Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.
Oleh SAYED HESHAM IDRIS hesham.idris@utusan.com.my
ISMAIL Sabri (kiri) bersama-sama Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (kanan), Presiden BAM, Datuk Nadzmi Mohd. Salleh (tengah) dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh (dua dari kanan) melihat Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.
KUALA LUMPUR – Nasib skuad bola sepak negara yang dibelasah oleh pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 5-0 pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 di sini Rabu lalu akan ditentukan pada 4 Februari ini.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tarikh itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membincangkan pelbagai aspek termasuk masa depan skuad bimbingan B. Sathianathan.
Beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada skuad bola sepak negara perlu dibubar atau sebaliknya.
‘‘Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan membincangkan semua aspek melibatkan perjalanan bola sepak negara seperti pengurusan pasukan, kewangan juga skuad bola sepak negara yang kalah kepada UAE tempoh hari.
‘‘Tengoklah nanti apa hasil mesyuarat tersebut. Ketika itu nanti barulah kita boleh membuat keputusan tentang masa depan skuad yang ada sekarang.
‘‘Saya tidak mahu membuat apa juga keputusan mengenai masa depan skuad bola sepak yang ada sekarang selagi saya tidak menemui FAM,’’ katanya selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, semalam.
Beliau mengulas desakan para pemimpin dan tokoh sukan supaya skuad kebangsaan yang kalah kepada UAE tempoh hari dibubar dan ganti dengan pemain muda.
Rata-rata berpendapat pemain veteran perlu diketepikan selepas terbukti gagal meningkatkan mutu bola sepak negara.
Kekalahan terbaru itu meneruskan kritikan skuad kebangsaan selepas episod malang apabila gagal melepasi saingan peringkat kumpulan kejohanan Piala Suzuki AFF di Phuket bulan lalu.
Kemarahan peminat tidak dapat dibendung apabila penonton yang menyaksikan perlawanan di Stadium Bola Sepak Cheras Rabu lalu bertindak membaling botol air mineral ke arah Sathianathan tetapi terkena jurulatih UAE, Dominique Bathenay.
Ditanya mengenai kekalahan skuad negara Isnin lalu, Ismail Sabri berkata, kekalahan tersebut memalukan jadi tidak hairan jika peminat marah.
‘‘Walaupun saya tidak terkejut dengan kekalahan tersebut, saya tidak sangka kita boleh kalah sehingga lima gol tanpa balas.
‘‘Bagi saya kekalahan itu tidak munasabah. Jika para pemain berasa malu dengan kekalahan tersebut, para peminat lebih berasa malu apabila kalah dalam keadaan sedemikian,’’ katanya.
Bertemu kembali kita di ruangan ini. Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan tahu, aku ada cakap pada artikel yg lepas bahawa tajuk seterusnya adalah “awek satu kampung”. Idea untuk memperkatakan tajuk nih timbul bila aku teringatkan peristiwa yang berlaku semasa aku balik kampung baru-baru ni semasa cuti Aidiladha. Aku balik lama la jugak.. 2 minggu kot. Biasa la, sekali sekala balik kampung biar la lama skit kan?
Boleh pusing2 semua tempat yang kita pusing masa sekolah-sekolah dulu. Seperti biasa la, bila balik kampung Honda City adik aku la yang jadi mangsa, hehehe.. dia tak boleh nak kata apa pasal sekurangnya aku masih ada syer terhadap kereta tersebut, masa dia nak bayar muka dulu pada abang dia nih la yang dimintanya, sebagai seorang abang yang baik aku tak keberatan menyumbang walaupun time masa aku transfer Ringgit Malaysia tu muka macam tokey IMF bagi pinjam kat Osama Laden.
Adakah Mira mempunyai paras yg cantik persis falci? - sekadar gambar hiasan ___________________________________________________
Ops, dah memalut rupanya aku nih, hehehe. Biasa la, aku pun nak panjangkan tulisan aku jugak mcm novel2 cinta yang banyak kat pasaran tu. Citer pasal nak balik kampung tup-tup melalut sampai zaman kanak2, pokok pisang, buah ceri, roti canai dan macam2 lagi cerita sampingan bagi memanjangkan novel mereka. Aku pun macam tu jugak la kali nih. Jangan marah beb, hehehe.
Seperti biasa la bila dah balik kampung, aku akan akan ajak sorang member untuk temankan aku merayau sana-sini. Dan yang selalu jadi mangsa aku adalah Din Singa (bukan nama sebenar) iaitu sahabat baik aku merangkap tokey dedak ayam dan burung. Hehehe. Dan seperti biasa, jarang sangat member aku tu menolak pelawaan aku untuk merayau habiskan minyak dan masa.
Seluruh pelusuk tempat kalau boleh aku nak pergi, maklum laa… sekali sekala balik kampung. Ada kalanya aku ke Ibu Negeri aku untuk cari sebuah klinik yang pekerjanya seorang gadis yang budiman dan menawan, saper gadis tu? Hehehe.. tak mau citer la. Nanti kantoi, aku malu dia pun malu. Orang kata kalau berminat kat seseorang tu tengok bumbung rumah pun jadi la, ni aku tak tau rumah dia. Yang aku tahu cuma klinik tempat dia bekerja jer, so rasanya aku dah jumpa klinik tu. Sajer2 aku lepak setengah jam tanpa buat ape2 pun, sampai tokey dedak sebelah aku tu bengang. So nak lama2 kat situ tak boleh la. Errrr… sebenarnya bukan pasal awek nih yang aku nak cerita, mungkin next aku citer pasal dia ek.
Lelaki mudah jatuh cinta pada gadis yang comel secomel cda - sekadar gembar hiasan _______________________________________________
Hari tu aku Cuma ke pekan berhampiran dengan kediaman aku jer, macam biasa la, tokey dedak sorang tu tetap setia dengan sahabatnya ni. Sebagai tokey seperti kebanyakan melayu lain, kawan aku tu pun jarang2 ada kat kedai dia tu. Dia cakap apekejadahnya ada 2-3 orang pembantu kalau tak boleh buat time dia takde.
Aku singgah di salah sebuah warung kepunyaan sahabat aku jugak, biasa la.. selain dapat jumpa kawan lama, boleh jugak makan free. Hehehe. Best woo makan free, nikmat yang tidak terhingga. Aku tinggalkan si tokey warung tu berbual dengan tokey dedak tu seketika untuk beli surat khabar, memang kebiasaan aku memang suka beli surat khabar walaupun warung member aku tu dah ada surat khabar untuk bacaan pelanggangnya. Lepas abis semua prosedur untuk memiliki surat khabar tersebut dan selesai memberi Ringgit Malaysia dan baki aku dipulangkan aku melintas jalan untuk kembali ke tempat dua tokey tadi berbual, masa tiba di kaki lima warung member aku tu tetiba aku ditegur oleh seseorang. “Oh tuhan, indahnya isi alam ciptaan kamu, aku cukup terpegun dan teruja bila ditegur oleh si manis tersebut” tu adalah dialog dalam hati aku la… dia memang cantik, menawan dan aku memang tertawan. Adakah aku jatuh cinta sekali lagi untuk bulan ini? Sama-sama kita nantikan.
ficus juga memiliki ciri-ciri sebagai gadis idaman - sekadar gamabr hiasan __________________________________
Berikut adalah dialog yang aku ingat masa perbualan tu:-
Mira (bukan nama sebenar: eh bang, laju jer.. tak tengok kiri-kanan! Aku: errr… Mira (bukan nama sebenar…. Nama sebenar kena rahsia tau) kan?? Mira: Mira la ni, dah lupa ek? Aku: hehe… buka lupa la Mira, tapi saje buat-buat lupa. Macam citer drama melayu la. Mira: (sambl tersenyum manis) ada2 jer abang nih. Bila abang balik ni?
