Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...

Khamis, Mac 25, 2010

Awek Satu Kampung (Part 18) - Final episod

Oleh : Lord Vlad

"Abang bila nak mintak tukar balik negeri sendiri?"

Itulah soalan yang Mira tanya pada petang yang indah itu. Aku pasti untuk soalan itu sudah pasti Mira mengharapkan jawapan yang positif yang berbunyi 'untuk Mira hari ni juga abang akan isi borang tukar'. Tapi kadang-kala dalam aku tidak menghampakan harapan seorang wanita kali ini aku terpaksa berikan jawapan yang lain dari diatas. dan aku jawab..

"Bukan tak mahu balik Mira, abang sebenarnya tengah cari pengalaman kat negeri orang.. errr.. apa kata Mira mintak kerja kat sarawak, boleh dekat dengan abang..hehe.."


wanita adalah makhluk yang sentiasa ingin dihargai - gambar penyeri
________________________________________________

Hehe... jawapan yang dituruti cadangan kepada Mira, aku fikir ayat yang terkeluar tu cukup bagus. Kalau aku tak pelawa dia kerja sama negeri dengan tempat aku kerja sekarang dah tentu Mira akan anggap aku ni pentingkan kemahuan diri saja, dan ayat tambahan yang aku pelawa Mira kerja satu negeri dengan aku sudah pasti menutup kelemahan ayat yang awal.

Kepada tuan-tuan sekalian, setiap soalan dari awek kalian perlu diambil dengan serius. Setiap jawapan yang kalian keluarkan dah pasti memberikan pelbagai impak dan kesan yang mendalam terhadap diri awek atau awek-awek (hehe) tuan-tuan. So sekali lagi aku nak ingatkan, jawapan kalian mesti mengambil jalan tengah dan jangan nampak macam mementingkan diri sendiri. Seperti kes aku dan Mira diatas aku yakin bahawa disamping menerima alasan aku untuk cari pengalaman kerja di luar dah pasti dia akan rasa dihargai kerana kita mempelawa mereka kerja dekat dengan kita. Dalam hati mereka dah tentu kita tak boleh buat satu pun kerja tanpa dia. hehe. pandai-pandai la korang.


aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini - gambar penyeri
__________________________________________________________

Mira tersenyum selepas berpuas hati dengan jawapan aku, dan aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini. Kalau la hari-hari dapat tengok senyuman dia aci kerat papan sape-sape pun akan sanggup melompat macam katak dari Mukah sampai la ke Colombia.

Kami masih tiada ikatan rasmi sebagai kekasih. Tapi semenjak dua menjak ini status tiada ikatan rasmi itu sudah pasti akan bertukar menjadi rasmi tak lama lagi dan aku pasti ia akan berlaku nanti. Lambat atau cepat ia bergantung kepada aku sendiri dan Mira. Sudah banyak tanda-tanda atau isyarat yang dia beri bagi mengisytiharkan bahawa dia tiada yang punya dan dia juga sedia dipikat jejaka yang keluar dengan dia hari ini. Tapi aku sendiri tak berapa pasti apakah aku patut 'mengejas' dia?. Betul..... dia menang comel, menawan, baik, lemah lembut dan segala sifat-sifat yang baik. Aku takkan jemu memuji gadis itu kerana dia memang layak mendapat pujian aku.


Dia adalah sekampung dengan aku - gambar penyeri
_______________________________________________

Yang menjadi kelemahan untuk aku pula dia adalah sekampung dengan aku, sebelum ini dan bermula dari zaman aku mula pandai 'berawek' sebenarnya aku berprinsip bahawa aku sesekali tidak akan bercinta dengan awek satu kampung. Mira adalah gadis satu kampung dengan aku dan untuk Mira patutkah aku langgar prinsip aku? Bila fikir-fikir balik dan aku langgar prinsip aku itu sudah pastu aku meletakkan diri aku sama taraf dengan orang-orang politik. Pandai berjanji dan membuat prinsip, tapi kerap juga langgar prinsip dan lupakan janji. Tapi kata hati aku pulak kes aku dan Mira lain, bercinta bukan berpolitik dan langgar prinsip bukan dianggap satu kesalah besar malah ia dianggap sebagai pengorbanan besar.

Iya.... aku bersedia membuat pengorbanan besar... untuk gadis bernama Mira.

Dan aku sedia menerima hakikat bahawa kadang-kadang apa yang kita rasa kita mahu bukanlah apa yang hati kita mahu. Kita boleh berkata itu dan ini, tetapi apa kata hati kita? tepuk dada tanya selera.

Apakah status aku dan Mira?

pengorbanan.....

untuk awek satu kampung.....

dan aku memutuskan bahawa aku akan melupakan hasrat untuk mendapatkan
no. hp si manis yang bekerja sebagai jururawat di HUSM. err... mungkin
lepas ni ada peluang lagi belek-belek hp Mira. hehe....

-Habis (Tamat)-


***** setinggi-tinggi penghargaan kepada gadis yg membenarkan gambarnya digunakan untuk final episod ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan