak tambah dilog "nombor henpon awak berapa?" pun mungkin bergantung pada masa dan keadaan.
Menjadi suami kepada gadis secantik ini? - gambar penyeri _______________________
Sekarang aku dah nak jadi lain, aku dah nak bergelar suami. Jadi sebagai jejaka yang dah nak bergelar suami perangai aku pun kena la berubah mengikut situasi, keadaan dan masa. Kalau tak dapat berubah banyak pun akan aku ubah sikit-sikit demi....... Ops... rupanya hari ini hari yang siapa-siapa pun nak tengok. Dan siapa-siapa juga tidak menyangka jejaka yang berada di pentas singgahsana Raja Sehari itua adalah Lord Vlad dan Lord Vlad itu adalah aku. Ramai juga orang datang ke majlis aku ni. Yang aku tak kenal pun ramai, mungkin kenalan orang tua aku dan yang aku kenal pun ramai dan tak terkira dan antaranya bekas awek-awek aku yang merestui penamatan zaman bujang aku. Ada juga bekas-bekas awek yang dah jadi mak budak pun aku jemput dan ada juga yang sedang dalam pembawaan budak juga menjadi jemputan. Seronok? hehe.. aku tak dapat pulak gambarkan apa perasaan aku kali ini. Bercampur dan macam-macam bermain dalam kepala anak jantan kepada mak aku ini. oh.. mak aku mesti gembira kerana dah lama dia tunggu saat ini. Saat anak jantannya bolenh duduk berkongsi bilik dengan orang yang lain jantinanya yakni perempuan.
Kegembiraan aku pulak bagaimana?. Iya.. dah lama sangat aku gembirakan golongan kesayangan aku yakni golongan berlekuk-lekuk dan comel yakni kaum hawa. Dah lama juga aku berkorban untuk bahagiakan awek dan awek-awek aku. Dan sekarang sudah masanya aku pula yang mengecapi kegembiraan sebenar. Tapi untuk makhluk kesayangan aku yakni wanita pulak sudah pasti aku tak akan melupakan mereka. Aku akan terus berbakti kepada mereka. Tapi cara dan pendekatan tu mungkin berbeza sedikit mengikut kesesuaian keadaan.
untuk makhluk kesayangan aku yakni wanita pulak sudah pasti aku tak akan melupakan mereka - gambar penyeri ________________________________
Saat yang ditunggu dah hampir tiba, pengantin perempuan pun dan telefon yang menandakan mereka dan bersedia untuk turun kereta dan menuju ke rumah jejaka yang tak seberapa ini. Perasaan aku pulak tak dapat digambarkan. Berdebar mengalahkan Barrack Obama yang nak berjumpa Osama Laden pun ada, tapi tetap gembira mengalahkan bangla yang baru dapat gaji.
Dalam pada itu aku nampak ramai juga yang buat muka macam biawak pasir yang macam nak kena sembelih. Muka-muka yang semuanya aku kenal kerana semuanya satu kampung dengan aku. Sama ada turut gembira meraikan kegembiraan aku ini atau tengah mengutuk dalam hatinya pasal aku itu semua aku tak ambil pusing. Yang pasti hari ini adalah hari aku dan aku akan meraikannya sepuasnya.
an aku sudahpun mengakhiri zaman bujang aku - gambar penyeri __________________________________
Dan tibalah pengantin perempuan. Errr...... sebenarnya bukan pengantin tapi pengantin-pengantin, Aku buat kenduri serentak dengan adik aku?. hehe. Sebenarnya pengantin-pengantin perempuan yang didepan aku itu adalah pengantin-pengantin aku. Mira dan Nadia. Dan aku sudahpun mengakhiri zaman bujang aku dengan awek-awek satu kampung aku. Aku pun tak pasti macam mana perkara ini boleh berlaku. Tapi perkara ini dah jadi dan sudah berlaku pada aku. Ianya cukup pantas dan soal ini Harry Poter pun tak mungkin dapat meramalkannya. Yang pasti bila kita bertemu jodoh terimalah seadanya dan begitu juga dengan aku. Aku akan menerima segala ketentuan ini tambah-tambah keduanya memang jenis yang bila pandang sekali mesti jadi nak pandang berkali-kali.
gadis impian ramai - gambar penyeri ____________________________
Dan satu suara mengejutkan aku dari khayalan (Errr... bukan khayalan....). Vlad!! Vlad! suara yang aku kenal... suara mak aku. Ni mesti dia nak suruh aku bersiap-sedia ni. Err..... rupanya mak aku memanggil dan mengejutkan aku suruh sembahyang subuh. Dan benda yang indah tadi berakhir dengan sekelip mata. Rupanya aku mimpi saja. Aduh.... kalau la ianya betul-betul jadi. hehehe.
jangan marah yee.....
bersambung lagi..........
nantikan episod 3 yang bakal menyengat........
***** Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada gadis yang sudi menjadi model (gambar penyeri) di ruangan ini, terima kasih Nurul Cuk
Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu... Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...
"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"
Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...
Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.
Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...
Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"
"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...
"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu... "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"
Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya..
Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?? Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh.Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah. Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang. Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh. Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya. Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000. Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.
Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.....
Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada.. Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...
Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..
Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..(Pak DI pun menghulurkannya.) Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...
Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....
Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu? Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa? Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..... Manager : Tak guna punya orang tue...
Ada yang mengatakan aku ni seorang romeo. Apa tanggapan tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian tentang Romeo? jika aku dianggap setaraf dengan Romeo sudah tentu aku dengan rela hati menerima penghormatan tersebut.
Kebanyakan orang menganggap Romeo itu adalah seorang jejaka yang mempunyai awek yang ramai dan sering melukakan perasaan dan hati seorang wanita. Bermakna bagi mereka yang berpendapat begini jejaka romeo itu adalah seorang manusia yang penuh dengan kepuraan dalam memberikan harapan dan lebih tepatnya adalah harapan palsu. Sejauh mana kebenaran tanggapan yang tidak berasas itu pun kita masih belum tahu.
Gadis elegan dan menawan setanding juliet - gambar penyeri _______________________________________
Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian Romeo yang sebenar adalah merupakan seorang manusia yang sangat-sangat setia pada cinta. Dia sanggup mati kerana cinta. Betapa besarnya pengorbanan Romeo kepada Juliet. Di sebalik cerita ini kita sedia maklum bahawa kaum lelaki yakni yang sekaum dengan Romeo merupakan makhluk yang sangat-sangat setia dalam bercinta. Tapi cara dan penyampaian tu mungkin berlainan. Romeo pula memilih jalannya sendiri untuk menunjukkan kesungguhan cintanya kepada Juliet. Walau terdapat pelbagai rintangan dan halangan Romeo Sanggup hadapinya.
