Hargai Kaum Wanita

Pesanan aku kepada kaum yg sejenisku yakni lelaki, sila hormati kaum wanita dan hargailah mereka kerana kita memerlukan mereka. Perlindungan, kasih sayang dan segalanya adalah hadiah terbaik dari kita sebagai menghargai golongan yang berlekuk-lekuk dan comel itu.

Wanita adalah sumber inspirasiku...
Memaparkan catatan dengan label Awek Satu Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awek Satu Kampung. Papar semua catatan

Khamis, Mac 25, 2010

Awek Satu Kampung (Part 18) - Final episod

Oleh : Lord Vlad

"Abang bila nak mintak tukar balik negeri sendiri?"

Itulah soalan yang Mira tanya pada petang yang indah itu. Aku pasti untuk soalan itu sudah pasti Mira mengharapkan jawapan yang positif yang berbunyi 'untuk Mira hari ni juga abang akan isi borang tukar'. Tapi kadang-kala dalam aku tidak menghampakan harapan seorang wanita kali ini aku terpaksa berikan jawapan yang lain dari diatas. dan aku jawab..

"Bukan tak mahu balik Mira, abang sebenarnya tengah cari pengalaman kat negeri orang.. errr.. apa kata Mira mintak kerja kat sarawak, boleh dekat dengan abang..hehe.."


wanita adalah makhluk yang sentiasa ingin dihargai - gambar penyeri
________________________________________________

Hehe... jawapan yang dituruti cadangan kepada Mira, aku fikir ayat yang terkeluar tu cukup bagus. Kalau aku tak pelawa dia kerja sama negeri dengan tempat aku kerja sekarang dah tentu Mira akan anggap aku ni pentingkan kemahuan diri saja, dan ayat tambahan yang aku pelawa Mira kerja satu negeri dengan aku sudah pasti menutup kelemahan ayat yang awal.

Kepada tuan-tuan sekalian, setiap soalan dari awek kalian perlu diambil dengan serius. Setiap jawapan yang kalian keluarkan dah pasti memberikan pelbagai impak dan kesan yang mendalam terhadap diri awek atau awek-awek (hehe) tuan-tuan. So sekali lagi aku nak ingatkan, jawapan kalian mesti mengambil jalan tengah dan jangan nampak macam mementingkan diri sendiri. Seperti kes aku dan Mira diatas aku yakin bahawa disamping menerima alasan aku untuk cari pengalaman kerja di luar dah pasti dia akan rasa dihargai kerana kita mempelawa mereka kerja dekat dengan kita. Dalam hati mereka dah tentu kita tak boleh buat satu pun kerja tanpa dia. hehe. pandai-pandai la korang.


aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini - gambar penyeri
__________________________________________________________

Mira tersenyum selepas berpuas hati dengan jawapan aku, dan aku pula sekali lagi terpegun dan terpesona dengan senyuman milik gadis comel ini. Kalau la hari-hari dapat tengok senyuman dia aci kerat papan sape-sape pun akan sanggup melompat macam katak dari Mukah sampai la ke Colombia.

Kami masih tiada ikatan rasmi sebagai kekasih. Tapi semenjak dua menjak ini status tiada ikatan rasmi itu sudah pasti akan bertukar menjadi rasmi tak lama lagi dan aku pasti ia akan berlaku nanti. Lambat atau cepat ia bergantung kepada aku sendiri dan Mira. Sudah banyak tanda-tanda atau isyarat yang dia beri bagi mengisytiharkan bahawa dia tiada yang punya dan dia juga sedia dipikat jejaka yang keluar dengan dia hari ini. Tapi aku sendiri tak berapa pasti apakah aku patut 'mengejas' dia?. Betul..... dia menang comel, menawan, baik, lemah lembut dan segala sifat-sifat yang baik. Aku takkan jemu memuji gadis itu kerana dia memang layak mendapat pujian aku.


Dia adalah sekampung dengan aku - gambar penyeri
_______________________________________________

Yang menjadi kelemahan untuk aku pula dia adalah sekampung dengan aku, sebelum ini dan bermula dari zaman aku mula pandai 'berawek' sebenarnya aku berprinsip bahawa aku sesekali tidak akan bercinta dengan awek satu kampung. Mira adalah gadis satu kampung dengan aku dan untuk Mira patutkah aku langgar prinsip aku? Bila fikir-fikir balik dan aku langgar prinsip aku itu sudah pastu aku meletakkan diri aku sama taraf dengan orang-orang politik. Pandai berjanji dan membuat prinsip, tapi kerap juga langgar prinsip dan lupakan janji. Tapi kata hati aku pulak kes aku dan Mira lain, bercinta bukan berpolitik dan langgar prinsip bukan dianggap satu kesalah besar malah ia dianggap sebagai pengorbanan besar.

Iya.... aku bersedia membuat pengorbanan besar... untuk gadis bernama Mira.

Dan aku sedia menerima hakikat bahawa kadang-kadang apa yang kita rasa kita mahu bukanlah apa yang hati kita mahu. Kita boleh berkata itu dan ini, tetapi apa kata hati kita? tepuk dada tanya selera.

Apakah status aku dan Mira?

pengorbanan.....

untuk awek satu kampung.....

dan aku memutuskan bahawa aku akan melupakan hasrat untuk mendapatkan
no. hp si manis yang bekerja sebagai jururawat di HUSM. err... mungkin
lepas ni ada peluang lagi belek-belek hp Mira. hehe....

-Habis (Tamat)-


***** setinggi-tinggi penghargaan kepada gadis yg membenarkan gambarnya digunakan untuk final episod ini.

Selasa, Mac 23, 2010

Awek Satu Kampung (Part 17)


Oleh : Lord Vlad


Imbas kembali episod lepas :-

Mira masih menjamu selera dan aku pun sama, tapi dalam hati aku memang
banyak persoalan serta kemungkinan yang aku fikirkan, bila balik nanti
adakah aku masih berpeluang untuk keluar berduaan dengan Mira lagi
seperti hati ini? adakah Mira akan lupakan saat yang aku rasa indah ini
nanti? dan adakah Mira tidak mempunyai perasaan yang sama macam aku
sekarang? serta banyak lagi persoalan yang tidak dapat aku taip satu
persatu untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian baca. Cukuplah aku
katakan bahawa Mira cukup-cukup istimewa dan aku ingin sekali milikinya.