Soalan yang cukup manis dikeluarkan dari mulut yang manis kepada seorang jejaka yang boleh tahan jugak la rupanya, hehehe. Ok.. sambung perlualan kami.
Aku: dah 2-3 hari. Mira pulak bila balk nih? Mira: balik apa, mira memang dah berbulan dok kampung Aku: yak e? then how about your study? Mira: dah habis laaa…. Takkan dok saje2 kot kat kampung nih. Aku: yak ke? Laa… mati2 abang ingakan nih 1st year Mira. Tup2 dah abis study ek? Mira: alah abang nih, nama jer sama2 tinggal kat Sarawak, tapi tak pernah pun ambik tahu hal Mira. Aku: Mira pun sama, tak pernah dating cari abang Mira: eleh abang nih… 2-3 kali Mira call abang tau. Aku: bila? Mira: awal tahun, tapi tuan punya telepon tu banyak songeh lak, malas la Mira nak call.
Sedang dok sembang dengan awek tu, ada 4 mata yang aku tengok macam nak tersembur keluar jer sedang memandang aku. Tak lain tak bukan mata-mata tu milik tokey dedak dan tokey warung. Hehehe. Tapi aku buat2 tak peduli jer la. Ok.. sambung dialog aku dan awek tu:-
Aku: Mira dari mana nih? Mira: Mira ambik gambar kat kedai sebelah tu, nak isi boring kerja. Aku: bagus la macam tu… Mira: bang, Mira nak balik dulu la, nanti bebel pulak mak kat rumah tu. Aku: nak abang hantar tak? Mira: eh.. tak payah la bang, Mira dating dnegan motor tu. Eh, mintak no. hp abang. Mana la tau Mira ke Sarawak lagi nanti, boleh juga Mira call and then jumpa abang. Aku: nombor macam dulu jugak la, tak tukar pun. Mira: leceh la abang nih, telefon tak pernah nak dapat. Aku: nombor mira mana? Mira: malam nih Mira call abang, nanti abang store aja nombor tu…so pastikan hp abang tu bukak tau. Aku: missed call skarang la, nanti boleh abang call malam nih. Mira: hp Mira kat rumah, tinggal tadi sebab bateri takde.
Dia pun meminta diri, dan dalam dia tengah berjalan menuju ke motosikalnya sempat lagi di menoleh manja pada aku dan memberikan senyuman. Pergghhhh! Manisnya…. Comelnyaaaa….. ayunyaa…… aku dah jatuh cinta lagi laaa….. aku grenti, cacing dalam tanah pun pasti akan keluar untuk tengok senyuman dia.
Aku pulak, dengan muka yang tenang walaupun hati yang rasa nak melompat, membalas balik senyuman dia. Rasanya senyuman aku tu pun cukup-cukup manis semanis Tokey bas pada musim perayaan. Tapi kalau la terlupa yang kami sekarang berada di pekan yang kecil dan kebanyakan mata pulak banyak menghala kea rah kami, aku yakin demi terpandang senyuman aku tadi Mira akan berpatah balik .
Adakah Mira setanding dengan kejelitaan Fieza?? - sekadar gambar hiasan _______________________________________
Aku tercegat macam jaga baru 2 hari bekerja di kaki lima kedai tu dan setia memerhatikan dia. Masa dia naik motor dan berlalu pergi tapi masih sempat melambaikan tangan kearahku. Wow…. Memang bahagia rasanya detik tu. Rasanya ingin aku berikan mak aku seorang menantu tang2 tu gak. Bila dia hilang dari pandangan aku, barulah aku kembali ke warung member aku tu.
Apakah yang terjadi selepas itu? Apakah pandangan dan pendapat 2 tokey iaitu tokey dedak dan tokey warung itu? Apakah pandangan anda semua? Sama-sama kita nantikan sambungannya selepas ini….
Semenjak kau pergi, setiap hari, setiap detik kau dihati, dah begitulah ia... selamanya....
ayat atas tu pembukaan jer.. dipetik dari salah sebuah lagu KRU...
Seperti mat rempit yang hilang motor???? itulah perumpamaan yang aku lalui 2-3 minggu lepas... aku kehilangan seorang awek yang aku klasifikasikan sebagai separa rasmi, maybe kalau kami lama bersama dah tentu aku naiktarafkan dia sebagai awek rasmi... nak kata cun... memang betul cun pun.... perumpamaan yg aku dapat cakap kat sini dia setanding dengan kecantikan milik laura, cukup sopan seperti cda, ada la nakal skit2 mcm noni dan keayuannya tak kalah berbanding fieza.... tu cuma perumpamaan jer la... supaya korang dapat bayangkan gadis yg baru jer aku terlepas tu.
Begitu sukar untuk melupakan gadis secomel cda - sekadar gambar hiasan
Kehilangan dia amat dirasai kerana boleh dikatakan setiap malam kami berbalas sms, dia amat romantik dan ambil berat. aci kerat jari salmon aku berani bertaruh untuk gadis sehebat itu sanggup aku berenang dari Malaysia menuju ke Myammar walau hakikatnya aku mungkin akan lemas nnti, aku bukannya pandai berenang sangat. hehehe.
kesedihan kadang-kala membahagiakan insan lain - sekadar gambar hiasan
Sebenarnya awek tersebut terpaksa aku lepaskan atas dasar dia dah temui lelaki yg benar2 ingin melihat dia bahagia, lelaki yg sesuai dengan dia.. dan aku merelakan dia walau hakikat aku mmg sayangkan dia. tapi takper la, demi orang yg disayang aku mengalah jugak...
Dalam pada melayan kepala yg sedikit sadis tu, aku masih teringat kata2 sifu yang masih aku pegang sampai skarang - kesedihan tak semestinya diraikan dengan tangisan dan terus bersedih, selayaknya ditinggalkan/atau meninggalkan kekasih patut diraikan dengan keseronokan kerana kita akan ada banyak peluang untuk mencari yg lain, memberi harapan kepad ayg lain dan terus berbakti kepada wanita lain yg lebih memerlukan kasih sayang dari kita (dipetik dari kata2 sifu i).
adakah gadis yg dimaksudkan bernama cda? - sekadar gambar hiasan ___________________________
Sebenarnya hari nih aku sekadar nak ceritakan apa yg aku rasa perlu diceritakan, ape2 pun thread ini milik aku dan aku berhak cerita apa saja... betul tak? hehehe.. jgn mare...
Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari tahu tak apa perasaan aku ketika ini? yg aku cuma dapat bayangkan cuma macam bangla baru dapat gaji... gembira dan ceria bila dapat berkenalan dengan seorang gadis yg hebat serta budiman, tambah2 lagi gadis tersebut mengaku selesa berkawan dengan aku... errr.. sebenarnya aku tak kisah kalau gadis tersebut selesa untuk menganggap aku lebih dari kawan. Yang penting dia dah cakap dia senang berkawan dengan aku.... so dapat juga aku buat kesimpulan sendiri 'senang' yg di maksudkan dia adalah dia senang jika berjalan seiringan dengan aku.... adakah dia senang bila makan bersuap-suapan aku dan dia... adakah dia senang bila aku ajak main snooker... adakah dia senang bila diajak ke katil?? opsss!!! itu dah masuk bab lain.. korang jangan fikir bukan2 tauk.... tak baik... hehehe.
Apakah kejelitaannya setanding falci? - sekadar gambar hiasan. ______________________
Aci kerat ape2 pun aku berani bertaruh, kalau la aku berjalan seiringan dengan gadis tersebut grenti cicak yg melekat kat siling pun akan jatuh tatkala terpandang kejelitaan dan keayuan gadis tersebut. Budiman??? memang gadis tersebut budiman dan yg membuat aku makin kagum dengannya adalah dia sentiasa merendah diri... sentiasa menolak pujian walaupun beliau sememangnya layak dipuji. Jarang2 tauk jumpa gadis mcm nih.
Untuk gadis sehebat ini, terus terang aku cakap sanggup lakukan apa saja. kalau la antara kami ada lautan api, aku grenti akan renang juga.. err.. tapi selepas hujan laa... Sebenarnya aku mmg dah jatuh cinta dengan dia, tapi tah la... tak berani pulak aku nak cakap ape2 kat dia pasal benda yg aku rasa nih...
Bila fikir balik, perkara yg paling tak berani aku hadapi adalah si gadis tersebut dimiliki oleh orang lain selain dari aku.. bila fikir balik, perasaan jadi bercampur baur. kalau nak buat perumpamaan pula macam George W. Bush yang bangun dari tidur, buka2 jer mata Osama Laden ada kat kepala katil... gabra, susah hati dan macam2 perasaan lagi kalau disenaraikan disini mmg tak cukup ruang.
Bila fikir-balik, walaupun hidung aku nih boleh dikira mancung la jugak.. tapi masih belum pasti hidung yg mancung ini dapat menyentuh pipinya yg comel milik gadis yg hebat itu.. dia terlalu budiman untuk jejaka mcm aku, dia terlalu baik kalau nak dibandingkan aku yang tak seberapa ini. Walaupun dianggap ensem ramai wanita (hehehe.... jgn jelosss.. ini kenyataan aperrrr..) tapi bila dengan dia, aku rasa aku masih belum layak.
gadis budiman untuk jejaka budiman - sekadar gambar hiasan. _____________________
ok la semua, setakat ni dulu citer aku pada hari nih... aku sambung lain kali lak. opss.. jap lagi ada citer lain.. kalau sempat aku taip jap lagi.... kalau tak pun aku taip lain kali la... ni kisah masa aku balik kampung bercuti masa raya qurban baru-baru nih.... tajuknya 'Awek Satu Kampung'
Jumpa lagi kita di ruangan penuh ahngat ini... hehehe. hangat ke? sebenarnya banyak maklum balas yang aku terima berkenaan ruangan ini, ada yg mengutuk dan ada juga yg menyokong, ada juga yang mahu aku terus menulis (errr.. menaip) kerana tertarik dengan tulisan aku? hehehe.... menarik ke? tah la... aku taknak komen aper2.. kalian yang akan memberi markah dan penilaian.
amat sadis bagi lelaki yg mengecawakan harapan seorang wanita - sekadar gambar hiasan
Berbalik pada tajuk kita pada hari ini yang berbunyi "ketulusan romeo". pada pendapat aku, romeo yang sejati adalah romeo yang tulus dan patut dihargai tiap2 wanita, kenapa aku katakan begitu? kerana romeo yang dalam erti kata romeo sejati nih tidak akan sesekali mengecewakan wanita, malah akan menghormati dan menghargai kaum yang indah dan menarik di muka bumi itu. sebab tu bagi aku sendiri la, untuk menolak cinta seorang wanita itu umpama ingin meledakkan bom nuklear di tengah bandaraya yang padat. kenapa aku cakap mcm tu? meledak bom nuklear di bandaraya yg padat adalah satu perbuatan tidak beretika dan jika ianya berlaku, memang sadis la... begitulah pandangan aku terhadap harapan cinta seseorang wanita. tu pasal berapa ramai awek pun yg ingin bercinta dengan aku akan tetap aku terima hatta walau terpaksa berkorban. anggaplah kita lelaki nih sebagai lilin yg menerangi seluruh malam walaupun kita sendiri terbakar dan malap, tapi kita tetap sanggup.
wanita memerlukan cinta dan belaian seseorang bernama lelaki - sekadar gambar hiasan
tapi seringkali juga niat untuk membela kaum yg comel dan manja ini disalahertikan oleh banyak pihak. yg menyokong mmg tak berapa banyak, tapi yang menentang memang tak boleh dikira. ada yang kata lelaki romeo ni mempermainkan wanita, mengambil kesempatan dan banyak lagi. tapi tak terfikirkan mereka bahawa niat sebenar jejaka romeo sejati ni adalah untuk membela, melindungi dan memberi sinar harapan kepada wanita? cubalah berfikir dan meletakkan diri anda sebagai romeo sejati. kepada wanita pula, cuba anda fikir bahawa statistik andartu dan masalah mental dikalangan wanita akan bertambah jika tiada jejaka bernama romeo sejati. hanya romeo sejati saja yg tulus terhadap wanita.
sama2lah kita berdoa agar akan muncul lebih ramai romeo sejati..
Joget Cinta Pertama by Matt Romeo Terbitan Creative Enterprise Sdn bhd Tahun 1994
"Relakah emak melihat anak emak ini menderita? Sanggupkah emak melihat anak emak ini berbinikan perempuan yang bernama jantan? Sampai hatikah emak membiarkan anak emak memeluk kaki katil pada malam pengantinnya?"
Masa korek2 kotak kemas rumah kat kampung terserempak dgn buku lama ni. Ntah la sapa punya. Matt kembali dalam kisah Joget Cinta Pertama ini dan memang dari sekolah lagi tahap miang dia aduih.. bukan main. Matt ni dalam hati lain, cakap yg terkeluar lain. Control gitu. Disebabkan rasa sayang yg meluap2 buat haslinda dia mengirimkan warkah cinta kpd gadis cantik itu. Tak sangka pulak haslinda tu nak sambut salam cinta Si Matt hingga jadi couple glamer kat skolah.. first time aku baca pepatah ditelan mati katak diluah mati pucuk. aduih.. memang gelak jer biler layan citer nih.
Bukan saja haslinda yg syokkan Matt ada jugak la hati2 lain yg terpikat termasuklah sorang gadis bersama Azizan tapi matt terang-terangan reject sbb tak lawa. Percintaan dgn Haslinda telah menjadikan seorg yg lebih rajin belajar sbb Haslinda rajin bertanya tentang pelajaran kpdnya.
Walau bgmanapun ada pertelingkahan keluarga berkaitan dgn tanah Tokwan Matt dengan bapa Haslinda.. Berjayakah Matt berbinikan Haslinda?
sure fine whatever Rinn
Sinopsis belakang buku:
"MUlanya dia buat hal juga" "Hal macam mana?" "Dia terus buka seluar... huh, buruk betul. Nampak macam katak tak pakai baju!" "Ah, tak senonoh." Haslinda mencubit lenganku dan sekaligus memaksa aku mengaduh kecil. "Cakaplah betul-betul Matt... dia buat apa?" "Okey." Aku meneguk liur.
Sebenarnya topik kali ini merupakan penjelasan kepada satu kenyataan yang aku buat pada topik yang lepas, ramai yang tanya mcm mana aku gredkan awek dan tak kurang ada juga yang terkilan atau mungkin marah skit. jgn risau, bagi aku kemua wanita diatas muka bumi ini adalah layak untuk dicintai golongan yang gagah yakni golongan aku. ada yang PM bertanya apasal aku gred2kan awek, sorry la semua... sebenarnya aku belum habiskan ayat yang lepas tu tatkala masa time tu begitu suntuk kerana untuk kaum yang aku sayang juga, kesian la dia kan sebab ajak aku lunch. sebab tu aku takder masa nak habiskan ayat.
awek yang cun tak semestinya berada di gred teratas - sekadar gambar hiasan. ___________________________________
Gred tu sebenarnya diguna pakai untuk lelaki yang dikatakan romeo, atau lelaki yang pemurah dengan kasih sayang terhadap wanita iaitu lebih kurang yang mempunyai ramai awek. sebenarnya gred nih bukanlah yang membeza2kan kecantikan wanita ataupun diskriminasi yang melampau.
Sebenarnya gred yang dimaksudkan tu adalah mana2 yang menunjukkan kesungguhan terhadap kita, jika anda seorang romeo sekalipun tentu anda ada awek rasmi kan, so awek rasmi ni berada dikelas yang teratas la bagi apa2 keutamaan, ocntohnya kalau nak raya rumah dia tentu la lama skit, limit awek rasmi lak biasanya terhad. mungkin untuk seorang romeo ada 2-4 orang awek rasmin.
kelas pertengahan pula adalah awek separa rasmi, untuk awek kelas nih biasanya mungkin bila2 masa akan diangkat sebagai awek rasmi.
awek kelas yang tak utama adalah awek2 angkat jer, bermaksud bagi mana2 awek yang dikatogerikan takde balak atau awak yang kesorangan. so kita sebagai lelaki tak elok rasanya membiarkan seseorang awek tu tanpa perlindungan, so lelaki sejati wajib melantik seseorang wanita tu sebagai awek jika dia didapati solo, tiba masa dia dah ada balak baru kita terpaksa la melepaskannya. atau pun kalau sedara2 sayangkan awek dalam katogeri nih mungkin anda2 boleh naikkan taraf awek nih kebagai awek separa rasmi atau terus ke awek rasmi.
Apa2 pun gred awek2 yang anda dampingi mereka tetap seorang wanita yang memerlukan kasih sayang seorang lelaki yang gagah.. errr... seperti aku la kot.. (ambil contoh terdekat jer) hehehehe.
ok lah.. rasanya kecelaruan dah dijelaskan.. ada apa2 yang tak paham boleh tanya... aku akan jelaskan sampai semua faham.. tapi kalau banyak kali dah cakap tapi tak paham2 gak buat2 lah paham ek... hehehehe...
jumpa lagi baaa.....
untuk semua2 awek....
tata.. titi.. tutu...
jumpa di topik akan datang.
Selamat Hari Raya
salam semua....
apa polah kitak2 sekalian? ada baik? kamek tauk ramai lelengau (sangat rindu) sama kamek sitok (disini) terutama dipihak sumandak2 (gadis). hehehehe.. betul tak? hahaha, kalau cakap tak betul pun tapi dalam hati diaorang ni cakap betul, pastu siap senyum lagi.
rasanya kita masih dalam mood raya kan, so tak la lambat lagi untuk kamek mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada kitak2 sekalian, marilah kita menghulur tanpa tangan disini. errr... untuk awek2 kalau nak hulur moncong kat pipi ni pun boley gak..hehehehe... jgn mareee.... gurau je tok.
apakah gaya pilihan gadis secomel cda? - sekadar gambar hiasan
raya2 nih tentu awek secomel cda memilih untuk memilih pakaian yang setanding dengannya, bermakna tuan cantik pakaian pun cantik la. bagi yang dianggap sebagai mama lekuk2 seperti jue pulak mestilah bergaya dengan caranya sendiri. begitu juak dengan yang baru couple mcm nizamsha & salah sorang awek baru forum tu.. hehehehe.. tentu perancangannya nak pakai baju sedondong, tak dapat kamek bayangkan mereka pakai baju sama kaler pink. hahaahha.. jgn mare ba....
bagi yang romeo pulak mesti ada caranya sendiri, yang penting susun jadual. terlebih dahulu kena la cari list awek2 tu, kemudian buat satu jadial dan sebelah dia pulak buat masa lawatan. amat penting bagi romeo2 semua untuk mendisiplinkan masa, masa lawatan perlu dirancang dengan teliti. so jangka masa kita berada di sesebuah rumah awek tu perlu dirancang terlebih dahulu mengikut gred awek tu sendiri, pasal gred tu anda yang akan menentukan. contohnya kalau awek rasmi kena la lama skit peruntukkan masa tu, pastu awek separa rasmi dan awek tak rasmi. untuk yang tak rasmi tu sekadar tunjuk muka pun dah kira bagus. kalau tak sampai juak rumah dia maknanya kena pandai cari alasan. aku ingat pesan sifu, tak baik hampakan harapan wanita.
ok lah, sambung lagi nanti... ada keja jap... errrr... ada awek baru ejas semalam ajak lunch..hehehehehe.. cunnn bebbb...
salam semua.... salam pada sumandak2 alawa... dan salam pada saper yg baca ini juak....
Tajuk kali ni susah sikit untuk aku huraikan, tapi tak apalah aku akan bagi imput yang terbaik untuk pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.
Sebenarnya kita semua sedia maklum bahawa sebenarnya lelaki ni makhluk yang penyanyang, so subjek yang paling disayangi lelaki ni adalah makhluk yang comel bernama wanita, tahu atau tidak.. sedara-sedari memang patut tahu bahawa lelaki memang perihatin dan mengambil berat pasal kaum wanita, sebab tu perbualan kaum pembela yakni kaum aku lebih banyak berkisar pasal wanita. antara perbualan yang boleh dijadikan contoh ialah wanita itu comel mcm cda, perempuan itu lemah lembut macam jue, perempuan sinun jelitawan bak falci, perempuan itu sopan-santu macam fieza dan lain2 lagi contoh yang kalau aku sebut satu persatu memang sampai tahun depan pun takkan habis.