Aku? aku cukup-cukup berbesar hati kerana selama ini aku diberi taraf yang setanding dengan Romeo. Aku tahu bukan mudah untuk mencapai standard sedemikian. Tapi cara dan penyampaian aku sedikit berbeza. Aku seringkali disalah anggap mempermainkan perasaan seorang wanita. Aku sebenarnya bukan lelaki yang begitu.
tak lama lagi mungkin aku akan jadi pemimpin dia - gembar penyeri _______________________________________
Teringat pula aku pada satu kisah yang betul-betul berlaku pada aku. Kejadian yang melibatkan awek sulung dan awek bongsu. Kedua-dua awek ni adalah awek rasmi aku dan aku sesekali takkan lupakan kisah ini. Kejadian ini dah berlaku lama dulu. Bila tarikh, masa dan tempat kejadian biarlah aku simpan sendiri kerana ianya menjadi sejarah dalam hidup aku. Masa tu aku keluar dengan awek bongsu aku, maklum la lama tak jumpa mesti la rindu-rinduan kan. So aku sebagai jejaka yang perihatin dan takut akan keselamatannya mesti la sentiasa melindungi awek tersebut. Time lintas jalan tentu la kena pimpin dia kan. Lagi pun tak lama lagi mungkin aku akan jadi pemimpin dia. Tu pun kalau la aku ditakdirkan jadi ketua keluarga kepada awek yang keluar dengan aku tu. So atas dasar untuk jadi seorang pemimpin, apa salahnya aku pimpin dia kejap. Tak lama pun, lintas jalan tu saja. Lepas lintas aku berhenti la seketika jadi 'pemimpin yang memimpin'.
Dan..... err... bersambung.........
***** Penghargaan kepada gadis yang sudi menjadi model Miz Nasz...
Yang pasti senyuman awek nurse yang bekerja di HUSM dulu masih dalam ingatan aku - Gambar penyeri __________________________________
Selepas Dating pertama antara aku dan Mira hubungan kami semakin baik. Dan sebagai bukti kami semakin baik aku boleh pinjam telefon dia. Pinjam buat apa? jgn silap faham kawan-kawan, aku takde la sampai nak menghabiskan kredit awek. Yang pasti senyuman awek nurse yang bekerja di HUSM dulu masih dalam ingatan aku. memang la aku boleh minta saja dengan Mira, kemudian terus call depan dia. Tapi aku tak boleh buat begitu. Sebabnya aku tak dapat la nak nyatakan kat sini tapi yang pasti aku perlu dapatkan nombor telefon nurse tu. Dia juga sekampung dengan aku, dia kawan Mira. Tapi juga boleh dianggap kawan aku la sebab abangnya kawan aku. Mana la tahu kot-kot status abnag dia bertukar jadi abang bersama pulak. Abang ipar pun kira macam abang sendiri lak kan? hehe. Kalian masih ingat tak apa nama nurse tu? kalau tak ingat biar la aku ingatkan kembali ye, nama dia Nadia. Diulang sekali lagi Nadia.... Nadia....
alau la yang jadi teman lelaki dia tu adalah aku - gambar penyeri ____________________________________________
Aku pasti walaupun mempunyai nombor 'hand phone' Nadia aci kerat apa-apa sekali pun Mira pasti tak akan menghubungi dia. Nadia pun sama, dah pasti tak tergerak pun nak dail nombor Mira. Atas dasar tanggungjawab dan untuk meneruskan hubungan silaturahim antara sesama insan aku rasa bertanggungjawab kearah menelefon awek yang sudah jadi salah seorang warga paramedik itu. Yang pasti Nadia juga makhluk yang cantik secantik Mira. Makhluk yang juga berlekuk-lekuk dan lembut. Kalau tengok dari rupa pasti gadis secantik dan semanis dia sudah mempunyai teman lelaki. Tapi kan, kalau la yang jadi teman lelaki dia tu adalah aku macam mana pulak? hehe... sudah pasti lari sekeliling kampung dari pagi ni sampai pagi lusa pun aku sanggup. Nombor sudah ada, apa salahnya aku berbual bertanya khabar dengan dia. Dia juga berhak untuk ditanya khabar oleh aku. Seperti Mira dia juga sekampung dengan aku.
Romeo yang baik adalah yang slow and stedy - gambar penyeri _______________________________________
Apa-apa pun operasi yang baru aku rancang iaitu menelefon Nadia perlu diteruskan, tapi bukan sekarang. Romeo yang baik adalah yang slow and stedy. Sekarang dah pukul 1 pagi. Daripada tak tentu pasal kena maki lebih baik aku sabar dulu. Orang tua-tua pun selalu pesan biar lambar asal selamat. Dalam filem-filem tamil dan hindi pun macam tu juga, hero selalunya bersabar. Last-last grenti menang dan hero pasti dapat habuang sendiri. Tapi bab menari-menari macam cerita tamil dan hindi tu aku potong la sebab aku takde bakat menari.
dan..... aku terlelap......
maknanya cerita ni bersambung laa.... hehehe....
tungguuuu...... episod kedua....
***** Penghargaan kepada gadis yg sudi menjadi model, Lily....
Apa yang hendak aku ceritakan memang tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Setiap hari, setiap malam mana-mana lelaki yang melihatnya grenti tak boleh lupa. Iya, termasuklah aku. Aku juga seperti lelaki biasa yang lain, yang tidak kalis cinta dan tidak kalis dari tertarik dengan gadis yang secantik dan sehebatnya. Untuk kesekian kalinya anak jantan pada mak aku ini terasa aura. Aura yang mampu membangkitkan lelaki yang tak seberapa ini terasa ingin menjadi suami mithali.
Dia gadis yang mampu membuat semua lelaki memandangnya - gambar penyeri _________________________________
Sekali lagi untuk yang berikutnya aku terasa sudah jatuh hati, jatuh cinta dan jatuh jantung dan limpa ini. Semuanya kerananya. Kerana gadis istimewa itu. Kalau la masa tu ada karpet, grenti aku dah guling-guling atas karpet tu. Berguling sepuasnya kerana nak meraikan cinta aku yang jatuh tah keberapa kali. Aku sendiri pun tak kira berapa kali aku jatuh cinta. Semua itu tidak penting, yang penting kali ini aku benar-benar terasa indah dan tertarik.
Yang pasti dia telah mencuri hati aku - gambar penyeri
_____________________________________
Walaupun tak pernah tersua dengannya dialam nyata, tersua dalam alam maya pun dah cukup membuat aku rasa resah seribu bahasa. Rasa ingin menjadi bapak kepada anaknya suatu hari nanti mula menjelma. Sebenarnya dah lama aku kenal dia. Sudah lama juga aku berchatting atau berkomunikasi dengan dia. Tapi cuma akhir-akhir ini saja aku dapat menatap gambar wajahnya yang menawan itu. Dan aku rasa kalau la untuk bertemu dengannya aku sanggup berenang itik dari Miri sampai la ke Penang demi kerananya.
Dia mempunyai senyuman yang paling menawan - Gambar penyeri ___________________________________
Rupanya dia banyak keistimewaan. Aku paling suka senyumannya. Fuh... senyuman yang paling-paling menawan pernah aku jumpa. Dialah gadis yang benar-benar sudah menawan anak jantan ini. Adakah aku akan atau bakal bercinta dengannya nanti? cuma masa dan keadaan yang akan menentukan. Namun Senyumannya akan aku save dalam memori aku sampai bila-bila. Kalaulah memori aku ini pula macam memori komputer, berjuta-juta gigabyte pun belum tentu dapat save, so syukurlah kepala aku ini bukan ciptaan manusia. Yang pasti untuk senyuman seistimewa itu sudah pasti berjalan kebelakang dari kangar ke kemboja pun aku sanggup. Iya, sanggup kerananya.
Dia memang mengagumkan. selain memiliki rupa paras yang cantik jelita dan senyuman yang menawan dan manis semanis gula, dia juga adalah seorang gadis yang bijak. Itu aku tidak nafikan. Mungkin kerana kepesatan teknologi maklumat yang mampu menyalurkan pelbagai berita dan ilmu dan dia tak melepaskan peluang untuk menambah ilmu sebanyak yang mungkin. Yang pasti kalau la dia jadi ibu sudah pasti dia jadi ibu yang boleh menjadi cikgu. Dia lengkap dan sempurna untuk memberi didikan pada anak-anak nanti. Percayalah, lelaki yang memilikinya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Dan aku harap lelaki itu adalah jejaka ini. Dan un tuk mencapai sama taraf dengan keilmuan yang dia ada rebus buku kemudian minum air rebusan tu pun aku sanggup. Iya, aku juga tidak mahu ketinggalan bila bersembang dengan dia pasal apa-apa isu. Mana lah tahu kan buatnya dia nak sembang pasal hubungan diplomatik antarabangsa Malaysia dengan aku terpaksa la aku persiapkan diri. yang pasti aku perlu mencuri hati anak gadis ini. Gadis idaman ramai.
Gadia yang cukup setia pada cinta - gambar penyeri ________________________________
Aku juga sedia maklum bahawa dia juga seorang gadis yang setia dan mempunyai pendirian yang tetap. Itulah yang menguatkan lagi perasaan kagum aku padanya. Darjah penghormatan aku pada dia dalam bab setia ini memang tinggi-setingginya. Aku tahu kerana aku sudah lama mengenalinya. Aku juga berharap aku akan setia pada dia nanti. Walaupun dalam masa yang sama aku tetap setia pada yang lain. Itu tak penting, yang penting aku tetap bersamanya. Kesetiaan seorang lelaki tak sama dengan kesetiaan seorang wanita. Lelaki boleh setia pada ramai kekasih atau isteri. Hehe. Jangan marah. Itu juga adalah fakta yang harus ditelan semua pihak. Untuk dia sudah pasti aku akan jadi golongan yang baik-baik. Nakal sikit-sikit tak apa la kot.
Apa-apa pun aku rasa aku sudah menemui arah haluan aku sendiri. macam kapten kapal yang dah lama tersesat. Kesana-kemari dan ebrtukar banyak kapal. Kali ini aku rasa aku berada di kapal yang betul dan kapal ini pula mempunyai kompas dan petunjuk yang hebat. Sekarang mampukan aku berada lama di kapal ini? dengan penunjuk arah yang lebih tepat ini pula mampukah aku mengikutinya selalu? Aku harap begitulah nanti. Dan... aku rasa dialah gadis impian semua lelaki. Dan aku adalah termasuk dalam golongan lelaki yang mengimpikannya.
***** Penghargaan kepada gadis yang sudi menjadi model, Fel.
Assalamualaikum dan salam muhibah kepada semua yang sudi baca blog aku, sebenarnya dah lama sangat aku tak menulis (erti kata yang lebih tepat adalah menaip). Rasa rindu pulak nak menulis ni. Lagipun ramai juga yang tanya sama ada aku dah gantung keyboard atau dah kering idea. Sekali lagi aku jelaskan bahawa hal gantung-gantung keyboard ni rasanya takkan berlaku selagi nadi aku berdenyut, selagi itulah aku akan tetap menulis..menulis dan menulis. Begitu juga kasih sayang aku pada wanita, selagi aku adalah aku selagi itulah aku akan tetap mengasihi dan menyanyangi makhluk yang comel secomelnya itu. Hal kering idea pulak rasanya pun bukan alasan kukuh untuk aku tidak menulis lagi. Idea aku sentiasa ada dan sedia untuk dicurahkan, tapi aku selalu bergelut dengan masa. Bukan la bermakna aku ni lebih sibuk dari Presiden Amerika. Tugas aku sebagai penjawat awam perlu diutamakan.
Ops, melalut lagi aku kan, selalu bercakap tentang perkara yang bukan isu. Biasa la kan, seperti yang aku selalu maklumkan la, ku pun nak jugak tulisan aku nih panjang berjela-jela biar kalian semua rajin membaca sikit. kalau malas pun buat-buatlah rajin sikit.
Bercakap pasal perkara tajuk ini cuma pandangan aku dan tak ada kaitan antara yang hidup dan dengan yang mati. Cinta sejati memang masih ada tapi ia tidaklah sekukuh mana jika cinta itu tiada ikatan wang ringgit serta harta benda. Sekarang adalah zaman serba-serbi canggih dan sekarang juga adalah zaman dimana semuanya berlaku dengan pantas. Kalau boleh tempoh mengandung pun orang nak cepatkan, betapa gilanya keadaan sekarang. Tapi bukan itu yang aku nak sentuh. Tapi yang aku maksudkan adalah serba-serbi dalam dunia ni adalah dikuasai oleh wang ringgit atau dolar atau rupiah ataupun apa-apa saja yang berkaitan dengan duit.
Aku bukanlah memandang rendah perasaan cinta yang ada pada masa sekarang. Tidak sesekali aku nak membebel tak tentu hala. Tapi benda yang aku cakap ni adalah benda yang hakikat. Kalau setakat bercinta bagai nak rak tapi tak ada duit untuk bertunang dan berkahwin pun sia-sia juga. Perbelanjaan berkahwin zaman sekarang bukannya murah. Serba-serbi diswastakan termasuk dari segi pelamin, baju, solekan, gulai-gulai dan segala macam yang tak dapat aku senaraikan disini. Semuanya duit. Kepada romeo ala-ala Lombok yang cuma tahu mengayat perempuan tapi tidak berusaha untuk tingkatkan ekonomi diri fikir-fikirkanlah apa yang aku tulis ini.
Walaupun wanita zaman sekarang sudah bekerja dan membantu dari segi ekonomi rumahtangga kita sebagai lelaki jangan la pula mengambil kesempatan, malu la kan makan hasil titik peluh orang perempuan. Bukan ego, tapi kena sedar diri bahawa tanggungjawab menyara keluarga adalah kepada siapa?. Sepatutnya lelaki la yang beri duit kepada perempuan, tapi sekarang dah jadi terbalik. Golongan pengikis dari kalangan kaum aku sendiri makin ramai. Aku bukan apa, malu takut golongan aku ni masih tak sedar-sedar.
Err... rasanya aku tak boleh terus menulis artikel ni, rasa seram-seram sejuk pun ada. ok..jumpa lagi
Salam muhibah semua, selamat bertemu kembali di ruangan kamek ini. Dah lama aku tak menulis (menaip) dan macam-macam juga spekulasi yang timbul. Ada yang cakap aku frust tertonggeng dikecewakan oleh seorang wanita. Hehe. Perkara ini benar-benar membuat aku sakit perut ketawa terbahak-bahak. Rasa macam tengok seorang member aku bangun pagi, lepas tu mamai2 pakai pakaian nak pegi pejabat, Dalam mamai-mamai tu dia pakai uniform dengan seluar pendek yang nak main bola. hehe. Dah la pakai macam tu, konon-konon awal la tu nak ke ofis padahal hari tu hari minggu. Macam tu la yang aku rasa bila aku dikaitkan dengan perkataan frust. Hehe. Jangan risau semua, Lord Vlad masih waras dan sesekali takkan frust dengan seorang wanita.