Suasana di PCB
________________________________________________


Acara selepas makan-makan pula berlaku dibilik hotel. hehehe. opsss! apa la korang ni, aku ni lelaki budiman dan lelaki yang baik so takkan la aku tergamak mencemarkan status aku yg bersih itu dengan berbuat perkara yang tak senonoh. Selepas makan aku bayar apa yang patut dan kemudian berjalan-jalan di tepi pantai. Walaupun suasana pantai itu tidak secantik dan seindah dulu tapi takat nak berjalan dengan awek boleh la. Lagi pun yang penting misi kali ini adalah bersama-sama dengan gadis yang hebat ini.


dia sentiasa tersenyum - sekadar gambar hiasan (Gambar Megan Fox)
______________________________________________


Orang masih ramai mengunjungi pantai ini dan aku pasti mereka bukan dari daerah atau negeri ini. Macam aku jugak kot, dari negeri lain datang melancong atau melencong ke pantai ini. Sekali lagi aku nak cakap, pantai ini banyak mengingatkan aku di zaman remaja-remaja dulu.

Mira pula.... dia sentiasa tersenyum, gembira agaknya berada bersama dengan jejaka idaman dia ni. hehehe. Adakah aku jejaka idaman dia? sama-sama kita nantikannn... hehe. kemudian aku bertanya Mira.


memang aku berminat dan suka akan senyuman milik gadis kecil molek itu - sekadar gambar hiasan
____________________________________________________


"Mira, apa pendapat Mira tentang hari ini? seronok tak?"
"Mesti la seronok, dah lama Mira tak enjoy macam hari ini tau.. esok lusa abang dah balik Sarawak, tah bila dapat jumpa lagi kan"
"Abang pun harap kita dapat enjoy macam ni lagi, seronok 'berdating' dengan Mira..hehehe"
"eeeyyy... dating ke niiii"

Mira tersenyum meleret dan aku seperti peristiwa yang lepas-lepas memang aku berminat dan suka akan senyuman milik gadis kecil molek itu.

"Mira..." aku memanggil nama dia.
"emmmm...." balasnya sambil memandang aku, bibirnya masih manis dengan senyuman dan aku pasti untuk senyuman itu beruang kutub pun sanggup guling-guling di gurun sahara. Aku pun pulak sanggup guling-guling atas karpet. hehe.


bijak dan matang dalam memberikan pendapat - Sekadar gambar hiasan


"Abang suka tengok senyuman Mira, manis laa" dan sejurus ayat itu keluar dari mulutku, aku tengok dia tertunduk dan kontrol ayu skit. buat-buat serius la konon. hehehe. dan aku meneruskan ayat aku yang tergantung tadi
"Abang rasa Mira ni seorang yang bijak dan matang dalam memberikan pendapat, Mira ni jenis very hornest, very frunk dan pendapat Mira memang kehadapan dan berwawasan.. sebab tu abang suka bersembang dengan Mira"

Ayat tu sebenarnya aku fikirkan dari aku ambil Mira pagi-pagi lagi, dan aku rasakan ianya boleh tahan power. Perempuan sekarang dah pandai beb, mereka dah jarang sangat nak terima pujian pasal kecantikan atau budi bahasa. Yang buat perangai macam tu cuma jenis romeo zaman purba. Perempuan sekarang dah pandai membaca dan menilai bahawa pujian-pujian jenis inilah yang banyak menjahanamkan kaum mereka.


apa-apa sekalipun akan kembang jika kita menobatkan mereka adalah orang yang paling bijak pandai - Sekadar gambar hiasan
__________________________________________
______


Tapi berbeza dengan pujian yang berkaitan IQ dan kebijaksanaan dan sikap. Aci kerat papan aku grenti bukan takat hidung mereka saja yang kembang.. malah kepala atau apa-apa sekalipun akan kembang jika kita menobatkan mereka adalah orang yang paling bijak pandai di dunia dan mereka juga seorang yang jujur dan suka berterus-terang.

Mira kemudian membalas
"Abang ni.. ada-ada je"

dan ayat macam tu biasanya ayat yang positif, macam baru lepas malam pertama je bunyinya. hehe. Dan aku pasti yang Mira sedikit sebanyak dah termakan dengan pujian itu.


hargai gadis idaman anda - sekadar gambar hiasan
________________________________


Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian juga, wanita ini tak adalah nak terima pujian sangat kecuali pujian itu memang diutarakan dengan gaya dan penyampaian yang baik. Wanita sebenarnya makhluk yang ingin sentiasa dihargai. Contohnya peristiwa pengalaman aku dan awek sulung aku, dia suka bancuh milo kalau aku betandang ke rumahnya. Kalau la Milo yang dia buat aku habiskan walaupun sedetik pun aku tak puji yang ianya sedap tapi nescaya lain kali bancuhan yang akan dibuat lain kali berada dalam bekas yang lebih besar dan kuantitinya dah tentu makin banyak. Sebaliknya pula berlaku bila aku cuma minum seteguk dua, si sulung itu boleh hilang mood sampai 4-5 hari. Kalau peristiwa macam tu berlaku dia layan aku macam baru nampak aku ni baru keluar hotel sambil pimpin tangan awek lain. Itulah perempuan.

So nasihat aku sentiasalah hargai gadis idaman anda atau isteri anda walau apa keadaan sekalipun, habiskan air bancuhannya walaupun time tu tuan-tuan dah kenyang. hehe.

Err.... banyak lak aku melalut hari ni kan..... pasal Mira..... nanti aku ceritakan di episod akan datang.......

bersambung.......

Isnin, Mac 01, 2010

Awek Satu Kampung (Part 16)

Oleh : Lord Vlad
Imbas kembali dari episod lepas:

"dah habis mengayat budak tu?" dan aku balas "mengayat apa? lain macam
je Mira, jelos ek?.. hehe" dan Mira balas "elehhh... macam orang tak
kenal die, dari kecik lagi kita berkawan bang..." dan kalau situasi
macam ni jangan dibiarkan berlarutan tau, kena pandai handle la, aku
kemudian membalas "ada-ada je Mira ni, abang ambil banyak tu
makanan..nanti pandai2 la Mira habiskan" dan Mira balas balik "Ish
abang nih, takkan nak suruh Mira gemuk pulak?"



Aku tersenyum pada Mira dan Mira juga sama - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________


Aku tersenyum pada Mira dan Mira juga sama dan aku harap Mira tidak ungkit lagi pasal aku mengayat si manis pembantu kedai tu. Tapi dalam fikiran aku bagus juga kalau dapat berkenalan dengan gadis yang tengah study kat KL tu. Sekurangnya kalau aku 'tersesat' jalan di KL nanti ada la juga nombor telefon yang boleh aku hubungi. hehehe. (macam la tak biasa dok KL, tipu la kalau PPKP keluaran IKU dulu tak tahu jalan di KL). Tapi kebarangkalian untuk aku tersesat di KL juga memang ada, memandangkan KL sentiasa berubah-ubah tak mustahil aku akan tersesat di sana. Pernah kawan aku tersesat tengah2 malam dan pagi baru balik, yang aku heran baju dia berbau minyak wangi yang aku rasa milik nyonya mana tah padahal kawan aku ni merupakan spesis paling malas beli minyak wangi dan tak pernah sembur badan dia dengan mana-mana wangian. Lantak la, tu dia punya pasal.