Lelaki sememangnya perihatin kepada wanita - sekadar gambar hiasan ___________________________________
Pendekatan lelaki untuk menunjukkan dia mengambil berat terhadap seseorang wanita tu memang diluar jangka semua, antaranya ada kaum aku yang berkahwin lebih dari satu.. dengan berkahwin ramai bermakna seseorang lelaki itu sangat2 perihatin bahawa wanita memanglah perlu disayangi, dibela dan diberi tunjuk ajar.. atas dasar sifat kepimpinan yang tinggi lelaki macam ini 'harus' direspek kerana berkahwin ramai ni sebenarnya bagus untuk kaum yang berbukit-bukau dan comel itu yakni kaum wanita. sebenarnya lelaki yang kawin ramai ni lagi lebih sikap penyanyang dia berbanding lelaki yang kununnya setia pada yang satu (menyampahhhnya sebut ayatt nih). hehehe. atas keperihatinan lelaki yang dianggap jantan ini kaum wanita terbela.. cuba bayangkan kalau tiada lelaki macam nih??? mungkin statistik andartu akan meningkat dari masa ke semasa, dan juga umat melayu tidak akan seramai sekarang.
Wanita memerlukan kasih sayang dan sikap perihatin seorang lelaki - sekadar gambar hiasan _________________________________________
Lelaki makhluk yang pelik, kerana dianugerahkan sikap perihatin yang tinggi bermakna seseorang lelaki boleh jatuh cinta berkali-kali, contohnya semalam tengok falciyang comel sedang memasak bubur pedas aku dah jatuh cinta aci kerat jari salmon aku berani bertaruh sapa2 pun akan terpikat denganfalci, pastu hari nih bila tengok cda yang tengah main air pantai rantau abang pun aku jatuh cinta sekali lagi, cda nih gadis yang comel dan lembutt.... kalau sedara-sedara tengok aku grenti, aci disuruh berenang dari rantau abang sampai pantai belanda pun aku sanggup semata2 mak kejar cda. tu cuma contoh laa.... banyak lagi kejadian yang boleh dijadikan contoh, tapi tak mau la aku tulis semunya. kena jimat masa nih sebab petang ni balik dari keja ada awek nak jumpa aku...hehehehe.. awek tengah.. tah apa sebab tetiba sms cakap rindu, so atas dasar keperihatinan aku, aku terpaksa ikutkan juak kehendaknya yang ingin melepas rindu pada aku..
Kepada wanita2, anda sebenarnya beruntung sebab tak jadi lelaki.. susah wooo nak jadi lelaki nih, tambah2 pulak lelaki yang berawek ramai. lagi la kena bahagi-bahagikan masa, pastu kena pandai susun ayat dan pelbagai lagi kesukaran yang terpaksa ditanggung, tapi aku tetap bersyukur kerana dijadikan sebagai seorang lelaki, bermakna peluang untuk aku berbakti dan menyanyangi kepada ramai orang (khisusnya wanita) semakin banyak, semakin banyak wanita yang aku curahkan kasih sayang semakin banyak aku buat kebajikan pada kaum kesayangan aku tuh..
errr... dah kul 4 nih, ok lah... aku stop dulu kali nih, jumpa lagi nanti dengan topik yang dijangka panas... malah lebih panas dari isu pilihanraya..
Sudahkan anda semua mendapatkan novel ni? bagus untuk pembacaan anda semua khususnya kepada lelaki2 yang mahu menjadi 'jantan'
Category: Books Genre: Romance Author: Matt Romeo Madu Impian by Matt Romeo terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
"Aku boleh jatuh cinta pada sesiapa, pada bila-bila masa..."
Cerita ini disulam dengan penuh komedi dengan mengudang tawa serta senyum sinis (mungkin bagi perempuan saja yg membaca kisah ini). Matt bukan seorang yang jahat, dia cuma nakal dan mudah jatuh cinta namun setiap wanita yg dicintainya akan dijaga sebaik mungkin. Tak sangka ada juga kejutan yang mampu disulamkan dalam kisah ini.
Sinopsis belakang buku:
"You tak takut?" "Nak takut apa? Takkan you nak apa-apa kan I." "Kalau I apa-apakan you?" "I jerit..." Huh.. gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak orang naik kereta, lepas tu matikan enjin. "Kalau you jerit, I pekup mulut you..." "Really? Well... kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yg you nak..."
Bertemu kembali dalam ruangan aku ni, kepada yg menyokong aku ucapkan berbilloon terima kasih dan aku harap ruangan ini dapat terus menarik perhatian kalian, teruskan menyokong dan teruskan membaca. kepada yg tak sokong buat2 lah meyokong ek, aku tahu nak puaskan hati semu orang bukan kerja senang.
Contohnya aku nak puaskan hati awek2 yang ada tu memang lah kerja yang tak berapa senang, tapi aku percaya aku mampu lakukan yang terbaik untuk mereka dan merek2 ini. sebenarnya dalam hal ini aku takder la bersalah sangat, ye la.. awek2 tu yang cari aku dan aku sebagai jantan sejati memang tak boleh berkata tidak akan pastikan kaum yang comel tu sentiasa gembira.
Berawek ramai ni kadang2 aku dianggap romeo, tapi aku nih bukan sebarang romeo. seromeo-romeo aku sekurangnya aku dah gembirakan ramai gadis2 yang memerlukan kasih sayang, bak kata sifu aku "kasih sayang seorang lelaki bukanlah hak milik mutlak seseorang wanita, tapi ianya untuk dikongsi oleh beberapa wanita.. lagi ramai lagi elok kerana ia menunjukkan kita nih adalah jantan yang sentiasa memberi kepada yang golongan yg memerlukan".
Kata2 sifu akulah yang memberikan aku semangat untuk terus gembirakan golongan yang indah dan menarik itu yakni dalam kata mudah golongan wanita. seperti sifu aku, aku pun tak sampai hati nak biarkan golongan yang mempunyai lekuk2 yang menarik itu terbiar tanpa kasih sayang. biarlah kita jadi lelaki yang sentiasa meniti dibibir wanita asalkan jangan jadi lelaki yang dijadikan bahan mengata kaum comel tu.
Kaum wanita berhak mendapat pembelaan lelaki - sekadar gambar hiasan
awek bagi aku cukup istimewa, sama ada yang rasmi atau tak rasmi tu belakang kira, tapi yang pasti tanggungjawab kita sebagai jantan sejati adalah untuk gembirakan awek atau awek2. sebagai contohnya seseornag lelaki yang mempunyai awek sorang akan gembirakan sorang jer awek... tapi lelaki yg ada ramai awek, sudah pasti ramai jiwa wanita yg gembira. so aku pulak sebagai jantan yang mahukan ramai wanita gembira bermakna aku kena lah memiliki awek. betul tak?
setia??? ada orang cakap aku tak setia.... ada juga yg cakap aku ni permaikan perasaan wanita.... ada juga yg kata aku macam2... tapi tak apa, sebagai orang yg tak bersalah ada baiknya aku mendiamkan diri saja, diam tak bermakna bersalah.... dan diam tak bermakna tak berisi. disini biarlah aku jelaskan kecelaruan yg ada, ruangan ini aku ingin perbetulkan tanggapan wanita2 sekalian terhadap aku.
falci mempunyai kecantikan yang asli - sekadar gambar hiasan
Aku sebenarnya sangat2 setia, sangat2 tak suka permainkan perasaan wanita tambah2 lagi wanita tu perrrrhhhh cun-melecun macam falci. betul aku cakap ni.... aci buang tong gas dari bangunan aku bertaruh, kalau dapat yang macam falci kena berenang dari semenanjung sampai sarawak pun aku sanggup.
