Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...
Memaparkan catatan dengan label Tips Untuk Jantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Untuk Jantan. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 24, 2009

TIPS UNTUK JANTAN

TIPS UNTUK JANTAN

TAJUK: BILA AWEK ANDA KUAT MERAJUK, APA YG PERLU DILAKUKAN?


Salam kitak2 sekalian alam...... pening sama persoalan diatas ek??? hehehe... takper... jgn risau, hari ini kamek akn ajar sedikit sebanyak ilmu yang sifu pada sifu aku ajar????


ilmu memujuk awek perlu dipelajari lelaki - sekadar gamabr hiasan
________________________


Biasanya bila awek marajuk:-

  1. anda akan menghantar bunga untuk memujuk....
  2. anda akan pujuk dengan ayat-ayat yg indah....
  3. membeli hadiah
  4. sms dan tulis ayat2 romantik
  5. dan segala mak nenek lagi petua2 romeo zaman pop yeyeh tinggalkan untuk anda.... hehehe.
takyah guna dah petua-petua diatas....... aku kalau nk pujuk awek senang jer... cupp kat pipi skali... hehehe.. tapi awassss.. mungkin satu sound effek yang berbunyu "PANGGGGGG!" akan datang dari pipi anda dari tamparan padu maut awek anda. hehehe.... untuk cupp pun kena ada teknik2 tertentu... saper nak petua boleh pm sama kamek.... hahaha.

ok, kalau petua cupp! tuh tak jalan.... anda tenang2kan diri... pastu ejas la awek lain..... masa yg terluang tu kita mafaatkan untuk sesuatu yg bakal mendatangkan hasil... hehehhe...


diakui kebanyakan awek memang suka dipujuk - sekadar gambar hiasan
___________________________


pasal awek yg merajuk tu takper, dia akan cool nanti... percaya la.... dalam 2-3 hari bila ajak kuar minum pastu puji cakap yg gadis2 satu dunia akan kempunan gelaran Ratu Cantik jika dia adalah seorang pesertanya, dan pemenangnya adalah dia. Aci disuruh guling2 atas karpet aku berani bertaruh dia akan ok balik.... hehehe,....

selamat mencubaaa.........

***** nantikan tips seterusnya

TIPS UNTUK JANTAN

TIPS UNTUK JANTAN

***** Kepada lelaki yg kurang jantan pun boleh baca supaya dapat pertingkatkan kejantanannya.... hehehe.

ok, katalah anda sedang syok berdating dengan awek no. 1, tup2 berhampiran anda ada plak awek no. 2 dan anda memang tak dapat mengelaknya? mcm mana situasi itu kalau terjadi pada anda???? cemas??? jangan cemas.... lelaki yg jantan tak pernah cemas dengan situasi ini. sebaliknya lemparkan senyuman yg manis semanisnya pada awek no. 2 tersebut... kemudian pandang awek no. 1 tadi dan senyum manis gak......
kemudian anda boleh bisikkan sesuatu pada awek no. 1 yg berjalan ngan anda dengan menyatakan "u nk kenal sepupu i yg cantik dan comel? kdg2 i nk jadikan dia awek i tau???" hehehe..... pas berdepan terus kenalkan mereka... bila keadaan semua berdepan anda cakap jer kat awek no. 1 bahawa awek no. 2 tu adalah awek paling comel pernah anda kenali contohnya:-


untuk menyatukan wanita dibawah payung madu memerlukan kesabaran yg tinggi - sekadar gambar hiasan
______________________________


vlad: saya kenalkan awek paling comel pernah saya kenali.
* jgn risau, anda dah bisikkan yg awek no. 2 tuh spupu anda... takper... bohong sunat jer..... hehehe
awek no. 2: ni saper vlad?
vlad: ni awek i la.... jeles ekkk??? hehehe... (sambil mendekatinya anda berbisik dan ckp "spupu i")

kemudian jgn tunggu lama, belah terus.... alasannya pandai2 anda la...kalau aku senang jer
"i nak pegi pejabat tanah jap, nak cepat nih... ada orang nak jual tanah kat i.. nnti kita sembang kemudian ek" itu jer alasan untuk awek no. 2. jgn biarkan dia banyak bertanya.

tapi sebelum blah anda kena bubuh ayt mcm nih dulu "awak nampak makin slim dan cantik skarang" ingatttt... kaum yg bergunung ganang itu suka dipuji, aci kerat papan kalau kita puji jer bukan takat disuruh berjalan sambil bawa pasu bunga, kalau disuh berlari bawa obor dari hong kong sampai skudai pun diaorang sanggup. hehehe.....


