Salam semua, kali ni kita tinggalkan dulu seketika sambungan cerita 'awek satu kampung', jgn risau bah... nnti kamek sambung lagi... hehehehe....
Dia memang gadis yang dicari-cari oleh semua jejaka di muka bumi ini - sekadar gambar hiasan
_____________________
Sebenarnya aku ingin ceritakan satu kisah yang lebih menarik, tapi tidak bermaksud kisah 'awek satu kampung' tu tak menarik, tapi sementara masih fresh nih ok la aku nak ceritakan. Betul tak??? ada setuju semua? yang ingin aku ceritakan disini adalah berkenaan seorang awek, dia memang berbeza... seperti tajuk yang aku letak diatas, memang dia berbeza dari yang aku jumpa. Kalaulah dia betul-betul nak kat aku... aci disuruh noriatul kerja sebagai penolak ombak pun aku berani.
Selain mempunyai kelembutan, gadis tersebut memiliki wajah yang cantik dan menarik persis secantik falci - sekadar gambar hiasan
________________________
Awek yang aku maksudkan ini memang cukup-cukup bersopan, lemah lembut dan mempunyai sifat keibuan yang jelas. Kalaulah dia lalu tengah2 hutan, aci kerat papan aku berani bertaruh bahawa sang gajah, sang rimau dan segala macam sang lagi pasti akan membuat jalan untuk memudahkan si gadis yg aku maksudkan ini melalui dengan mudah. Dah pasti sesiapa pun akan hargai dia.
Aku pasti sesiapa jua yg memilikinya sudah pasti akan sentiasa menghargainya sehingga akhir hayat - sekadar gambar hiasan
___________________________
___________________________
Tapi aku sendiri tak pasti apakah aku layak untuk memiliki dia sedangkan aku dianggap macam2 oleh pelbagai orang walaupun ramai yang cakap aku nih budak baik dan ensem. hehehe. bukan angkat bakul tauk, tapi naik lif tekan butang... ramai wanita yg cakap aku ensem. hehehe. Betul, aku tak pasti hala tuju kedudukan aku dan dia, dia memang baik, penyayang, penyabar dan lemah lembut serta banyak lagi sifat kebaikan yang tak dapat aku nak taip semuanya.
Bertuahlah sesiapa yang memilikinya - sekadar gambar hiasan
______________________
Mengenalinyapun aku dah rasa cukup bertuah dan gembira apatah lagi jika aku dapat memiliki dia. Kalau la aku jalan-jalan tengah bandar dengan dia dan terjumpa LeeLeena, aku pasti LeeLeena akan terkebil-kebil macam baru lepas tertelan cicak. hehehe, dah pasti darjah jelos lelaki2 yang terlihat aku berjalan seiringan dengan gadis istimewa tersebut melampaui taham yang luar biasa, dah tentu mereka akan cakap "untungnya lelaki ensem tu coz dapat gadis yg cantik dan menawan tu".
Siapakah Gadis tersebut? - sekadar gambar hiasan
______________
Sekarang walaupun kami masing-masing mahukan antara satu sama lain, tapi aku terpaksa membuat keputusan iaitu biar masa dan waktu saja yang menentukan. Jika ditakdirkan memilikinya dah tentu akulah jejaka paling bertuah di dunia. Bukan bersikap @#$% sombong, tapi aku terpaksa putuskan keputusan sebegini kerana tidak mahu timbul sebarang masalah besar. Sepupu kawan aku pernah berkata, ada kalanya kalau kita mahukan seseorang kita kena jadi kawan dahulu dan urusan masa depan biarlah masa yang menentukan. errr.. dengar khabar sepupu kawan aku tu 3 kali frust sebab sifat tunggu dan lihatnya. kadang2 bila difikirkan kata2 dia memang betul, tapi kadang2 melihat pengalaman dia sendiri aku pun jadi keliru.
adakah gadis tersebut bernama cda? atau fieza? atau falci? atau bolej jadi sesiapa saja... tungguuuuu.. hehehe - sekadar gambar hiasan
________________________
Apa-apa pun aku memutuskan untuk menyerahkan kepada takdir dan waktu.
adious.......
jumpa lagi dalam sambungan "awek satu kampung part 5"
sape ek yg vlad maksudkan tu?mcm kenal je...
BalasPadam