Wanita memang berada dalam kelasnya yang tersendiri - Gambar Penyeri ___________________________________________________
Sudah ramai wanita yang hadir dalam hidup aku, dan ramai juga sudah pergi. Itulah pusingan hidup aku. Soal aku ditinggalkan atau meninggalkan tidak menjadi isu hari ini kerana bukan itu yang aku nak sebutkan. Walau apa juga yang telah aku hadapi aku tetap menghormati makhluk berlekuk-lekuk bernama wanita. Iya... wanita memang berada dalam kelasnya yang tersendiri dan kita sebagai lelaki memang patut menghormati wanita sepertimana kita menghormati seorang guru. Tapi dalam kita menghormati wanita, jangan la pula kita menjadi macam pak sanggup macam Amerika yang tunduk dnegan Israel. Itu menjadi hamba namanya. so ingat tau, hormat dan hamba adalah sesuatu yang berbeza.
Aku letakkan martabat awek-awek aku setaraf cikgu - Gambar penyeri __________________________________
Kenapa aku begitu menitikberatkan perkataan hormat kepada wanita? siapa tahu jawapannya? simpan la jawapan anda-anda semua sebab disini aku hanya nak utarakan jawapan aku saja. Sape-sape nak bagi jawapan boleh komen lepas ni. Wanita bagi aku adalah seperti cikgu. Iya, martabat mereka aku letakkan setinggi martabat cikgu yang berperanan sebagai pendidik.
Wanita banyak mengajar makhluk berhelar lelaki - Gambar Penyeri ___________________________________
Bagi Lelaki yang dianggap romeo dan yang menuju ke arah menjadi romeo wanita perlu dianggap sebagai seseorang yang mengajar kita tentang nilai-nilai cinta, kehidupan, dan pelbagai perkara yang bersangkut-paut dengan hati dan perasaan. Bagi aku pula, semakin ramai cikgu maka semakin banyak ilmu yang kita dapat. Untuk mendapat banyak pengalaman dalam bercinta dan memahami tentang wanita amatlah perlu bagi seorang lelaki mempunyai ramai guru dan guru itu lebih dikenali sebagai awek.
Banyak ilmu dan pengalaman boleh dicari dari seorang wanita - Gambar Penyeri ________________________________________
So dalam hidup aku, sudah pelbagai ilmu yang aku dapat dan sudah ramai cikgu yang mengajar aku erti hidup dan nilai-nilai cinta dan perasaan. Namun aku tahu, aku perlu perbanyakkan lagi lmu pengetahuan aku dan aku juga bersifat suka belajar. Atas dasar itulah aku tak jemu untuk mencari cikgu-cikgu baru demi sebuah pengalaman dan pengetahuan.
Hehe..... dah habis......
Penghargaan : setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih Kepada gadis yang sudi menjadi model untuk artikel kali ini.
***** Nantikan Siri "Awek Satu Kampung (Season II)" yang akan menemui anda nanti.
Bertemu kembali semua, lama tak menulis atau dengan kata yang lebih sesuai lama tak menaip. Sebenarnya bukan aku takder idea, sebenarnya idea datang mencurah-curah tapi masa terluang pula tak ada. Nak wat macam mana kan, mmg tak dapat dielakkan.
Cerita pasal awek pulak aku tak tahu la nak komen apa, kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seperti yang kita jangkakan. apa yang kita mahukan tak semestinya kita dapat dan apa yang kita impikan tak selalu menjadi realiti.
Adakah aku sedang frust? hanya aku dan dia yang tahu. Dan paling yang aku tak jangkakan adalah hatinya yang tak dapat aku baca, aku sangka dah cukup mengenalinya namun banyak yang harus aku pelajari sebenarnya. Apa-apapun kebaikan dia mengatasi segalanya, dia tetap yang hebat pernah aku kenali dan dia masih comel dihati aku.
Apa-apapun dia akan tetap aku kenang sebagai perkara paling indah pernah muncul dalam hidup aku. Berjumpa dengannya??? aku rasa ini adakah perkara ayang paling mustahil yang akan berlaku dan aku pasti aku takkan berjumpa dengan dia sampai bila-bila. Aku mendoakan agar dia bahagia dengan pilihan yang dia sanjungi.
Akhir kata dari aku untuknya, jagalah hubungan dia dengan si jejaka bertuah itu untuk kebahagiaan dia. Aku takkan sesekali mengacau hubungannya.
Akhirnya ia berakhir di sini....
wargghhhhh!!! ngantuk laaa........ korang bosan ek baca...... ok.. aku stop dulu untuk kali ini.
"Abang bila nak mintak tukar balik negeri sendiri?"
Itulah soalan yang Mira tanya pada petang yang indah itu. Aku pasti untuk soalan itu sudah pasti Mira mengharapkan jawapan yang positif yang berbunyi 'untuk Mira hari ni juga abang akan isi borang tukar'. Tapi kadang-kala dalam aku tidak menghampakan harapan seorang wanita kali ini aku terpaksa berikan jawapan yang lain dari diatas. dan aku jawab..
"Bukan tak mahu balik Mira, abang sebenarnya tengah cari pengalaman kat negeri orang.. errr.. apa kata Mira mintak kerja kat sarawak, boleh dekat dengan abang..hehe.."
wanita adalah makhluk yang sentiasa ingin dihargai - gambar penyeri ________________________________________________
Hehe... jawapan yang dituruti cadangan kepada Mira, aku fikir ayat yang terkeluar tu cukup bagus. Kalau aku tak pelawa dia kerja sama negeri dengan tempat aku kerja sekarang dah tentu Mira akan anggap aku ni pentingkan kemahuan diri saja, dan ayat tambahan yang aku pelawa Mira kerja satu negeri dengan aku sudah pasti menutup kelemahan ayat yang awal.
Kepada tuan-tuan sekalian, setiap soalan dari awek kalian perlu diambil dengan serius. Setiap jawapan yang kalian keluarkan dah pasti memberikan pelbagai impak dan kesan yang mendalam terhadap diri awek atau awek-awek (hehe) tuan-tuan. So sekali lagi aku nak ingatkan, jawapan kalian mesti mengambil jalan tengah dan jangan nampak macam mementingkan diri sendiri. Seperti kes aku dan Mira diatas aku yakin bahawa disamping menerima alasan aku untuk cari pengalaman kerja di luar dah pasti dia akan rasa dihargai kerana kita mempelawa mereka kerja dekat dengan kita. Dalam hati mereka dah tentu kita tak boleh buat satu pun kerja tanpa dia. hehe. pandai-pandai la korang.
aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini - gambar penyeri __________________________________________________________
Mira tersenyum selepas berpuas hati dengan jawapan aku, dan aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini. Kalau la hari-hari dapat tengok senyuman dia aci kerat papan sape-sape pun akan sanggup melompat macam katak dari Mukah sampai la ke Colombia.
Kami masih tiada ikatan rasmi sebagai kekasih. Tapi semenjak dua menjak ini status tiada ikatan rasmi itu sudah pasti akan bertukar menjadi rasmi tak lama lagi dan aku pasti ia akan berlaku nanti. Lambat atau cepat ia bergantung kepada aku sendiri dan Mira. Sudah banyak tanda-tanda atau isyarat yang dia beri bagi mengisytiharkan bahawa dia tiada yang punya dan dia juga sedia dipikat jejaka yang keluar dengan dia hari ini. Tapi aku sendiri tak berapa pasti apakah aku patut 'mengejas' dia?. Betul..... dia menang comel, menawan, baik, lemah lembut dan segala sifat-sifat yang baik. Aku takkan jemu memuji gadis itu kerana dia memang layak mendapat pujian aku.