Sebenarnya setia aku pada wanita ada cara aku sendiri, memang aku ramai awek... tapi aci kerat papan aku cakap yang aku memang setia pada mereka semua, bermakna aku takder la permainkan perasaan mereka.. sebagai contohnya bila aku dating dengan awek tengah, tetiba awek bongsu call.
awek bongsu : vlad kat mana nih? naper susah sangat call u..... vladimir: i kat KLCC. sebenarnya i tengah dating ngan awek nih. napernya?? ni telefon nih mesti rindu?? awek bongsu: i cakap serius u memain lak vlad, takpe la kalau sibuk... malam nanti i call u yek. ok.. love u so much! vladimir: ok, kita sembang nanti ek.... love u toooo.. treee... forrr.... hehehehehe
awek tengah yang dating dengan aku tadi senyum, sambil cakap
awek tengah: "tah apa tah you nih, memain lak.. sapa call u tu????" vladimir: hehehehe... saper lagii... awekk laaaa..... cunnn siotttt!
tak semena-mena aku dicubit manja oleh awek tengah aku sambil berkata "ye la tuuuu"...
hehehe.. kalau macam nih kena cubit seminit sekali pun takper... sesungguhnya cubitan tu memang besttt....
dalam kes aku tersebut, awek tengah dan awek bongsu aku masing2 mempertikaikan kejujuran aku.... nak kata aku bohong memang tak bong kannn??? aku dah cakap benda yg sebenar, sama ada mereka nak percaya tu belakang kira....
ok laaa.... aku nak kuar lunch ngan awek sulung aku jap... pastu kembali ke pejabat.. dan seminggu tak kuar ngan dia... errr... tak baik hampakan ajakan awek kannn... dapat kuar setengah jam pun ok per....
Wanita memang dilahirkan dengan penuh kelembutan - gambar penyeri ___________________________________
salam... salam... salam...
apa khabar semua, apa khabar wanita2? bertemu kembali kita di ruangan tak seberapa ini, terima kasih kerana masih berminat untuk membaca.
Apa pun tajuk kita hari nih memang sesuai kerana ianya menggambarkan kaum leleki nih memang menghargai kaum wanita, bermakna aku pun memang menghargai kaum yang kaya dengan keindahan dan lekuk2. Memang aku hargai kaum wanita nih kerana majoritinya memang lemah-lembut dan comel, mungkin kalau nak dibuat contoh dalam forum nih sesuai dengan perwatakan cda & JUE. hehehe, pada aku 2 orang nih memang lemah lembut la... tapi salah sorangnya dah dimiliki atau dalah istilah lainnya sudah 'dicop' sebagai bini orang. mungkin suaminya terpegun dengan kelembutannya, hanya mereka berdua yg tahu.
Bagi aku sendiri, memang suka tengok pompuan yang lembut-lembut nih (tapi golongan lembut yang jantinanya diragui memang aku nak muntah la kalau tengok.. dari tengok kaum depa nih baik aku tengok biawak pasir). Kena lak lembut mcm cda, suara pun seksi dan lembut mcm cda... pehhhhh! aci kerat papan aku berani bertaruh, tang2 tu jugak kalau disuruh berguling dari ipoh sampai kluang pun aku sanggup.
Di ruangan ini aku cuma nak bagi contoh la, kalau la seseorang pompuan tu selembut cda, memang boleh dianggap hampir sempurna. nak cakap sempurna terus pun tak boleh jugak sebab kita manusia nih tak dicipta untuk sempurna. tapi bagi aku ciri-ciri yang ada pada cda memang ciri2 seorang wanita melayu terakhir.
seperti gadis melayu lain, cda juga penuh dengan kelembutan - sekadar gambar hiasan _______________________________________________
apa lagi nak tulis ek, ok laa... kalau ada masa nanti aku sambung la ek. nak cakap banyak2 pun perut lapar dah nih, lain la aklau dengar suara cda.. tang2 tu jugak jadi kenyang.. tak makan 10 tahun pun takper. hehehe...
bertemu kembali kita di ruangan ini, terima kasih atas banyak maklum balas yang diterima dari ruangan ini, ada antaranya terpaksa aku delate dan juga ad ayg terpaksa aku split. diharap semua berpuas hati. kalau tak puas hati nak wat macam mana, aku kena jadi macam orang politik jugak la, kadang2 kena ambil tindakan yg sewajarnya walaupun tidak semua yg suka akan tindakan itu.
sebenarnya tak ada apa yang nak aku sentuh hari ni, tapi saje2 nak cerita. masa aku lepak2 kat salah sebuah starbucks yang ada kat malaysia ni dengan salah sorang awek tak rasmi aku ada la pulak awek cun masuk, kena pulak dia duduk berhadapan dengan aku. fuhhh, time tu tang2 tu juga aku rasa mcm nak hantar awek tak rasmi aku tu balik rumah dan terus patah balik ke sratbucks tu dan duduk semeja dengan awek yang berhadapan dengan aku tadi. cantik??? memang awek tu cantik sangat.. perumpamaan yang boleh aku buat kat sini mungkin secantik cda atau falci, sekali dia senyum.. pehhhh... luruh jantung beb.
untuk berbual dengan awek yg kat depan tu dah tak berapa kusyuk dah, mata aku sentiasa perhati awek yang kat depan tu. kalau la dapat buat awek dan tambah dalam list awek aku yg sedia ada, aci kerap papan aku berani cakap kalau dia nak urung aku dalam bilik hotel aku 'terpaka' merelakan. untuk awek yang se'cun' tu, bukan saja aku... aku grenti, lelaki yang betul2 bergelar jantan (yg golongan sotong tolak ketepi) memang sanggup buat apa saja hatta terpaksa gelek tayar lori dari sibu ke langkawi. aku tengok awek tu lepak sorang2 jer, tah la dia tunggu sapa. ni kalau tak ekrana awek kat depan aku grenti aku dah duduk dengan awek tu, mana la tau kot2 dia mmg dah rancang dan ebrniat nak lepak ngan aku, alih2 aku lak bawa awek lain. sesekali awek tu pandang aku dia senyum.. hmmm.. nampaknya ada jugak daya tarikan pada aku walaupun aku bawa awek lain.
aku pun ajak lah awek tak rasmi aku tadi balik, nak hantar dia. aku suruh dia tunggu dalam kereta bukak enjin keta dulu pasang air-cond supaya sejuk, aku cakap la nak ke bilik air dulu dan nak tengok 2-3 benda kot2 yg sesuai dibeli nanti.
masa dok mundar-mandir dalam starbucks tu aku pandang lagi gadis cun tadi, dia pun pandang aku.. senyum macam tadi jugak. hehehe... tup2 aku pegi tempat dia, tanya "kalau tak silap i la kita pernah jumpa kan sebelum nih" (taktik nih memang agak kuno skit, tapi cuba jer laa... hehehe. gadis tu jawab "ya ke?, tapi u mcm familiar la" aku terus pintas "i pun tak perasan juga kita pernah jumpa kat mana, tapi i nak ngorat u boleh tak" pompuan tu gelak sambil cakap "ish u nih, baru kuar dating ngan awek dah nak ngorat awek lain" aku jawab "hehehe.. gurau jer"... bla...bla.... tup2 aku dapat no. hp gadis tu... hehehe.... opsss... jap ek... nak jawab sms dia jap.