Kaum wanita mmg suka dipuji - sekadar gambar hiasan.
____________________________



selamat mencuba.......

ingat tau... jgn gabra bila berlaku kes yg hampir terkantoi.... aku pernah jadi dan kisah diatas tu adalah kisah benar. hehehehe.....

Rabu, November 26, 2008

Tips Untuk Jantan

Tips Untuk Jantan

Tips nih aku taip
kembali untuk tatapan lelaki2 yang jawanya jantan dari kitab dan tulisan sifu
aku.


Lelaki2 yang
subur kasih sayangnya, yakni yang mempunyai lebih daripada seorang ‘awek’,
biasanya merekodkan nama ‘awek-awek’ mereka yang lain dalam buku telefon,
memori telefon bimbit atau kad SIM masing-masing dengan cara menukar nama
‘awek-awek’ tersebut kepada nama lelaki. Azizah direkodkan kepada Azizan,
Aliyah sebagai Ali, Hanim sebagai Hamid dan sebagainya. Tujuannya jika mana-mana
‘awek’ memeriksa rekod tersebut, tembelangnya tidak akan terburai.

Kaedah itu
sebenarnya dah lapuk dan layak dipakai oleh romeo zaman seluar ‘yengki dan
remos’ terjurai ‘aje’. Perempuan sekarang dah pandai. Mereka dah tahu trick tu.
Jadi untuk mengelak terperangkat, apa kata anda ubah stail. Cuba masukkan nama
YB di depan nama ‘awek-awek’ tu. Nak bagi nampak real lagi, masukkan juga YB tu
di depan nama dua tiga orang kawan lelaki anda.

Bila ‘awek’ anda
memeriksanya, tentu dia tidak mengesyakki apa-apa. Tentu disangkanya semua YB
perempuan itu wakil rakyat dan silap-silap
dia akan kagum pada anda sebab banyak berkawan dengan orang politik.

Tapi awas, jangan
sekali-sekali tulis YAB di depan nama ‘awek-awek’ tu sebab ‘kat’ Malaysia ni
belum ada perempuan bergelar Yang Amat Berhormat. Yang amat Berhormat tu. Ada
‘le’...

Tips untuk lelaki (berkaitan telefon bimbit)

Tips untuk lelaki (berkaitan telefon bimbit)

1. nak simpan no awek kat talipon boleh tapi buat la nama lelaki, contohnya Halida ambik yg dekat2 nama lelaki.. boleh tulis halim, kamariah boleh tulis sebagai kamal.

2. pastikan sedara2 ada 2 bateri telepon, satu yg elok dan satu lagi yg dah nak kondem... bila awek lain tepon, hp kita akan padam bila kita guna bateri yg nak kondem tadi. satu lagi kita ada sebab la untuk tutup hp kita bila dating, boleh cakap nak jimat bateri.

3. kalau tepon ada elok, awek lain call tengah kita dating bagi tahu dia nanti saya call balik.

4. satu lagi tip, sedara boleh cakap macam nih "i tengah dating dengan awek cun nih, nanti kita dating esok2 lak key, i ada keja jap" - ayat nih boleh menyebabkan awek yg depan kita tu senyum dan awek yang tepon kita lak tak berapa caya yg anda tengah dating... tentu dia ingat anda bz time tu.

5. bila awek yg lain call masa tengah dating buatlah mcm line tak clear, contohnya :-"helooo! heloo!! line tak clear laaa...." (tapi kalau dalam kawasan bandar tambah ayat nih "u punya line ada masalah nih, takpa, i call back jap lagi" pastu buat2 lah call balik depan awek yg kita dating tu, pastu cuba buat mengeluh.. "alahaiii dia punya line teruk la" awek yg kat depan takkan syak apa2, dan awek yang satu lagi akan menunggu panggilan. ada peluang antar msg cakap kita kat dalam gua ke, tengah laut ke.

selamat mencuba.....