Dia adalah sekampung dengan aku - gambar penyeri _______________________________________________
Yang menjadi kelemahan untuk aku pula dia adalah sekampung dengan aku, sebelum ini dan bermula dari zaman aku mula pandai 'berawek' sebenarnya aku berprinsip bahawa aku sesekali tidak akan bercinta dengan awek satu kampung. Mira adalah gadis satu kampung dengan aku dan untuk Mira patutkah aku langgar prinsip aku? Bila fikir-fikir balik dan aku langgar prinsip aku itu sudah pastu aku meletakkan diri aku sama taraf dengan orang-orang politik. Pandai berjanji dan membuat prinsip, tapi kerap juga langgar prinsip dan lupakan janji. Tapi kata hati aku pulak kes aku dan Mira lain, bercinta bukan berpolitik dan langgar prinsip bukan dianggap satu kesalah besar malah ia dianggap sebagai pengorbanan besar.
Iya.... aku bersedia membuat pengorbanan besar... untuk gadis bernama Mira.
Dan aku sedia menerima hakikat bahawa kadang-kadang apa yang kita rasa kita mahu bukanlah apa yang hati kita mahu. Kita boleh berkata itu dan ini, tetapi apa kata hati kita? tepuk dada tanya selera.
Apakah status aku dan Mira?
pengorbanan.....
untuk awek satu kampung.....
dan aku memutuskan bahawa aku akan melupakan hasrat untuk mendapatkan no. hp si manis yang bekerja sebagai jururawat di HUSM. err... mungkin lepas ni ada peluang lagi belek-belek hp Mira. hehe....
-Habis (Tamat)-
***** setinggi-tinggi penghargaan kepada gadis yg membenarkan gambarnya digunakan untuk final episod ini.
Mira masih menjamu selera dan aku pun sama, tapi dalam hati aku memang banyak persoalan serta kemungkinan yang aku fikirkan, bila balik nanti adakah aku masih berpeluang untuk keluar berduaan dengan Mira lagi seperti hati ini? adakah Mira akan lupakan saat yang aku rasa indah ini nanti? dan adakah Mira tidak mempunyai perasaan yang sama macam aku sekarang? serta banyak lagi persoalan yang tidak dapat aku taip satu persatu untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian baca. Cukuplah aku katakan bahawa Mira cukup-cukup istimewa dan aku ingin sekali milikinya.
Suasana di PCB ________________________________________________
Acara selepas makan-makan pula berlaku dibilik hotel. hehehe. opsss! apa la korang ni, aku ni lelaki budiman dan lelaki yang baik so takkan la aku tergamak mencemarkan status aku yg bersih itu dengan berbuat perkara yang tak senonoh. Selepas makan aku bayar apa yang patut dan kemudian berjalan-jalan di tepi pantai. Walaupun suasana pantai itu tidak secantik dan seindah dulu tapi takat nak berjalan dengan awek boleh la. Lagi pun yang penting misi kali ini adalah bersama-sama dengan gadis yang hebat ini.
dia sentiasa tersenyum - sekadar gambar hiasan (Gambar Megan Fox) ______________________________________________
Orang masih ramai mengunjungi pantai ini dan aku pasti mereka bukan dari daerah atau negeri ini. Macam aku jugak kot, dari negeri lain datang melancong atau melencong ke pantai ini. Sekali lagi aku nak cakap, pantai ini banyak mengingatkan aku di zaman remaja-remaja dulu.
Mira pula.... dia sentiasa tersenyum, gembira agaknya berada bersama dengan jejaka idaman dia ni. hehehe. Adakah aku jejaka idaman dia? sama-sama kita nantikannn... hehe. kemudian aku bertanya Mira.
memang aku berminat dan suka akan senyuman milik gadis kecil molek itu - sekadar gambar hiasan ____________________________________________________
"Mira, apa pendapat Mira tentang hari ini? seronok tak?" "Mesti la seronok, dah lama Mira tak enjoy macam hari ini tau.. esok lusa abang dah balik Sarawak, tah bila dapat jumpa lagi kan" "Abang pun harap kita dapat enjoy macam ni lagi, seronok 'berdating' dengan Mira..hehehe" "eeeyyy... dating ke niiii"
Mira tersenyum meleret dan aku seperti peristiwa yang lepas-lepas memang aku berminat dan suka akan senyuman milik gadis kecil molek itu.
"Mira..." aku memanggil nama dia. "emmmm...." balasnya sambil memandang aku, bibirnya masih manis dengan senyuman dan aku pasti untuk senyuman itu beruang kutub pun sanggup guling-guling di gurun sahara. Aku pun pulak sanggup guling-guling atas karpet. hehe.
bijak dan matang dalam memberikan pendapat - Sekadar gambar hiasan
"Abang suka tengok senyuman Mira, manis laa" dan sejurus ayat itu keluar dari mulutku, aku tengok dia tertunduk dan kontrol ayu skit. buat-buat serius la konon. hehehe. dan aku meneruskan ayat aku yang tergantung tadi "Abang rasa Mira ni seorang yang bijak dan matang dalam memberikan pendapat, Mira ni jenis very hornest, very frunk dan pendapat Mira memang kehadapan dan berwawasan.. sebab tu abang suka bersembang dengan Mira"
Ayat tu sebenarnya aku fikirkan dari aku ambil Mira pagi-pagi lagi, dan aku rasakan ianya boleh tahan power. Perempuan sekarang dah pandai beb, mereka dah jarang sangat nak terima pujian pasal kecantikan atau budi bahasa. Yang buat perangai macam tu cuma jenis romeo zaman purba. Perempuan sekarang dah pandai membaca dan menilai bahawa pujian-pujian jenis inilah yang banyak menjahanamkan kaum mereka.
apa-apa sekalipun akan kembang jika kita menobatkan mereka adalah orang yang paling bijak pandai - Sekadar gambar hiasan ________________________________________________
Tapi berbeza dengan pujian yang berkaitan IQ dan kebijaksanaan dan sikap. Aci kerat papan aku grenti bukan takat hidung mereka saja yang kembang.. malah kepala atau apa-apa sekalipun akan kembang jika kita menobatkan mereka adalah orang yang paling bijak pandai di dunia dan mereka juga seorang yang jujur dan suka berterus-terang.
Mira kemudian membalas "Abang ni.. ada-ada je"
dan ayat macam tu biasanya ayat yang positif, macam baru lepas malam pertama je bunyinya. hehe. Dan aku pasti yang Mira sedikit sebanyak dah termakan dengan pujian itu.
hargai gadis idaman anda - sekadar gambar hiasan ________________________________
Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian juga, wanita ini tak adalah nak terima pujian sangat kecuali pujian itu memang diutarakan dengan gaya dan penyampaian yang baik. Wanita sebenarnya makhluk yang ingin sentiasa dihargai. Contohnya peristiwa pengalaman aku dan awek sulung aku, dia suka bancuh milo kalau aku betandang ke rumahnya. Kalau la Milo yang dia buat aku habiskan walaupun sedetik pun aku tak puji yang ianya sedap tapi nescaya lain kali bancuhan yang akan dibuat lain kali berada dalam bekas yang lebih besar dan kuantitinya dah tentu makin banyak. Sebaliknya pula berlaku bila aku cuma minum seteguk dua, si sulung itu boleh hilang mood sampai 4-5 hari. Kalau peristiwa macam tu berlaku dia layan aku macam baru nampak aku ni baru keluar hotel sambil pimpin tangan awek lain. Itulah perempuan.
So nasihat aku sentiasalah hargai gadis idaman anda atau isteri anda walau apa keadaan sekalipun, habiskan air bancuhannya walaupun time tu tuan-tuan dah kenyang. hehe.
Err.... banyak lak aku melalut hari ni kan..... pasal Mira..... nanti aku ceritakan di episod akan datang.......
"dah habis mengayat budak tu?" dan aku balas "mengayat apa? lain macam
je Mira, jelos ek?.. hehe" dan Mira balas "elehhh... macam orang tak
kenal die, dari kecik lagi kita berkawan bang..." dan kalau situasi
macam ni jangan dibiarkan berlarutan tau, kena pandai handle la, aku
kemudian membalas "ada-ada je Mira ni, abang ambil banyak tu
makanan..nanti pandai2 la Mira habiskan" dan Mira balas balik "Ish
abang nih, takkan nak suruh Mira gemuk pulak?"
Aku tersenyum pada Mira dan Mira juga sama - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________
Aku tersenyum pada Mira dan Mira juga sama dan aku harap Mira tidak ungkit lagi pasal aku mengayat si manis pembantu kedai tu. Tapi dalam fikiran aku bagus juga kalau dapat berkenalan dengan gadis yang tengah study kat KL tu. Sekurangnya kalau aku 'tersesat' jalan di KL nanti ada la juga nombor telefon yang boleh aku hubungi. hehehe. (macam la tak biasa dok KL, tipu la kalau PPKP keluaran IKU dulu tak tahu jalan di KL). Tapi kebarangkalian untuk aku tersesat di KL juga memang ada, memandangkan KL sentiasa berubah-ubah tak mustahil aku akan tersesat di sana. Pernah kawan aku tersesat tengah2 malam dan pagi baru balik, yang aku heran baju dia berbau minyak wangi yang aku rasa milik nyonya mana tah padahal kawan aku ni merupakan spesis paling malas beli minyak wangi dan tak pernah sembur badan dia dengan mana-mana wangian. Lantak la, tu dia punya pasal.
Memang lengkap untuk dijadikan sebagai gadis idaman - Sekadar gambar hiasan
______________________________________________
Mira memang lembut dan sopan. Cara dia makan memang lembut dan aku benar-benar kagum akan kelembutan Mira. Sekali lagi darjah penghormatan aku pada Mira naik. Mira memang layak dihormati kerana dia bukan saja berwajah jelita, tapi lemah lembut dan cukup sopan. Memang lengkap untuk dijadikan sebagai gadis idaman. Soalnya dapatkah aku memiliki gadis idaman ini? padahal diri aku sendiri belum tentu jadi jejaka idamannya. Kalau la aku benar-benar dijodohkan dengan Mira ianya memang benar-benar benda paling ajaib di dunia, malah lebih ajaib dari Taman tergantung babylon, atau Tembok besar China, atau Piramid di Mesir atau apa-apa saja.
Soal jodoh kita cuma boleh berusaha - sekadar gambar hiasan
________________________________________
Aku belek tangan aku dan aku yakin bahawa jodoh bukan terletak disitu, dan untuk ingatkan diri sendiri dan anda semua bahawa soal jodoh ianya adalah kerja tuhan dan kita cuma boleh berusaha. Bercintalah bagai nak rak sanggup berenang laut api atau sanggup daki gunung tinggi atau apa sahaja yang seumpamanya, kalau bukan jodoh sampai masa akad nikah pun hati boleh berubah. Ada kawan kepada kawan aku dulu siap akad nikah dah masuk bilik, sudah naik katil dan sudah ada dalam selimut (berapa banyak 'sudah' daaa..hehehe) tau-tau boleh mati kena sakit jantung.
memberi harapan pula adalah soal lain - sekadar gamabr hiasan
_______________________________________________
Berpandukan contoh diatas itulah aku tidak berapa berani mengharapkan sangat kepada seseorang yang mempunyai hati dan perasaan. Seperti pasir di tepi pandai, hati dan perasaan juga boleh dan cepat berubah. Tapi sekali lagi aku nak tekankan disini bahawa hal-hal yang berkaitan dengan memberi harapan pula adalah soal lain, itu adalah tugas aku. Tugas yang perlu aku lakukan demi membahagiakan makhluk yang comel dan berlekuk-lekuk itu. Dan biarlah aku teruskan tugas itu selama mana yang boleh. Tujuan aku adalah satu, ingin memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka yang bernama wanita.
tidak keberatan untuk memberikan kasih sayang - sekadar gambar hiasan
_____________________________________________
Aku adalah lelaki yang bersifat adil, dan berasaskan sifat aku itulah aku tidak keberatan untuk memberikan kasih sayang yang sama banyak antara Mira dengan mana-mana gadis yang sudah menjadi awek aku.
Mira masih menjamu selera dan aku pun sama, tapi dalam hati aku memang banyak persoalan serta kemungkinan yang aku fikirkan, bila balik nanti adakah aku masih berpeluang untuk keluar berduaan dengan Mira lagi seperti hati ini? adakah Mira akan lupakan saat yang aku rasa indah ini nanti? dan adakah Mira tidak mempunyai perasaan yang sama macam aku sekarang? serta banyak lagi eprsoalan yang tidak dapat aku taip satu persatu untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian baca. Cukuplah aku katakan bahawa Mira cukup-cukup istimewa dan aku ingin sekali milikinya.
dan seterusnya......
bersambung lagi.........
pastikan anda membaca isu akan datang dengan plot cerita yang lebih hebat.......
"eh abang...... sengihh je sorang-sorang dari tadi, apa kena abang ni?"
tiba-tiba soalan Mira merencatkan khayalan nakal aku tadi dan dengan
spontan aku jawab "errrr... takde ape-ape la Mira, cuma teringat masa
abang nak pinjam kereta ni dari adik abang tu semalam.. macam-macam
syarat dia bagi.. sayang betul kereta dia" fuhh.. lega kerana akal aku
cepat berfikir untuk memberi sebab musabab sebab aku sengih
sorang-sorang tadi, kalau la Mira tahu sebab yang betul aku
sengih-sengih tadi mati aku.
Sekarang adalah babak aku dengan Mira berada di PCB, dan sekali lagi kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu PCB tu apa jangan pulak semak di website 'Tourism Mexico' tak pun 'Tourism Haiti' kalau kat sana ada tempat bernama PCB pun belum tentu macam PCB yang aku ceritakan kat sini. err... Melalut plak aku, tp biasa la kan, untuk penjangkan cerita aku ni. hehehe.. PCB ni walaupun tak seindah di pandai yang terdapat di kampung halaman aku ia cukup memberi kesan pada jejaka ini. Tempat ni la jadi tempat lepak aku zaman aku remaja dulu dan ia sudah banyak berubah, kalau dulu kita boleh mandi manda di sini, tapi tidak lagi sekarang. Dengan ditambak oleh batu-batu agak mustahil untuk aku rasa keseronokan mandi-manda seperti mana masa dulu-dulu. Yang cuba boleh aku buat adalah minum air kelapa dan menikmati makanan laut dengan di caj kadar harga yang 'boleh tahan jugak' (paham-paham sendiri la).