Bertemu lagi kita di ruangan Bila Vladimir Menulis ini, tajuk diatas rasanya biasa sangat dah. Tak dinafikan ada antara kita yang pandang pasangan kali pertama dah jatuh hati, itu berlaku pada kebanyakan orang dan tidak boleh berkata tidak pada diri aku sendiri pun benda ni terjadi. Sebenarnya apa tarikan pasangan kita? Adakah disebabkan dia comel macam falci, fieza atau cda? Adakah kerana senyuman dia yg manis macam seri, adakah kerana tertarik dengan lekuk2 (hehehe.. jgn mare), adakah kerana perwatakannya yang lemah lembut germalai macam Jue, adakah cool macam cik pah dan pelbagai lagi la atau yang tak dapat aku senaraikan disini, kalau disenaraikan mungkin tulisan aku kali ini panjang berjela dan kalau disusun dalam kertas kajang dah tentu sampai ke kampuchea atau pun mexico (tempat yang ada ramai awek cantik tu) kertas tu bila disusun.
kena pulak awak cun tersenyum manis macam gambar diatas- sekadar gambar hiasan __________________________________________________________
Cinta pandang pertama sentiasa berlaku pada aku, dan boleh dikatakan setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu atau setiap hari aku jatuh cinta pandang pertama tapi untuk awek yang berlainan.hehehe. kena pulak kalau dapat awek yang comel dan manja macamcda aci kerat papan aku berani bertaruh tang2 tu jugak rasa nak tarik dia ke pejabat kadi, tang2 tu jugak rasa nak jadi seorang suami.
Dalam kes aku, teringat pulak satu peristiwa. Time tu aku balik dari operasi rokok (kawalan hasil tembakau), masa tu aku baru balik dari sebuah shopping kompleks, pas ramai tangkapan dan target bilangan dah cukup aku terus serahkan buku kompoun kat PPKP yang berkaitan, aku lak dah letih dan terus nak balik ke rumah. Errrr... sebenarnya bukan aku nak ceritakan pasal operasi yang aku buat tu, saja aku taip jugak untuk kasi panjang tulisan aku ni, kiranya macam novel2 cinta yang korang baca la.. mesti ada tang meleret-leret untuk panjangkan cerita tu kan. Ok, ceritanya macam nih, time aku balik jam dah menunjukkan waktu 10 malam, waktu ditir tak pasti la pulak sebab aku tak berapa tengok jam, yang aku bayang Cuma katil dan bantal saja sebab mengantuk sangat2.
Ok la, aku buka perenggang ke dua untuk sambungan perenggang diatas.. time tengah jalan tu aku nampak sebijik kereta kura2 tengah tersadai, dari jauh aku takde la nampak sangat tuannya, malas nak nak layan.. mata dah kuyu beb. Tapi masa kereta aku betul2 ditepi kereta tersebut sekali imbas aku terpandang la jugak ada sorang awek yang entah la dia buat apa dalam kereta, macam sedih la plak.
Sreettttttt!!! (pinjam sound efek komik hong kong yang berlambak di pasaran) aku brek kereta aku dan parking di depan kereta awek tu, dengan gaya machonya aku melangkah ketepi kereta tu aku nampak awek tu mcm sedih jer, aku pun ketuk la cermin kereta dia dan tanya buat apa sorang2 kat tepi jalan nih, dia angkat muka dan senyum kat aku time tu aku tengok matanya sedikit berair, nangis kot awek nih. Apa pula yang berlaku pada aku tatkala terpandang awek tu... suspennnn.... dup dap dup dap!!! Jantung aku dah kencang berdegup, mata aku yg kuyu tadi tang2 tu jugak segar, rasa macam ceti yang baru kutip hutang pun ada. Hati aku pulak berkata“nampaknya hari ni aku jatuh cinta pandang pertama untuk kali yg ke seterusnya” hehehehe....
Awek tu cakap keretanya rosak, dengan lagak macam pomen F1 aku suruh dia buka bonet depan sebab nak tengok enjinnya. Awek tu turun, dia kata enjinnya kat belakang sebab kereta dia tu memang asli yang lama, tak ubah suai lagi. Hehehehe... malu pun ada sebab lupa kereta si comel tu kereta antik. Konon2nya aku nih pandai la bab kereta, pas belek2 aku cakap kat dia kereta dia ni kena tinggal, tapi takpe. Depan tu kedai 24 jam ada. So awek tu setuju tinggalkan kereta dia dan balik dengan aku... opsss... jgn silap faham, bukan balik rumah aku tapi aku hantar dia kat rumah dia. Korang nak tahu apa perasaan aku masa tu, dah la aku jatuh cinta pandang pertama, rasanya kalau awek tu suruh tolak kereta dia sampai ke jepun sakalipun aku sanggup. Aci kerat papan aku berani bertaruh.
Sekarang hubungan aku dengan “awek cinta pandang pertama tu terus on” dia jadi awek rasmi aku yang tengah. Untuk makluman korang semua, aku ada 3 awek, yang sulung, tengah dan bongsu. Hehehe... dah orang berharap kasih sayang aku, nak wat macam mana kannn.. terpaksa la aku berkorban dengan membahagi-bahagikan kasih sayang aku kat mereka2 nih. Aku buat tanggapan yang tanpa kasih sayang aku dah tentu mereka ni macam semut yang korang nak picit2 bila merayap kat gelas korang, mesti awek tu akan terus dibuli oleh mereka yang tak bertanggungjawab, atas dasar ingin melindungi awek2 yang comel tu aku terpaksa juga serahkan kasih sayang aku pada mereka, seperti apa yg aku tulis sebelum ini la, kasih sayang lelaki adalah untuk didermakan untuk beberapa wanita.
So banyak lagi kisah cinta pandang pertama aku, tak dapat la aku nak huraikan satu-persatu kat sini, panjang sangat aku tulis boring pulak korang nak baca kan? Takpa, lain kali aku akan selitkan di slot2 yang lain pulak.
Untuk lelaki2 yang kat luar sana yang nak menjadi jantan, kalau hadapi situasi seperti aku dimana korang jatuh cinta pandang pertama antara tip2 berikut korang tak boleh tinggal punya:-
- Mintak no telefon.
- Mintak alamat rumah
- Tinggalkan no. Telefon korang kat awek tu (lagi elok kalau ada kad)
- Tanya dia kerja kat mana.
- Bergantung pada korang apa yang korang fikirkan masa tu.
Ingat tau, jangan sesekali jadi lelaki yang tak jantan. Malu itu la, malu ini la... kalau malu2 macam mana nak dapat awek. Motivasi diri kena tinggi, kulit muka kena tebal sikit baru tak ketinggalan. Ingat tahu, walaupun kita jadi seorang yang tak malu jangan pula jadi seorang yang tak tahu malu. Jangan over sangat yang boleh menyebabkan orang meluat. En. Suring sila baca ayat ni (mungkin boleh jadikan motivasi untuk ko).
Akhir kata dari aku, sentiasalah up to date diri sendiri mengikut peredaran zaman dan kesesuai waktu dan tempat, tak salah jatuh cinta pandang pertama berkali2 kerana ia satu anugerah
Bila Bermadu Siapakah Sebenarnya Yg Bekorban? Oleh : Lord Vlad
Bertemu lagi kita tanpa bicara, bertemu lagi dalam ruangan yang hangat ini, anda semua tentu merindui tulisan vladimir??? Hehehe... aku tahu tuuuu....
Bercakap soal tajuk diatas, rasanya banyak pandangan dan pendapat yang korang lontarkan, tatkala terbaca tajuk pun korang dah buat rumusan siapakah sebenarnya yang berkorban dalam soal hidup bermadu nih, tidak dapat tidak aku rasakan mesti kebanyakan korang cakap yang sudah tentu lah golongan yang comel yakni kaum wanita yang banyak bekorban kan? Itu pandangan korang, tapi kita cuba lihat dari sudut lelaki pulak? Apa alasan bermadu tu? Kalau kena gaya baik dah tentu baik jadinya, kalau takat nak seronok rasanya lupakan ajer nak memadukan wanita nih.
Yang aku nak ceritakan kat sini adalah pendapat aku saja, tak ada kena mengena dengan yang orang lain. Mungkin sedikit dipengaruhi kenyataan yang buat oleh sifu aku dalam beberapa tahun yang lepas.
Ok la, aku teruskan ekkk...
Bagi aku la, bermadu nih susah juga... yang banyak bekorban sebenarnya adalah kaum lelaki. Sepatutnya wanita bila suami mereka nak menikah lain mereka akan seronok sampai melombat-lompat atau berguling-guling, kalau boleh buatlah sambutan bunga api atau pun upah persatuan kompang sekolah untuk meraikannya. Tapi sebaliknya tidak, pompuan akan marah bila sebut madu.
Nak tahu apa sebab aku cakap bermadu tu pompuan patut gembira? Sebenarnya bila bermadu tanggungjawab seseorang wanita kepada suaminya dah tinggal 50%, yang peratus selebihnya dah diserahkan kepada yang sorang lagi. Sering kali kita dengan wanita nih letih melayan kerenah suami, bila dah bermadu keletihan tu dah kurang separuh. Banyangkan kalau si suami tu pulak kawin 3 atau 4.. lagi la sikit peratus yg tinggal. Lagi lapanglah waktu, lagi banyak masa untuk tengok drama Mexico, lagi banyak masa tengok Drama Indonesia, lain2 rancangan import dan juga rancangan realiti yang berlambak kat TV sekarang nih. Bila suami tak memadukan anda bermakna 100% masa anda perlu melayan kerenah suami, kena masak lagi, basuh baju lagi dan lagi dan lagi segala macam yang nak kena buat untuk suami.
Bayangkan, jika suami puan-puan dan bakal suami cik-cik semua ada bini lain, bermakna masa anda untuk lakukan aktiviti sendiri lebih banyak. Betul tak kata2 vladimir nih??? Jangan marah yeee... ni Cuma pendapat dan buah fikiran, tak terniat nak sakiti hati sapa2.. wan & Dhiya jangan marah tauk... hehehehe. Ok, bercerita bab lelaki pula banyak dan segala macam perkara yang perlu kita buat. Bila berhasrat memadukan wanita kita kena fikirkan segala aspek termasuk kewangan, kemampuan batin dan juga kekuatan mental. Satu lagi benda yang paling sukar adalah melayan semua madu2 tu dengan adil dan saksama tanpa melebih dan mengurang sedikit pun kasih pada madu2. itu adalah pengorbanan besar kaum lelaki.
Bila dah bermadu, si lelaki kena korbankan lagi masa mereka, sekejap ke sini.. kejap ke sana.. kejap ke sinun.. rugi wooo masa perjalanan dan dianggap terbuang, bayangkan kalau sorang jer isteri... tak perlu berkejar ke sana ke mari.
Berkorban lagi seorang Lelaki adalah kena banyak bersabar dengan sikap dan kerenah isteri2 yang pelbagai macam perangai. Mungkin ada yang kuat merajuk, mungkin ada yang kuat tidur, mungkin ada yang tak mandi pagi (errr... atira jangan marah ek..hehehe) dan juga segala macam perangai lagi yang anda kena layan.... so pandai2 lah korang nak handle keadaan, berfikirlah dengan bijaksana kerana lelaki adalah khalifah dan khalifah itu bermakna pemimpin, so jadilah pemimpin yang baik.
madu itu manis, wanita yang hidup bermadu bermakna mengecapi kemanisan hidup - sekadar gambar hiasan _________________________________________________________________________
Dalam satu konteks pula bermadu itu bagus untuk membela kaum yang lemah yakni wanita, bermakna statistik andartu dapat dikurangkan kepada angka yang lebih sedikit dari sekarang, so lelaki yang berhasrat dan sudah lakukan proses memadukan ini boleh dianggap mulia kerana membela kaum yang indah dan berlekuk-lekuk tersebut. bagi aku sendiri memang tak sampai hati bila tengok awek comel2 tapi tak kawin lagi, apa masalah dia.. sering tertanya-tanya dalam hati.. bila terpandang awek tersebut tang2 tu jugalah aku nak heret dia pegi tempah pelamin, tempah baju kawin dan juga bawa ke pejabat kadi. Kalau boleh bawa 2-3 atau 4 orang sekali gus.. bukan apa, tapi sekadar menunjukkan simpati bila tengok awek yg comel tapi tak kawin lagi kan....
Sebagai simpulannya, dalam hal bermadu ni sebenarnya melibatkan banyak pengorbanan kaum aku iaitu kaum yang gagah perkasa. Kena korbankan masa, kena korbankan wang ringgit, kena korbankan segala hal bila memilih untuk memadukan isteri. Errr... buat masa ni aku Cuma memadukan awek2 aku jer.. awek rasmi aku yang tiga orang tu okey jer nampaknya, mampukan aku memujuk mereka nanti untuk duduk satu pelamin serentak?? Hehehehe.... tungguuuuu.... errrr.... buat awek2 yang tak rasmi pula jangan risau, kalau ada jodoh kita nanti kira ok la tuuuu. Bilangan awek tak rasmi aku???? Aku sendiri pun tak tahu berapa jumlam mereka... nak kena periksa list la dulu.. hehehehe.. jgn maree...
Okess laa.... buat mereka dari kaum aku yang dah mulakan langkah memadukan nih tahniah untuk anda semua, dan mana2 yang pasang niat tu pun tahniah juga sebab sekurangnya anda masih berhasrat untuk jadi lelaki sejati dan berhasrat melindungi kaum kesayangan kita, tapi yang takde niat tu kalau boleh pasang2 la niat skit walaupun benda ni tak dapat anda laksanakan sebabnya lelaki yang pemurah itu adalah lelaki yang pemurah kasih sayangnya terhadap golongan lemah.