Memang lengkap untuk dijadikan sebagai gadis idaman - Sekadar gambar hiasan
______________________________________________


Mira memang lembut dan sopan. Cara dia makan memang lembut dan aku benar-benar kagum akan kelembutan Mira. Sekali lagi darjah penghormatan aku pada Mira naik. Mira memang layak dihormati kerana dia bukan saja berwajah jelita, tapi lemah lembut dan cukup sopan. Memang lengkap untuk dijadikan sebagai gadis idaman. Soalnya dapatkah aku memiliki gadis idaman ini? padahal diri aku sendiri belum tentu jadi jejaka idamannya. Kalau la aku benar-benar dijodohkan dengan Mira ianya memang benar-benar benda paling ajaib di dunia, malah lebih ajaib dari Taman tergantung babylon, atau Tembok besar China, atau Piramid di Mesir atau apa-apa saja.


Soal jodoh kita cuma boleh berusaha - sekadar gambar hiasan
________________________________________


Aku belek tangan aku dan aku yakin bahawa jodoh bukan terletak disitu, dan untuk ingatkan diri sendiri dan anda semua bahawa soal jodoh ianya adalah kerja tuhan dan kita cuma boleh berusaha. Bercintalah bagai nak rak sanggup berenang laut api atau sanggup daki gunung tinggi atau apa sahaja yang seumpamanya, kalau bukan jodoh sampai masa akad nikah pun hati boleh berubah. Ada kawan kepada kawan aku dulu siap akad nikah dah masuk bilik, sudah naik katil dan sudah ada dalam selimut (berapa banyak 'sudah' daaa..hehehe) tau-tau boleh mati kena sakit jantung.



memberi harapan pula adalah soal lain - sekadar gamabr hiasan
_______________________________________________


Berpandukan contoh diatas itulah aku tidak berapa berani mengharapkan sangat kepada seseorang yang mempunyai hati dan perasaan. Seperti pasir di tepi pandai, hati dan perasaan juga boleh dan cepat berubah. Tapi sekali lagi aku nak tekankan disini bahawa hal-hal yang berkaitan dengan memberi harapan pula adalah soal lain, itu adalah tugas aku. Tugas yang perlu aku lakukan demi membahagiakan makhluk yang comel dan berlekuk-lekuk itu. Dan biarlah aku teruskan tugas itu selama mana yang boleh. Tujuan aku adalah satu, ingin memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka yang bernama wanita.


tidak keberatan untuk memberikan kasih sayang - sekadar gambar hiasan
_____________________________________________


Aku adalah lelaki yang bersifat adil, dan berasaskan sifat aku itulah aku tidak keberatan untuk memberikan kasih sayang yang sama banyak antara Mira dengan mana-mana gadis yang sudah menjadi awek aku.

Mira masih menjamu selera dan aku pun sama, tapi dalam hati aku memang banyak persoalan serta kemungkinan yang aku fikirkan, bila balik nanti adakah aku masih berpeluang untuk keluar berduaan dengan Mira lagi seperti hati ini? adakah Mira akan lupakan saat yang aku rasa indah ini nanti? dan adakah Mira tidak mempunyai perasaan yang sama macam aku sekarang? serta banyak lagi eprsoalan yang tidak dapat aku taip satu persatu untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian baca. Cukuplah aku katakan bahawa Mira cukup-cukup istimewa dan aku ingin sekali milikinya.

dan seterusnya......

bersambung lagi.........

pastikan anda membaca isu akan datang dengan plot cerita yang lebih hebat.......

Isnin, Februari 01, 2010

Awek Satu Kampung (Part : 15)

Awek Satu Kampung (Part : 15)

Oleh : Lord Vlad


Imbas kembali dari part 14:

"eh abang...... sengihh je sorang-sorang dari tadi, apa kena abang ni?"
tiba-tiba soalan Mira merencatkan khayalan nakal aku tadi dan dengan
spontan aku jawab "errrr... takde ape-ape la Mira, cuma teringat masa
abang nak pinjam kereta ni dari adik abang tu semalam.. macam-macam
syarat dia bagi.. sayang betul kereta dia" fuhh.. lega kerana akal aku
cepat berfikir untuk memberi sebab musabab sebab aku sengih
sorang-sorang tadi, kalau la Mira tahu sebab yang betul aku
sengih-sengih tadi mati aku.


Sekarang adalah babak aku dengan Mira berada di PCB, dan sekali lagi kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu PCB tu apa jangan pulak semak di website 'Tourism Mexico' tak pun 'Tourism Haiti' kalau kat sana ada tempat bernama PCB pun belum tentu macam PCB yang aku ceritakan kat sini. err... Melalut plak aku, tp biasa la kan, untuk penjangkan cerita aku ni. hehehe.. PCB ni walaupun tak seindah di pandai yang terdapat di kampung halaman aku ia cukup memberi kesan pada jejaka ini. Tempat ni la jadi tempat lepak aku zaman aku remaja dulu dan ia sudah banyak berubah, kalau dulu kita boleh mandi manda di sini, tapi tidak lagi sekarang. Dengan ditambak oleh batu-batu agak mustahil untuk aku rasa keseronokan mandi-manda seperti mana masa dulu-dulu. Yang cuba boleh aku buat adalah minum air kelapa dan menikmati makanan laut dengan di caj kadar harga yang 'boleh tahan jugak' (paham-paham sendiri la).


Mira cukup-cukup istimewa - sekadar gambar hiasan
____________________________________


Aku memilih untuk berada di meja paling hujung dan cuma dibayangi payung, Kalau Mira panas skalipun aku rela menjadi payung dia. Iya... Mira cukup-cukup istimewa, Jangan kata jadi payung... aci kerat apa-apa pun kalau Prof Clone yang terpandang Mira maka akan sangup beliau menjadi kotak mancis. Hehe. Apa kena kotak mancis dengan cerita ini?? lantak la...


Dan aku memang rasa nak jatuh cinta sekali lagi - sekadar gambar hiasan
___________________________________________


Lepas duduk di tempat pilihan, kami didatangi pelayan kedai untuk meminta 'oder'. Errr.... air liur aku tertelan beberapa kali dalam waktu yang singkat. Mata aku sekali lagi 'ter'tengok keindahan ciptaan tuhan. Sekali lagi aku terpegun dengan kaum yang comel yakni kaum wanita. Kaum yang dicipta untuk melengkapi kehadiran kaum yang gagak yakni lelaki di muka bumi ini. Dan aku memang rasa nak jatuh cinta sekali lagi, kali ini dengan pelayan kedai tu pulak. hehehe. Dia memang comel, ada lesung pipit dipipi sebelah kanan. Nasib baik la ada Mira kat depan, kalau tak grenti aku ajak dia minum sekali dan no. telefon kami pasti dah bertukar sekarang. Tapi aku tak boleh buat macam tu depan Mira.


sekali awek tu senyum memang bagai nak luruh jantung aku - sekadar gamabr hiasan
_____________________________________________


"abe & akak nok minum gapo?" soal gadis tu pada kami, dan aku jawab "i (air) love u ada?" hehehe.... untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dilog macam tu skali lagi terluah cuma dalam hati saje, sebaliknya aku tanya dia "apa yang special kat sini?" padahal aku dah tahu, kat kedai tu paling best pun ABC dengan air kelapa jer. Sifu aku berpesan, kalau jumpa awek cun contohnya kat kaunter atau situasi macam aku ni dan pada masa yang sama kita bawa awek lain paling kita boleh buat pun melengahkan awek itu dari cepat blah dari situ. So pandai-pandai la korang tak tanya apa, tapi pastikan soalan yang ditanya tu adalah logik dengan situasi tersebut. Tapi betul aku nak cakap ni, sekali awek tu senyum memang bagai nak luruh jantung aku.... menawan dan galak. Dengan mengenakan T-shirt pink dan jeans biru dia serba ringkas tapi menawan.




Dalam situasi macam tu aku tak lupa kat Mira, takut Mira terperasan yang 'bakal' pakwe dia ni akan dikongsi bersama dengan gadis 'kedai makan' tu... hehehe... kan haru..... dan aku tanya "Mira nak minum apa?" dan Mira cuma mintak air kelapa. Aku pun memilih menu air yang sama dengan Mira. gadis kedai makan tu kemudian menjelaskan "kalau nak makanan nnti pilih sendiri kat meja tu ek" dan aku bangun sambil menyuruh Mira menunggu untuk aku pilih makanan laut.


tak dapat no. telefon, dapat sembang macam ni pun kira jadik laaa - sekadar gambar hiasan
_________________________________________


'Oder' aku dan Mira tadi diberi kepada seorang lagi kawannya dan dia kembali ke bahagian makanan. Sekarang aku ada sedikit peluang nak sembang dengan dia. hehehe. Mana boleh lepas beb... walaupun lama aku tak datang aku hentam je soalan "adik ni pekerja baru ke? tak penah nampak pun?" dan dia balas sambil tersenyum manis "memang la tak pernah nampak, hari ni saya tolong mak cik saya jaga kedai. tinggal kat rumah pun boring gak" dan sambil memilih makanan sambil juga aku balas jawapan dia tadi "patut pun tak pernah nampak, tapi adik tinggal kat mana?" dan dia balas "saya study kat KL, jarang-jarang balik memang selalu lepak sini". Dan aku taknak lepas peluang skali lagi merenung mata dia, dan dia sekali lagi senyum.. memang pemurah dengan senyuman la gadis ni. Tak dapat no. telefon, dapat sembang macam ni pun kira jadik laaa.... hehehe.


Mira tersenyum. Wow.... manis..menawan - sekadar gambar hiasan
_________________________________________


Habis memilih makanan aku kembali ke tempat Mira dan tunggu makanan tadi dipanaskan. Mira tersenyum. Wow.... manis..menawan... Sejak mula-mula berjumpa lepas lama tak jumpa aku dah suka senyuman milik gadis di depan aku ni. Dan dia kemudiannya meluahkan ayat yang macam menarik jantung aku keluar "dah habis mengayat budak tu?" dan aku balas "mengayat apa? lain macam je Mira, jelos ek?.. hehe" dan Mira balas "elehhh... macam orang tak kenal die, dari kecik lagi kita berkawan bang..." dan kalau situasi macam ni jangan dibiarkan berlarutan tau, kena pandai handle la, aku kemudian membalas "ada-ada je Mira ni, abang ambil banyak tu makanan..nanti pandai2 la Mira habiskan" dan Mira balas balik "Ish abang nih, takkan nak suruh Mira gemuk pulak?"

Fuhhhh... lega beb.... aku berjaya pesongkan topik tadi.

dan..... seterusnya macam biasa la....

bersambung.......

Khamis, Disember 10, 2009

Awek Satu Kampung (Part 14)

Awek Satu Kampung (Part 14)

Oleh: Lord Vlad


Berjalan seiringan dengan Mira membuat aku ceria sepanjang hari, iya la... mana tak ceria dan gembira. Awek yang sedang kita bawa ke hulu kehilir tu adalah awek yang jenis comel dan jelita, jenis kalau disuruh kita makan papan demi untuk sentuh bayangnya pun kita sanggup. Dan pendapat aku disokong oleh mata-mata mamat yang bila aku dan Mira melintas depan mereka-mereka ini terbonjol macam nak keluar bebola mata mereka atau boleh juga diumpamakan macam biawak pasir yang nampak telur ayam serama. Mira cukup-cukup istimewa dimata mereka yang memandangnya dan kalau terlihat dia sehari pun sudah cukup untuk membuat aku ingat sampai tahun depan. Gambaran wajahnya grenti aku 'save' elok-elok di 'hard disk' kepala aku.


Senyuman Mira umpama penawar - Sekadar gambar hiasan
___________________________________

Banyak tempat-tempat yang aku lepak dan suka pergi di bandar itu aku singgah dan aku cukup-cukup suka nasi air di atas sebuah parking bertingkat yang terletak di salah sebuah super market di bandar ini. Aku tengok super market tu dah tutup dan aku menuju ke tempat nasi air tu. Malangnya aku tengok meja-meja di depan kedai tersebut sudah berhabuk dan berdebu macam lama tak diguna manakala kedai pun tidak dibuka. Keadaan macam tu cukup untuk memberi tahu bahawa pemilik gerai itu sudah lama tak menjalankan operasinya dan sku cukup kecewa kali ini. Tak apa la, mungkin mereka dah buka perniagaan di tempat lain.


Seiringan dengan gadis secantik Mira benar-benar membuat aku rasa apa itu bahagia - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________

Tapi kekecewaan aku tadi di'neutralkan' balik oleh senyuman Mira, iya.. senyuman Mira memang mampu mengubat segalanya. Senyuman yang cukup-cukup indah di benua Asia. Malah paling indah di dunia ini. kemudian aku mengambil keputusan untuk membawa Mira ke PCB. apa itu PCB? hehehe..... kalau korang nak tahu kena la cari sendiri, malas aku nak cerita pasl PCB.. jgn mare....


Aku paling suka tengok senyumannya - Sekadar gambar hiasan
___________________________________

Kami naik kereta lagi dan saat dan babak paling aku suka adalah memandang dia dan dia pulak senyum kat aku. Kejadi yang kerap berlaku antara aku dan Mira semasa di dalam kereta. Pipinya pun cukup-cukup comel, dan aku suka tengok pipi dia. kemudian aku cakap "boleh abang cuppp pipi Mira" dan apa jawapan Mira pada aku? tuan-tuan nak tahu? hehehe.... tutt..... tak ada sebarang jawapan dari mulut comel milik Mira itu kerana soalan aku tadi sekali lagi cuma dilontarkan dari dalam hati. hehehe. Jgn marah tuan-puan, kalau la soalan tadi betul-betul terlepas keluar cuma ada dua jawapan yang kemungkinan akan aku dapat.