Mira cukup-cukup istimewa - sekadar gambar hiasan
____________________________________
Aku memilih untuk berada di meja paling hujung dan cuma dibayangi payung, Kalau Mira panas skalipun aku rela menjadi payung dia. Iya... Mira cukup-cukup istimewa, Jangan kata jadi payung... aci kerat apa-apa pun kalau Prof Clone yang terpandang Mira maka akan sangup beliau menjadi kotak mancis. Hehe. Apa kena kotak mancis dengan cerita ini?? lantak la...
Dan aku memang rasa nak jatuh cinta sekali lagi - sekadar gambar hiasan
___________________________________________
Lepas duduk di tempat pilihan, kami didatangi pelayan kedai untuk meminta 'oder'. Errr.... air liur aku tertelan beberapa kali dalam waktu yang singkat. Mata aku sekali lagi 'ter'tengok keindahan ciptaan tuhan. Sekali lagi aku terpegun dengan kaum yang comel yakni kaum wanita. Kaum yang dicipta untuk melengkapi kehadiran kaum yang gagak yakni lelaki di muka bumi ini. Dan aku memang rasa nak jatuh cinta sekali lagi, kali ini dengan pelayan kedai tu pulak. hehehe. Dia memang comel, ada lesung pipit dipipi sebelah kanan. Nasib baik la ada Mira kat depan, kalau tak grenti aku ajak dia minum sekali dan no. telefon kami pasti dah bertukar sekarang. Tapi aku tak boleh buat macam tu depan Mira.
sekali awek tu senyum memang bagai nak luruh jantung aku - sekadar gamabr hiasan
_____________________________________________
"abe & akak nok minum gapo?" soal gadis tu pada kami, dan aku jawab "i (air) love u ada?" hehehe.... untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dilog macam tu skali lagi terluah cuma dalam hati saje, sebaliknya aku tanya dia "apa yang special kat sini?" padahal aku dah tahu, kat kedai tu paling best pun ABC dengan air kelapa jer. Sifu aku berpesan, kalau jumpa awek cun contohnya kat kaunter atau situasi macam aku ni dan pada masa yang sama kita bawa awek lain paling kita boleh buat pun melengahkan awek itu dari cepat blah dari situ. So pandai-pandai la korang tak tanya apa, tapi pastikan soalan yang ditanya tu adalah logik dengan situasi tersebut. Tapi betul aku nak cakap ni, sekali awek tu senyum memang bagai nak luruh jantung aku.... menawan dan galak. Dengan mengenakan T-shirt pink dan jeans biru dia serba ringkas tapi menawan.
Dalam situasi macam tu aku tak lupa kat Mira, takut Mira terperasan yang 'bakal' pakwe dia ni akan dikongsi bersama dengan gadis 'kedai makan' tu... hehehe... kan haru..... dan aku tanya "Mira nak minum apa?" dan Mira cuma mintak air kelapa. Aku pun memilih menu air yang sama dengan Mira. gadis kedai makan tu kemudian menjelaskan "kalau nak makanan nnti pilih sendiri kat meja tu ek" dan aku bangun sambil menyuruh Mira menunggu untuk aku pilih makanan laut.
tak dapat no. telefon, dapat sembang macam ni pun kira jadik laaa - sekadar gambar hiasan
_________________________________________
'Oder' aku dan Mira tadi diberi kepada seorang lagi kawannya dan dia kembali ke bahagian makanan. Sekarang aku ada sedikit peluang nak sembang dengan dia. hehehe. Mana boleh lepas beb... walaupun lama aku tak datang aku hentam je soalan "adik ni pekerja baru ke? tak penah nampak pun?" dan dia balas sambil tersenyum manis "memang la tak pernah nampak, hari ni saya tolong mak cik saya jaga kedai. tinggal kat rumah pun boring gak" dan sambil memilih makanan sambil juga aku balas jawapan dia tadi "patut pun tak pernah nampak, tapi adik tinggal kat mana?" dan dia balas "saya study kat KL, jarang-jarang balik memang selalu lepak sini". Dan aku taknak lepas peluang skali lagi merenung mata dia, dan dia sekali lagi senyum.. memang pemurah dengan senyuman la gadis ni. Tak dapat no. telefon, dapat sembang macam ni pun kira jadik laaa.... hehehe.
Mira tersenyum. Wow.... manis..menawan - sekadar gambar hiasan
_________________________________________
Habis memilih makanan aku kembali ke tempat Mira dan tunggu makanan tadi dipanaskan. Mira tersenyum. Wow.... manis..menawan... Sejak mula-mula berjumpa lepas lama tak jumpa aku dah suka senyuman milik gadis di depan aku ni. Dan dia kemudiannya meluahkan ayat yang macam menarik jantung aku keluar "dah habis mengayat budak tu?" dan aku balas "mengayat apa? lain macam je Mira, jelos ek?.. hehe" dan Mira balas "elehhh... macam orang tak kenal die, dari kecik lagi kita berkawan bang..." dan kalau situasi macam ni jangan dibiarkan berlarutan tau, kena pandai handle la, aku kemudian membalas "ada-ada je Mira ni, abang ambil banyak tu makanan..nanti pandai2 la Mira habiskan" dan Mira balas balik "Ish abang nih, takkan nak suruh Mira gemuk pulak?"
Fuhhhh... lega beb.... aku berjaya pesongkan topik tadi.
Berdosakah diriku Terpaksa melepaskan Cintamu yang serapuh Dahan nan kering usang Yang akhirnya kan patah Terhempa gemeretap Oh sungguh memilukan Tak dapat ku bayangkan
Seribu kali sayang Sangkaku kan ke mati Cerita kasih kita Rupanya seketika Setelah merelakan Setelah kau bisikkan Segugus janji-janji Tergamak kau mungkiri
Apakah sebenar yang terjadi Hingga kau bersikap demikian Sedangkan kau Sesungguhnya percaya Kasihku tak berbelah bagi
( korus ) Aduhai Tak sanggup ku kenangkan Semua telah nyata Cintamu gurauan Datang dan hilang Semahu hatimu Itulah falsafah Pegangan cintamu Namun harus kau ingat Hati yangmanakah Selamanya kan sabar
Bila debunga cinta Gugur layu terkulai Sepi menyelubungi Hatiku yang kini melara Pudar bersama masa Cinta semusim kita Yang tak bisa Bertaut kembali
Telah aku menduga Tiada indah mewangi Hanya bersanding dikau Berpura cinta dan berbudi Bukan membalas cinta Yang lahir dari hati Mu yang suci Cinta yang abadi
Oh tak ku menduga mengapa Bisa terjadi sebegini Ku fikir selama-lamanya Ini cinta kita hati ke hati Dimana janjimu katamu Akulah milikmu abadi Oh tak mingkin ini hanyalah Semata-mata sandiwara
Jika itu kehendakmu Mungkin nanti Satu waktu Kau kan kesal Hingga ke akhir hayatmu
Suatu hari dia dan aku Episod : Kedua (Terakhir) Oleh: Lord Vlad
IMBAS KEMBALI DARI EPISOD PERTAMA:
Kalau ditanya adakah ank mak aku ini sudah jatuh cinta lagi? jawapannya
adalah Iya...iya dan iya..... aku memang jatuh cinta lagi, dan pada
siapa aku jatuh cinta, sudah pastilah ianya gadis yang aku ceritakan
sebentar tadi, gadis Shah Alam. Kalau la mak aku tahu cerita ini, dah
pasti dia guling2 kegembiraan dek kerana merasakan aku akan memulakan
zaman baru iaitu zaman yang akan menyaksikan aku bakal diiringi
kemana-mana saja oleh seorang insan bernama wanita. iya.. dia adalah
gadis Shah Alam, dan ada antara korang di forum ini mengenalinya. Siapa
dia? hehehehe.......