Senyumannya mampu mencairkan kutub utara - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________________

Jawapan pertama yang aku mungkin dapat adalah senyuman dari dia yang mungkin dibalas juga dari hati dia "Mira tak kisah". jawapan takkan terkeluar dari mulut dia, tapi sebagai lelaki yang memahami wanita kita perlu faham bahawa senyuman yang terukir tadi mempunyai jawapan tersendiri dan aku sudah tafsirkan tadi seperti ayat diatas. hehehe. Jawapan kedua? dan jawapan yang mungkin aku tak sanggup laluinya iaitu satu 'sound effek' yang berbunyi 'panggggg!!!!' akan keluar melalui pipi aku menerusi tindak balas bersama tapak tangan Mira. Hehehe. So aku memutuskan cuma membisikkan dalam hati saja la supaya keadaan semuanya terkawal dan terselamat.


Dialah gadis yang berpewatakan paling menarik pernah aku kenal - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________

"eh abang...... sengihh je sorang-sorang dari tadi, apa kena abang ni?" tiba-tiba soalan Mira merencatkan khayalan nakal aku tadi dan dengan spontan aku jawab "errrr... takde ape-ape la Mira, cuma teringat masa abang nak pinjam kereta ni dari adik abang tu semalam.. macam-macam syarat dia bagi.. sayang betul kereta dia" fuhh.. lega kerana akal aku cepat berfikir untuk memberi sebab musabab sebab aku sengih sorang-sorang tadi, kalau la Mira tahu sebab yang betul aku sengih-sengih tadi mati aku.


Sekali terlihat, tampai tahun depan teringat - Sekadar gambar hiasan
_______________________________________

dan.....
errrrr......
sekali lagi bersambunggg......
jgn lupa baca keluaran akan datang....
lebih mendebarkan dan plot cerita yang lebih menarik.....

bersambung.....

Rabu, Disember 02, 2009

Awek Satu Kampung (Part 13)


Oleh : Lord Vlad

Iya.... memang aku sukakan serba-serbi tentang dia... matanya...senyumnya...gerak lenggoknya dan macam-macam lagi, tapi aku masih tetap berpegang pada hakikat bahawa jodoh dan pertemuan bukanlah milik aku semata-mata. Sebesar mana harapan dan keinginan aku untuk memilikinya tidak membuatkan aku mudah lupa hakikat itu, kalau bercinta bagai nak rak tapi tetap tak ada jodoh pun tak guna juga. Sebab itu aku sentiasa menasihati diri aku bahawa secantik, sebijak dan secomel mana pun wanita yang hadir dalam hidupku jangan sesekali cuba menaruh harapan yang menggunung atau seluas lautan.




Iya.... memang aku sukakan serba-serbi tentang dia... matanya...senyumnya...gerak lenggoknya dan macam-macam lagi - Sekadar gambar hiasan
________________________________________



Tapi sifu aku berpesan dan jangan mudah buat silap, memberi harapan dan sebagainya kepada orang berkenaan itu soal lain. Itu sudah menjadi tugas leleki 'jantan' seperti aku yang sentiasa melebarkan tangan untuk memberi harapan kepada yang memerlukan. Sia-sialah menjadi jantan kalau tak mampu memberikan harapan kepada perempuan. Sudah termaktub dalam hukum alam bahawa lelaki itu adalah umpama cahaya yang sentiasa perlu berkorba demi memberi harapan kepada orang lain supaya tidak kegelapan.




Sudah termaktub dalam hukum alam bahawa lelaki itu adalah umpama cahaya - Sekadar gambar hiasan
__________________________________________


Mira memang memukaukan, dia sememangnya gadis idaman ramai dan aku tahu bukan aku seorang yang terpikat dengan kecomelan dan kelembutan dia. Dan peluang bersama dengan Mira pada hari ini merupakan peluang yang bagus untuk aku mendekati dan membuat dia rasa selesa dengan aku. Kan kita selalu dengar orang bercakap yang cinta perlu dipupuk.




dia sememangnya gadis idaman ramai - Sekadar gambar hiasan
__________________________________________



Sekarang adalah acara tengok menengok. Aku tengok dia, dia jeling aku dan kemi sama-sama senyum. Kalau tuan-puan tengok babak aku dan Mira di tengah hari itu aci kerat apa-apa sekalipun grenti akan jeles-sejelesnya. Rasa macam budak sekolah bercinta pun ada gak sebab Mira memang pemalu, dan aku... errr... hehehe... pun seorang jejaka pemalu. Menurut salah seorang awek angkat aku, malu itu adalah satu anugerah dan aku patut bersyukur kerana dikurniakan sifat ini.




malu itu adalah satu anugerah - Sekadar gambar hiasan
______________________________________



errrrr...........
sorry tuan-puan......
bersambung lagi......
nantikan episod ke 14 Awek Satu Kampung yang lebih mendebarkan......

layannn........

Selasa, Disember 01, 2009

Awek Satu Kampung (Part 12)


Oleh : Lord Vlad

Sekarang aku dan Mira berada di tengah-tengah bandar yang diberi jolokan Serambi Mekah, dan aku tengok sudah banyak perubahan-perubahan yang dilakukan untuk memajukan bandar ini. Aku memang kagum kerana negeri ini nyata pesat membangun. Tapi ianya tak sama kekaguman aku kepada Mira. Mira lain, dia comel dan menawan. Dek kerana senyumannya, aku dah ditawan sepenuhnya oleh dia. Kuasa senyumannya memang hebat. cukup-cukup manis, semanis senyuman falci atau fieza atau Lady Cda.


uasa senyumannya memang hebat. cukup-cukup manis, semanis senyuman falci atau fieza atau Lady Cda - Sekadar gambar hiasan
_____________________________________________-


Tangannya... errr.... cantik tangannya kerana ianya dimiliki oleh tuan yang cantik dan menawan. Dan alangkah bestnya kalau tangan yang lembut dan halus itu berpimpin dengan tangan aku yang tak seberapa ini.hehehe. sepatutnya aku lebih tertumpu kepada suasana bandar yang aku jarang-jarang sampai ni, tapi tidak untuk kali ini kerana tumpuan aku memang sepenuhnya kepada Mira. Katak bawah tempurung pun sanggup keluar dari tempurung dek kerana nak tengok Mira, ni kan pulak aku seorang lelaki sejati yang lemah bila tengok gadis semanis Mira. Mira memang menawan dalam serba serbi. Senyumannya, percakapannya, cara berjalannya hinggalah kepada gaya Mira batuk... semuanya aku suka dan aku betul-betul menyerah diri untuk ditawan Mira.


Mira memang menawan dalam serba serbi - Sekadar gambar hiasan
____________________________________


Tengah hati aku dok ulas macam-macam pasal Mira dia pun kejutkan aku dengan soalan yang cukup-cukup menawan (hehehe... iya la.. tuannya pun dah cukup menawan, apa-apa yg keluar dari mulutnya tentu menawan gak)
"Abang ni...... diam je dari tadi?"
aku tak tahu nak jawab apa.. memang aku diam kat mulut..tapi dalam hati memang tak pernah diam dan aku jawab
"abang fikir pasal masa depan kita.... abang ingat abang nak pinang Mira la"
hehehehe..... dan jika dilog itu betul2 muncul aku memang seorang yang berani... tapi aku tak la seberani itu, sebaliknya dilog itu hanya muncul dalam hati aku je. hehehe. sebaliknya aku jawab "tak la Mira, abang dah lama tak datang sini so banyak kenangan kat sini sebab abang pernah belajar dekat-dekat sini dulu... ni kira tengah ingat balik la ni".


Mira mempunyai gaya yang tersendiri tapi cukup menawan - Sekadar gambar hiasan
__________________________________________


Sejurus itu perhatian aku dimatikan sekejap oleh seorang gadis yang tengah berjalan berhadapan dengan aku, berbaju kebaya hijau..bertudung putih dan mempunyai wajah yang cantik dan menawan setanding dengan fieza atau octavia. tanpa disuruh dan tanpa diarah mulut aku menyebut
"comelnyaaa dia"
dan automatiknya lengan aku dicubit oleh satu tangan yang aku tak sangka akan bertindak demikian. cubitan yang cukup-cukup mengejutkan aku dari lamunan tadi.hehehe.
"aduhhh..... Mira niii"
cubitannya betul-betul memberi kesan pada aku, maksud aku bukan kesan biru cubitan itu...tapi kesannya jauh menjalar di hati aku, dan menurut sifu aku biasanya pompuan ni bila dah start cubit-mencubit ni dia dah rasa rapat dengan kita dan itu adalah satu petanda dan isyarat yang baik untuk kita memulakan langkah selanjutnya.


wajah yang cantik dan menawan setanding dengan fieza atau octavia - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________


Mira kemudian membalas
"orang jalan dengan dia kat sebelah pun berani puji perempuan lain yee..."
dan aku menjawab sambil buat-buat tak puas hati sebab kena cubit padahal dalam hati aku memang suka dia cubit macam tadi.. cubit-cubit manja dan kalau dia taknak lepas sampai balik rumah pun aku sanggup.
"errrr...... sebenarnya tadi abang puji Mira laaa.... kebetulan awek tu lalu dan abang rasa macam kenal, tu pasal tengok dia lama skit tu"
sambil mata aku memandang Mira sambil ushar-ushar awek tadi yang dah berjalan di belakang dengan ekor mata. dan Mira balas
"ye la tu... dari zaman dulu abang ni playboy...hihi"
wow.... gelak yang comel lagi menawan.... iya... cara dia gelak memang ada stail dan aku sukakan gelak dia.... dan aku suka serba-serbi tentang dia.

dannnn........
hehehe......
bersambung lagiiiiiii..........

Selasa, Oktober 13, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 11)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 11)

Dalam pada aku memberikan pujian pada diri aku sendiri, Mira pula tak dapat melahirkan sebarang kata pun. Yang ada cuma senyuman, dan yang pasti senyuman dia memang manis, semanis manis senyman yang pernah aku jumpa dan yg pasti ia adalah manis asli. Aci di kerat jari suring pun, demi untuk melihat senyuman itu untuk seluruh hidup aku, aku sanggup lakukan apa saja hatta disuruh berjalan mengiring dari Burma sampai ke New York. Yaaa... demi Mira apa saja aku sanggup. Dia mmg menawan, dia mmg menarik dan yang pasti dia adalah secantik falci dan selembut Lady Cda serta seayu fieza. Aku pula??? errr.... menurut awek2 yang aku kenali, mereka kata aku punya rupa mmg ada nilai2 komersil dan yang pasti agensi modeling takkan menolak aku. ingat tau... bukan aku yg cakap.. tapi awek2 yang aku kenali berkata mcm tu, dan aku cuma menyampaikan kata2 mereka di ruangan ini.


Dia mmg menawan, dia mmg menarik dan yang pasti dia adalah secantik falci dan selembut Lady Cda serta seayu fieza - Sekadar gambar hiasan
__________________________________________________________________________

Muka Mira merah skit, dan aku suka melihat keadaan itu dan Mira meluahkan kata2 yang bagi aku cukup-cukup indah dan cukup-cukup menawan, iya.. salah satu sebab ianya datang dari mulut seorang gadis yg cantik dan menawan serta seindah Mira. Iyaa... Mira juga seindah fasha wanna. dan salah satu sebab lagi adalah Mira melahirkan kata-kata "takde la bang, setakat ni Mira masih single dan takde pakwe, abg tu pulak macam mana? dah ada awek ke belum". hehehe... betul tak tuan-tuan??? dalam episod yang lepas aku tak tanya dia pun, cuma serkap dan kadang-kadang senjata serkap nih pasti dibalas dalam bentuk jawapan. Dan aku terus menjawab soalan Mira tadi dengan jujur "errr... sebenarnya awek abang ramai sangat dan Mira mungkin akan masuk list awek2 abang nanti.. tapi jangan risau.. Mira mungkin jadi awek rasmi abang nanti..hehehhehe" dan kejujuran aku tadi dipatahkan dengan ayat Mira ini "eh abang ni, main-main lak dia.. banyak awek la kononnn" sambil buat muka dan sedikit gelak.


Iyaa... Mira juga seindah fasha wanna - Sekadar gambar hiasan
______________________________________________

Iya.. aku seorang lelaki yang jujur dan suka berterus-terang tapi kadang-kala sering jugak kejujuran aku diperkotak-katikkan..dan yang pasti Mira tak percaya aku ada awek ramai. Nak buat macam mana kannn.... orang dah tak caya, so takkan kita nak yakinkan dia lagi. sesungguhnya ketidakpercayaan dia dlm situasi macam ni memang perlu. Iya... dia sudah bagi isyarat untuk aku mengurat dia. hehehe. Dan aku pasti akan bersungguh-sungguh mengurat anak ahli politik kampung aku itu.