Siapa dia? adakah kalian semua sudah kenal atau tahu atau dah ada bayangan? kalau ditanya pada aku dah tentu aku takkan jawab siapa dia. Hehe. Yang pasti dia adalah gadis yang cantik, menawan, elegan, aktif dan menarik dari segala segi. Dapat mengenalinya pun sudah mampu buat aku jadi bangga dan teruja apatah lagi kalau aku dapat memiliki hati gadis yang berkulit putih ini.
Kalau la dia kerja di kaunter KTMB alamat kaya cepat la tokey KTMB tu
__________________________________
Sekali lagi ingin aku jelaskan pada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sekali lagi aku ulang apa yang aku dalam keluaran yang lepas. Dan sekali lagi aku jelaskan yang aku memang tak jemu untuk menulis (menaip) ayat ini. Semuanya tentang dia, tentang gadis Shah Alam yang sudah menawan hampir sepenuhnya hati anak mak aku ini (aku laa tu). Iya, yang aku ingin ulang cerita (ala-ala ulang tanyang...atau imbas kembali mcm komik hong kong atau cerita-cerita filem la). Dan ayat yang aku maksudkan itu adalah senyuman dia... iya senyuman dia memang mengancam dan mampu mencairkan apa saja yang beku, kalau keluaran lepas aku umpamakan planet pluto pun boleh cair, kali ini aku ambil contoh yang dekat dengan kita saja. Mudah sikit saudara-saudari nak bayangkan. Kalau la kutub utara dan kutub selatan itu berperasaan seperti seorang lelaki, dan hati pula adalah diumpamakan air yang membeku, sudah pasti kali ini kutub utara dn kutub selatan itu akan tewas dek senyuman dia.. akan cairlah kedua-dua kutub itu nanti dan kita patut bersyukur kerana kutub-kutub itu bukan seorang manusia bernama lelaki. Iya. kalaulah kedua-dua kutub ini lelaki maka akan tewas dia di bawah senyuman gadis sehebat gadis Shah Alam ini. Yang mencair, nasiblah cuma hati aku ini, dan bukan kedua-dua kutub itu. Bercakap pasal cair-mencair ini ingin aku jelaskan bahawa aku sudah laluinya. Hati aku benar-benar mencair kerana dia. Kerana gadis Shah Alam.
Semasa aku berkomunikasi dengannya, aku rasa akulah lelaki paling bertuah di dunia kerana mampu untuk membuat si comel itu menyedari kewujudan aku, bukan senang beb untuk mencuri sedikit perhatian dari gadis yang menawan macam dia, kalau la dia kerja di kaunter KTMB alamat kaya cepat la tokey KTMB tu, silap-silap hari bulan kereta api kosong, tapi orang pakat nak beli tiket semata-mana untuk buat modal berjumpa dengan dia. Tarikannya begitu kuat dan kalau la aku disuruh berlumba pecut 100 meter dengan Usain Bolt dan gadis ini pulak ada tempat reben penamat silap-silap Usain Bolt pun akan kalah dengan aku. Tapi kemungkinan kedua plak tak dapat aku nak bayang, kot-kot aku masih dok terbongkok kat garisan permulaan si Usain Bolt ni plak dah sampai dulu kat garisan penamat dek kerana dia pun tertawan dengan gadis Shah Alam ini.
Aku adalah salah seorang lelaki yang tewas dengan cinta pandang pertama
______________________________________________
Dan suatu hari aku dan dia bersama tuk beberapa ketika pun sudah cukup untuk aku mengingatinya hingga ke hari ini. Dan aku semakin percaya kepada kata-kata orang lama bahawa 'cinta pandang pertama' itu benar-benar wujud. Sekarang aku adalah salah seorang lelaki yang tewas dengan cinta pandang pertama yang keseterusnya, kali ini dengan gadis Shah Alam. Hehe. aku percaya, gadis ini mampu merubah segalanya tentang aku. Dan kalau la dia mensyaratkan aku perlu berjalan terbalik dari Shah Alam sampai Burma sebagai syarat untuk memilikinya skali pun aci kerat papan aku sanggup. Semuanya kerana dia. Kerana gadis Shah Alam yang benar-benar mencuri hatiku.
Adakah dia seperti aku? adakah dia juga turut jatuh hati dengan lelaki yang tak seberapa ini? dan adakah dia dapat rasakan apa yang aku rasa? ada sesuatu yang ingin aku luahkan pada dia, tapi tak mungkin aku dapat ucapkan perkara itu. Aku sebetulnya berhasrat dan berkeinginan untuk memiliki hatinya dan bersedia untuk menyerahkan sebahagian hati ini kepadanya. Err.... bab serah sepenuhnya hati itu sifu aku cakap jgn buat benda macam tu, hati seorang lelaki sebanarnya bukan hak mutlak untuk seorang wanita sebaliknya ia adalah hak bersama untuk beberapa wanita. Dan atas dasar nasihat dan kata-kata keramat dari sifu aku itulah aku berikan sebahagian dari hati ini. tapi harus diingat, terutamanya kepada golongan comel iaitu mereka yang segolongan si cantik dari Shah Alam ini (puak pompuan laa tuuu) bahawa walaupun lelaki menyerahkan sebahagian saja hatinya kepada seseorang wanita tapi kasih-sayang dan tahap pengharmatan lelaki kepada golongan wanita tetap macam air di laut atau seluas alam semesta ini. Itulah kasih sayang lelaki yang tiada bandingan.
Penantian aku terhadap dia tiada tarikh luputnya
______________________________________
Berbalik pada si comel dari Shah Alam ini, aku cuma dapat memutuskan pendirian bahawa segala apa yang berlaku pada masa akan datang biarlah ditentukan oleh takdir. Kerja jodoh dan pertemuan ini bukan kerja kita dan bagi aku pula cuma mampu berharap bahawa suatu hari nanti dia akan menyedari bahawa ada seorang lelaki yang bersedia dan sentiasa menanti dia seadanya dan sudah pasti penantian itu tiada tarikh luputnya. Dan lelaki itu adalah aku.
Aku adalah insan yang tak punya Cuma rasa cinta membara Lalu tercipta rinduku padanya Kerana cinta bahagia
Pujangga menyatakan oh cinta berharga Dari emas dan permata Lalu ku bawa cinta di persada jiwa Sinar menyuluh gelita
Sewaktu debar cintamu terasa melanda Bangkit rinduku padamu di ketika itu Lalu tersentak diriku sedari lamunan Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan
Aku adalah insan yang tak punya Kilauan emas permata Lalu kucuba menaburi cinta Bagimu tiada nilainya Tiada harta dan cinta