Mira tak percaya aku ada awek ramai - Sekadar gambar hiasan
_______________________________________

Aku betul-betul ceria, dan aku betul-betul gembira hari ini.. selain dapat keluar dengan gadis secantik Mira, aku juga diberi signal untuk aku menguratnya. kegembiraan aku ini memang patut aku raikan dan sebagai langkah pertama aku sekali lagi mengucapkan tahniah yang bertalu-talu kepada diri sendiri. Iya perumpamaan yang aku dapat bagi gambaran kat korang semua adalah macam bangla karpet yang baru dapat kutip hutang. Senyuman aku takyah naka cakap la, lebar-selebarnya.


aku juga diberi signal untuk aku menguratnya - Sekadar gambar hiasan
_________________________________________________

Kemudian aku dan Mira berangkat ke Pusat bandar, dan aku tak sangka sudah banyak perubahan di bandar itu.. Bandar yang betul-betul berdikari dan membangun dengan sendiri. Aku memang kagum dengan negeri ini, seperti mana aku kagum pada diri sendiri. Iya.. dalam kedaifan mereka dapat membangunkan negeri yang majoritinya mempunyai masyarakat yang gigih dan bekerja keras dengan menjalankan perniagaan sebagai kegiatan utama. Golongan wanita di negeri ini juga amat tabah. Aku jadikan masyarakat negeri ini sebagai idola dan aku juga akan tabah setabah mereka.




Mira si gadis idaman - Sekadar gambar hiasan
__________________________________

Berbalik pada cerita aku, dari masuk kereta tadi aku tengok Mira masih senyum dan kadang-kadang memandang aku. Aku pulak buat-buat tak tahu, tapi dari ekor mata aku mmg tahu yang Mira berkali-kali memandang aku seperti nak cakap sesuatu.. tapi tak lepas. sekarang aku berada di tengah-tengah bandar dan mencari petak parkir kereta. Berjalan lebih seronok sebab lama dah aku tak datang sini. jadi peluang ini aku nak guna sepenuhnya ditambah lagi aku sedang beriringan dengan seorang gadis yang cantik.




aku tengok Mira masih senyum dan kadang-kadang memandang aku - Sekadar gambar hiasan
___________________________________________________

errrrrrr............. bersambunggggg....

NANTIKAN "AWEK SATU KAMPUNG SIRI 12"
PASTI LEBIH MENYENGAT........

Isnin, Oktober 12, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 10)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 10)


~imbas kembali perenggan terakhir episod yg lepas~

Walaupun sikit gelabah dengan peristiwa Nadia tadi atas kebmbangan
tertentu tapi aku masih mampu bertenang dan bersahaja, bermakna jika
situasi yg tak diingini berlaku aku juga mampu tanganinya dengan baik.
atas ketenangan aku tadi darjah rasa hormat pada diri aku sendiri juga
semakin menaik dan tahniah kepada aku sendiri.

~tamat imbas kembali~



"i berhajat nak madukan Mira dan Nadia ni, boleh kan?" - Sekadar gambar hiasan
_____________________________________________________________


"errr... so nampaknya kira semua nih satu kampung.. apa kata u bagi no u kat Mira, sekurangnya bolehla kontek2 kan" cadang aku kepada mereka berdua, dan tanpa membantah mereka ikut jer dan sifat mengikut mereka itu gamaknya tak kisah dan akan mengikut juga kalau aku sebut ayat "i berhajat nak madukan Mira dan Nadia ni, boleh kan?" tapi takde la pulak aku sebut dilog tu kat mereka berdua.


Rasa macan nak jatuh cinta lagi.. lagi dan lagi.... - Sekadar gambar hiasan
_____________________________________________________________


Setelah bertukar-tukar no. hp mereka bersalaman dan Nadia minta diri untuk meneruskan tugasnya pada hari itu. Dan tugas aku lepas ni pula adalah untuk mencari idea bagaimana aku nak 'tengok2' telepon bimbit Mira untuk dapatkan nombor Nadia tadi. Hehehe. harap2 ada la masa bertuahnya nanti. Aku bukan apa, bila dah bertukar-tukar nombor telepon dan tentu sedikit sebanyak kita akan menaruh harapan supaya orang akan telepon kita, dan aku yakin yang Nadia tadi berharap salah seorang dari kami akan menghubunginya dan aku juga yakin yang Mira pulak pasti tak telefon punya laa.... jadi untuk tidak menghampakan Nadia aku rasa bertanggungjawab untuk menelefonnya. Tapi bagaimana cara untuk aku dapatkan nombor Nadia di telefon bimbit Mira?? akan aku usahakan juga nanti. Bila teringat senyuman Nadia tadi aku rasa sekali lagi hatiku berfungsi dengan membuka pintu cinta. hehehe. Rasa macan nak jatuh cinta lagi.. lagi dan lagi....


Cantik, lemah lembut dan yang pasti kalau orang tua tengok pun pakat berebut nak buat menantu - Sekadar gambar hiasan
___________________________________________________________________________


Sedang aku dok berfikir-fikir dan berkira-kira ranangan yang seterusnya aku dikejutkan Mira dengan ayat perangkap "Cantik kan Nadia tu, agaknya abang tentu nak awek macam dia kan?" ayat dan soalan perangkap yang menguji aku sebagai seorang lelaki yang jantan. Tapi aku tak berikan jawapan kepada soalan dia tadi sebaliknya membalas "Sebenarnya gadis yg abang nak buat awek tu ciri2nya yg macam Mira ni, semua ada.. Cantik, lemah lembut dan yang pasti kalau orang tua tengok pun pakat berebut nak buat menantu, tak tau la pulak macam mana Mira kan.. bertuah pakwe Mira kan?" hehehe.


Sekali lagi aku tabik pada diri sendiri - Sekadar gambar hiasan
____________________________________________________________


Aku betul-betul kagum dengan diri sendiri kerana disamping menepis soalan Mira tadi, aku berjaya membuat perasaannya menjadi kembang dengan pujian disamping memancing untuk mengetahui adakah dia sudah berpunya. Sekali lagi aku tabik pada diri sendiri. Hehehe....


Senyuman Nadia sehebat senyuman fasha wanna yang memungkinkan kutub utara pun boleh jadi cair - Sekadar gambar Hiasan
_______________________________________________


Apakah Jawapan Mira??? sama2 kita nantikan awek satu kampung part 11 yang sudah pasti lagi menarik.

TUNGGUUUUU.....

Selasa, Ogos 25, 2009

AWEK SATU KAMPUNG (PART 9)

AWEK SATU KAMPUNG (PART 9)

~imbas kembali perenggan terakhir episod yg lepas~

Errr... tah macam mana masa dok ushar2 nurse tu, dia pun mcm perasan
plak aku ushar dia. Pastu nurse tu senyum kat aku. Macam ayam jantan
yang baru masuk reban ayam betina aku pun automatik tersenyum dan
sedikit mengangguk-angguk pada nurse tersebut. hehehe. Dan secara tak
langsung Mira juga terperasan peristiwa anguk2 tersebut dan Mira
menoleh kebelakang untuk 2-3 saat dan dan kembali berpaling pada aku
sambil melontarkan soalan "abang kenal ke nurse tu?".

~tamat imbas kembali~



indahnya senyuman Nurse tersebut seindah senyuman fasha_wanna - sekadar gambar hiasan
_________________________________________________


"errrr...... tah la Mira, mcm kenal tapi tak ingat" mudah je jawapan aku. Kemudian aku tengok nurse tu menuju ke arah kami. Teruk kali ni, kenapa nurse tu datang pulak. Adakah dia nak 'panggggg!' pipi aku kerana memandang dia sebentar tadi?. kali ini walaupun aku nampak tenang dan bersahaja, tapi dlm hati tetap gelabah sama gelabah mcm orang yg jual ais-krim yg tengok kat langit tengah gelap dan menandakan hujan nak turun walaupun time tu lebih kurang waktu tengah hari. Aku tengok nurse tu sambil datang ke mari sambil tersenyum.


Aku tengok nurse tu sambil datang ke mari sambil tersenyum - sekadar gambar hiasan
______________________________________________


Apa nak jadi kali ni. Adakah nurse tu pernah jadi awek aku dulu2. Aku betul2 lupa dan aku juga pasti aku belum pun berkasih-sayang dengan nurse tersebut. Tapi kalau diberikan peluang untuk bercintan-cintun dan berkasih sayang dengan dia dah tentu aku tak menolak. Dia benar-benar cantik dan manis setanding fasha_wanna dan aku suka tengok mukanya yg tak abis-abis dengan senyuman. betul-betul manis semanis senyuman falci, betul-betul jelita sejelita wajah Lady Cda. Tapi aku masih tak keruan, apa akan jadi lepas ni.


Dia secantik fasha_wanna, semanis senyuman falci dan sejelita Lady Cda - Sekadar gambar hiasan
______________________________________________________


Bila saja si manis yg mamakai uniform yg serba kuning itu berdiri di tepi meja kami sambil menguntum senyuman yg manis dan menarik aku tengok Mira terkejut dengan terpancar mimik muka yg kurang selesa dan aku juga begitu, lain la kalau Mira takde.. dah tentu aku yg akan pergi ke tempat dia dan sudah pasti juga aku akan bertanya "boleh berkenalan?" hehehe. tapi dilog tu akan aku keluarkan jika Mira tidak didepan aku.


Nurse tu juga mempunyai kecantikan setanding Mira - Sekadar gambar hiasan
________________________________________


kemudian nurse tu senyum lagi dan bertanya sambil memandang aku "hai... tak ingat ke?" dan aku jawab "untuk orang secantik dan semanis awak orang yg ada masalah ingatan pun akan terus mengingati awak, dan orang yg tak pernah jumpa awak pun dah tentu akan buat2 mcm pernah jumpa awak" errr.... dilog itu juga cuma dalam hati, tak sanggup aku keluarkan didepan Mira walaupun nurse tu juga mempunyai kecantikan setanding Mira. Dan aku memilih untuk diam sambil tersenyum. Mira merenung aku dengan mata yg bulat.


Nurse tu senyum lagi dan bertanya "awak Vlad kan?" - sekadar gambar hiasan
__________________________________________________


Kemudian Nurse tu senyum lagi dan bertanya "awak Vlad kan?". tuan-tuan tahu tak apa perasaan aku ketika itu? rasa mcm seorang Juruterbang jet pejuang amerika yang sedang bawa jet sorang2 kemudian melintas ruang udara Iran yang ketika itu kat bawah tu ada beribu2 meriam anti-pesawat dan aku pasti akan ditembak jatuh sebentar saja lagi. Aku masih dalam keadaan yg tenang waaupun jantung aku mcm nak berhenti. Bila masa aku kenal awek nurse ni? aku soal dalam hati. Nurse tu tersenyum sambil memandang Mira pulak, dan bertanya "Mira pun tak kenal saya?". Kali ini aku terkejut lagi, mcm mana dia kenal Mira pulak. Tapi kali ni aku lega sikit berbanding tadi sebab si manis tadi bukan kenal aku sorang saja, tapi juga mengenali Mira.


Mira juga terkejut dan memandang aku - sekadar gambar hiasan
_____________________________________________________


Mira juga terkejut dan memandang aku seakan bertanya 'siapa minah ni?' aku cuma menaikkan kening saja kat Mira semasa dia memandang aku. Nurse tu senyum lagi dan menyambung "Vlad & Mira tak ingat ke? saya Nadia la... adik kpd Syahman, Vlad kan berkawan dengan abg saya dulu" kemudian Mira menjawab "Oooooo.... dah ingat.. lain la dari dulu" dan aku juga menyambung "errr... adik Syahman rupanya, dah besar panjang ek" dlm hati aku plak menambah 'dah berlekuk-lekuk dan cantik rupanya awak'. hehehe... tak berani aku keluarkan ayat tu. kemudian aku menambah "kalau tak silap sepas sekolah rendah awak dapat asrama penuh kan, terus sampai form 5... sebab tu saya tak berape nak kenal tadi, ingatkan awek lama..hehehe" kemudian si nadia tadi tersenyum manakala Mira pulak menambah "perasan awek dia la plak....."


bak kata mcm sifu aku 'tak baik hampakan harapan seorang gadis - sekadar gambar hiasan
________________________________________________________


Dalam hati aku pulak memang terlalu lega, sebenarnya dari sekolah menengah lagi aku dah ada awek sampai la sekarang, aku tak tahu kenapa aku mudah jatuh cinta. Tapi bak kata mcm sifu aku 'tak baik hampakan harapan seorang gadis yg bergantung harap pada kita dan kita sebagai lelaki yg bertanggungjawab perlu mencurahkan rasa cinta kita pada gadis tersebut'.. kemudian sifu aku tambah lagi 'sebenarnya bukan gadis saja tapi gadis-gadis, lelaki yg baik sebenarnya akan memberikan cinta dan kasih sayang mereka kepada ramai wanita' dan sekarang aku masih memegang kata-kata sifu aku itu, dan ada juga hubungan antara aku dah mereka itu tak sampai kemana.Yang aku takutkan mereka akan salahkan aku atas hal2 yang tertentu dan seterusnya berdendam, tapi kali ini apa yg aku bimbang itu tak terjadi lagi sampailah saat ini. Walaupun sikit gelabah dengan peristiwa Nadia tadi atas kebmbangan tertentu tapi aku masih mampu bertenang dan bersahaja, bermakna jika situasi yg tak diingini berlaku aku juga mampu tanganinya dengan baik. atas ketenangan aku tadi darjah rasa hormat pada diri aku sendiri juga semakin menaik dan tahniah kepada aku sendiri.

________________________________________


Adakah cerita ini akan tamat disini sahaja atau pun perlu aku sambung???? aku perlukan reaksi kalian semua. mungkin ada yg tak suka dengan karya aku.... takpe, tapi berikan komen itu disini..... aku tunggu komen kalian semua. Episod seterusnya bergantung kpd pembaca.